/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for March 2022
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi "Ushanka" THE NORTH FACE
model: NF0A4SIARG1
saiz: -
warna: biru + putih
jenis fabrik: polyester
Keluaran: The North Face, Inc., Alameda, USA
Buatan: china

Keterangan: Topi dari jenis USHANKA ini adalah dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face, Inc., Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966 yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest K2 Kilimanjaro Antartika Lows Gully dan banyak lagi di serata dunia.

Topi USHANKA merupakan topi yang berasal dari Kesatuan Soviet / Russia, rekabentuk awalnya telah wujud sejak abad ke 17. Perkataan ushanka berasal dari ushi yang bermaksud telinga dalam bahasa Russia dan istilah Slavic. Topi ushanka dicipta untuk melindungi dari suhu sejuk melampau pada bahagian telinga, dagu, rahang. Pada hari ini topi Ushanka merupakan aksesori seragam rasmi untuk tentera Russia Finland Jerman China dan dipakai oleh masyarakat setempat di wilayah Balkan, Russia dan sekitarnya. Topi The North Face ini dijahit kemas, warna biru pada topi nampak ringkas dan bahagian dalamnya yang berbulu cukup selesa terutama dipakai pada waktu malam, hujan, cuaca sejuk. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama THE NORTH FACE dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!

Harga: RM 145.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi SKI THE NORTH FACE
model: NF0A4SIE0LR
saiz: -
warna: biru bercorak
jenis fabrik: nylon sulam kait, acrylic, elastane
Keluaran: The North Face, Inc., Alameda, USA
Buatan: china

Keterangan: Topi dari jenis SKI / snow cap ini adalah dari jenama THE NORTH FACE, ia adalah ASLI keluaran The North Face, Inc., Alameda. Entiti ini adalah pengeluar beg, pakaian & peralatan aktiviti luar terbesar USA yang diasaskan oleh mendiang Douglas Tompkins dan Susie Tompkins pada 1966, yang aktif dengan aktiviti meluncur salji dan mendaki gunung. Logo dan nama The North Face diambil sempena kubah batuan granit di Taman Negara Yosemite California. Jenama ini banyak menaja ekspedisi mendaki gunung dan muka bumi yang sukar & berbahaya termasuk Everest K2 Kilimanjaro Antartika Lows Gully dan banyak lagi di serata dunia.

Topi SKI The North Face ini dijahit kemas, warna biru bercorak abstrak dengan fabrik benang kait dengan hujungnya berbulu pada topi tampak cukup elegan, cukup selesa terutama dipakai pada waktu malam, hujan, cuaca sejuk ketika mendaki gunung / cuaca bersalji. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama THE NORTH FACE, dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!

Harga: RM 107.00

nullnullnull


Category: 5.11 - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg galas AMP 12 5.11
model: 56392
Ukuran: 20 x 11 x 5.5 inci
Muatan: 25 liter
Berat: 1.31 kilogram
warna: hitam
jenis fabrik: Nylon 500D & Nylon 1050D (gred tentera) kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: bangladesh

Keterangan: Beg galas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model TERBARU yang dipanggil siri AMP (All Mission Pack) yang diperkenalkan oleh 5.11, pengeluar barangan taktikal untuk tentera yang berpangkalan di Irvine, California, USA. Beg taktikal ini dibuat khusus untuk anggota polis & tentera, pemburu, pengembara, ia bersaiz sederhana untuk menyimpan peluru/kelopak, botol air, komputer riba (bersaiz 15 inci), pisau, pistol, lampu suluh, walkie talkie, alatan EDC dan sebagainya. Pada bahagian hadapan juga dibuat sejenis jaring berbentuk sarang lebah yang dipanggil sistem HEXGRID --- untuk kegunaan menyangkut/mengikat pelbagai alatan.

Fabrik pada beg ini menggunakan Nylon gred tentera yang lebih tahan lasak untuk tugas taktikal termasuk zip dari jenama YKK yang terbaik, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan dari kualiti terbaik serta tahan lasak yang tidak mudah retak / patah. Bahagian penggalas bahu pada beg ini juga lebih tebal, dibuat demikian agar dapat mengurangkan "bebanan" berat kandungan beg & mengurangkan kesakitan pada bahu & belakang si pemakai. Beg AMP 12 ini dibuat untuk mereka yang mencari beg taktikal dengan kualiti PREMIUM, cubalah 5.11 hari ini !!

Harga: RM 856.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-galas-taktikal-amp-12/

nullnullnullnull



1) Jenis: beg pinggang RAPID WAIST 5.11
model: 56573
Ukuran: 16.5 x 24.7 x 7.6 cm
Muatan: 3 liter
warna: kelabu, coklat
Jumlah ruang: -
material fabrik: Nylon 600D tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Cambodia

Keterangan: Ini adalah beg pinggang yang digelar "Rapid Waist". Ia adalah ASLI dan merupakan produk keluaran 5.11 USA. Ia dibuat khusus untuk kegunaan anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan / semasa tugas rutin / pemilik senjata api. Beg pinggang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi pelbagai barangan; telefon bimbit, pisau, cermin mata, pemetik api, alatan EDC, lampu suluh dan sebagainya.

