1) Jenis: Cepu kayu antik (bekas makanan) berukir
tinggi: 26cm
diameter: 18.2cm (bahagian dalam)

jenis kayu: tiada maklumat
asal: Malaysia

Keterangan: cepu/bekas menyimpan makanan merupakan alatan yang digunakan oleh masyarakat di Nusantara sejak ratusan tahun dahulu. Kebiasaannya ia digunakan oleh pedagang, nelayan, pelaut di zaman silam untuk membawa bekalan nasi & lauk pauk jika berkelana jauh. Ukiran jenis tebuk timbul menggunakan tangan yang penuh dan sarat pada bahagian atas dan sekeliling bekas cepu ini sangat halus dan berseni dengan motif flora dan tumbuhan. Keadaan cepu ini masih berfungsi dengan baik, disamping kesan dimamah usia.

Pada zaman moden hari ini, penggunaan alat ini telah pun dilupakan generasi baru. Cepu berukir ini merupakan hasil kerjatangan teliti tukangnya yang telah lama pergi mengadap Pencipta, ia cukup jarang dijumpai pada zaman moden hari ini. Diperbuat dari sejenis kayu keras yang cukup utuh dan berat. Ia sangat disyorkan untuk peminat seni kraftangan Nusantara, pengumpul barangan antik, bahan koleksi di restoran & muzium. Seni dari Nusantara yang tak lapuk dek panas dan hujan, lambang betapa tingginya keperibadian kehalusan jiwa nurani leluhur terdahulu !

Harga: RM 2456.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/cepu-kayu-bekas-makanan-berukir-antik/

nullnullnull