Diperbuat dari fabrik nylon yang tahan lasak dan warnanya juga tidak mudah pudar manakala klip penyambung menggunakan jenama Duraflex yang diakui kualiti dan ketahanannya. Beg kecil ini boleh dipakai pada bahagian hadapan badan / belakang / disilang mengikut keselesaan saudara-saudari sekalian !

Harga: RM 275.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-pinggang-rapid

nullnullnullnull



4) Jenis: beg galas taktikal ALL HAZARD NITRO 5.11
model: 56167
Ukuran: 19 x 9 x 4.5 inci
Muatan: 21 liter

Jumlah ruang:
berat: 1.72 kilogram
warna: kelabu gelap, hitam
jenis fabrik: Nylon balistik 1050D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas 5.11 ini digelar "ALL HAZARD NITRO" dan ia adalah ASLI, merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Jenama produk 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik pada beg ini menggunakan nylon BALISTIK 1050D gred tentera yang tahan lasak untuk tugas taktikal, bersama zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lasak. Ia boleh digunakan ketika sebarang operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar di hutan belantara raya atau di kota.


Beg yang berbentuk agak melonjong dan KURUS ini sesuai untuk individu bertubuh kecil, mempunyai ruang yang luas dan banyak malah dapat memuatkan komputer riba bersaiz 13 inci. Penutupnya boleh dibuka sepenuhnya secara mendatar untuk memudahkan anda mencari/menyusun muatan. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan sistem MOLLE, jadi anda dapat menyangkut alatan lain yang bersesuaian. Ia juga mempunyai ruang poket luar yang dapat memuatkan topi keledar. Lapisan dalam beg berwarna OREN terang bersama ruang selitan membantu pemiliknya mencari dan menyusun muatan di dalam keadaan suram dan gelap dengan kemas. Fabrik beg TERBAIK yang digunapakai pertama kali pada jaket FLAK Ketumbukan Tentera Berikat semasa perang dunia ke 2 !!!

Harga: RM 835.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-galas-taktikal-all-hazard-nitro/

nullnullnullnull


10) Jenis: beg silang taktikal DAILY DEPLOY 5.11
model: 56635
Ukuran: 10 x 12 x 7.5 inci
Muatan: 5 liter

Jumlah ruang:
berat: 550 gram
warna: hitam
jenis fabrik: Nylon 500D tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg silang 5.11 yang dipanggil Daily Deploy Push Pack ini merupakan beg silang generasi TERBARU, ia adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Jenama produk 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Ia dibuat khusus untuk kegunaan anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan / semasa tugas rutin / pemilik senjata api. Walaupun demikian, beg silang ini cukup praktikal untuk kegunaan sesiapa sahaja untuk mengisi barangan lain; telefon bimbit, pisau, peranti tablet, cermin mata, pemetik api, alatan EDC, lampu suluh dan sebagainya.

Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BERKUALITI TINGGI yang tahan lasak untuk tugas taktikal, dipadankan bersama zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Beg silang ini boleh dipakai pada bahagian hadapan badan / belakang / disilang mengikut keselesaan. Buat mereka yang tercari-cari beg taktikal sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, inilah sesungguhnya untuk anda miliki tanpa ragu dan bimbang !

Harga: RM 379.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/5-11-beg-silang-taktikal-daily-deploy/

nullnullnullnull
Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin 6" 5.11
Model: 50078
tinggi : 6 inci
warna: hitam

fabrik: Coolmax, kapas, polyester, spandex & serat getah
Kuantiti: 3 pasang (1 BUNGKUS)

Keterangan: Sarung kaki stokin 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan keluaran dari 5.11 USA. Ia merupakan stokin berbaloi dimiliki dengan kuantiti 3 pasang dalam setiap bungkusan paling SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang sederhana tebal, sejuk, tahan lasak. Stokin dari fabrik COOLMAX terbaik ini didatangkan dengan fabrik bahagian bawah yang tebal dan mengekalkan kaki anda kering setiap masa dengan fabrik teknologi khusus dari 5.11.

Stokin ini selesa dipakai bersama kasut kawad, kasut but, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung. Disyorkan untuk dipakai ketika aktiviti riadah, semasa operasi anggota keselamatan malah bagus untuk ke pejabat. Dicipta buat mereka yang tercari-cari stokin bermutu tinggi dengan sentuhan unsur taktikal !

Harga: RM 185.00 (1 bungkus; 3 pasang)

nullnullnull