/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for June 2015
Posted by: jimbit
1) Jenis: Sarung pistol GLOCK 5.11 (jenis pinggang/sembunyi)
model: 50023
warna: hitam
material: plastik polymer
Buatan: USA
Model pistol/glock yang sesuai: Glock 17/19/22

Keterangan: Sarung pistol untuk jenis Glock 5.11 ini adalah adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Polis di serata dunia. Sarung pistol ini berguna untuk anggota /mereka yang ingin meletakkan senjata pada pinggang dan juga mahu menyorokkan dari pandangan umum/musuh. Ia disertakan klip yang boleh dikepit pada bahagian dalam seluar/talipinggang anda. Sarung pistol ini juga didatangkan dengan "chop-block" iaitu sejenis pengunci untuk mengelakkan pistol anda diambil tanpa sedar oleh individu lain atau mengelakkan dari terjatuh semasa bertugas / di mana sahaja.

Harga: RM 374.00

sarung-holster-pistol-5.11sarung-holster-pistol-5.11sarung-holster-pistol-5.11
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau taktikal / memburu 81 GLOCK
model: KB17281
Panjang: 6.5 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 11.5 inci
Lebar bilah: 0.19 inci
kekerasan bilah: 55 Rockwell
Berat: 204.11 gram
Material sarung dan pemegang: plastik polimer
Material:Besi karbon dilapisi fosfat (carbon steel)
Warna: hitam
Buatan: Glock Ges.m.b.H., AUSTRIA

Harga: (TIADA STOK!)

pisau-taktikal-glockpisau-taktikal-glock-anggota-vat69-pdrmpisau-taktikal-glockpisau-taktikal-glock
Posted by: jimbit
1) Jenis: Set teko teh Steelite
Saiz hidangan: 2 orang
material: Porselin putih
Warna: putih dengan corak abstrak ringkas
Buatan: ENGLAND

Keterangan: STEELITE International merupakan antara syarikat terkemuka berpusat di England sebagai pembuat pinggan mangkuk dan perkakas penyediaan makanan untuk industri hotel di serata dunia. STEELITE ditubuhkan semenjak 1875 dan memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. Set teko ini sesuai untuk mereka yang meminati seni dan kehalusan gaya British yang tampak moden dan ringkas. Ini adalah set teko gred hotel yang cukup diyakini kualitinya tanpa ragu-ragu. Jenama STEELITE di gunakan dengan meluas di hotel / pusat peranginan ternama serata dunia. Dapatkan segera untuk koleksi di rumah / kedai anda hari ini !!

Harga: RM 58.00 (1 set; 1 teko, 2 cawan, 2 piring)

set-teko-teh-steelite-englandset-teko-teh-steelite-englandset-teko-teh-steelite-england
Posted by: jimbit
1) Jenis: Set pisau dapur VICTORINOX berserta beg
model: dvd1
material beg: kanvas
Muatan: 12 poket
material pemegang pisau: plastik anti licin FIBROX, Nylon dan polypropelene
Warna beg: hitam
Buatan: SWITZERLAND

Keterangan: SET pisau berserta beg ini adalah KHUSUS untuk pekerja & pelajar di dalam industri sajian, perhotelan, kulinari, restoran dan surirumah. Pisau yang disertakan disini adalah sangat TAJAM dan TERBAIK. Ia juga sesuai untuk pengumpul koleksi pisau. Set ini cukup istimewa kerana didatangkan dengan pisau dapur/chef jenis terbaik besi TEMPA. Antara kandungan set ini ialah:
1. Pisau chef besi TEMPA VICTORINOX 20cm
2. Pisau roti bergigi VICTORINOX 25cm
3. Pisau siang ikan / fillet VICTORINOX 18cm
4. carving fork VICTORINOX 15cm
5. Pisau tomato / sosej VICTORINOX 11cm
6. Pisau kecil VICTORINOX 10cm
7. Pengasah besi VICTORINOX 30cm gred sederhana 7.8513
8. Pengupas kulit buah VICTORINOX
9. beg pisau VICTORINOX x C.A.M. (persatuan chef malaysia)

Harga: RM 850.00

set-pisau-dapur-victorinoxset-pisau-dapur-victorinoxset-pisau-dapur-victorinox
Posted by: jimbit
1) Jenis: kukur kelapa berukir penuh antik
Usia: Lebih 100 tahun !
material: kayu (tidak diketahui jenis) dan besi
Pembuat: tidak diketahui
Buatan: Malaysia
Asal: -

Keterangan: Ini ialah kukur kelapa antik / lama yang berukir indah dengan motif flora dengan ukiran tebuk timbul dan tembus dari bahagian kepala, kaki, badan dan ekornya dan dibuat kemas oleh tukang lama dari Malaysia. Kukur jenis ini dipercayai disimpan oleh golongan bangsawan dahulu di Tanah Melayu. Kukur kelapa ini digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman itu untuk mengkukur / mendapatkan isi buah kelapa untuk diambil santan yang merupakan bahan penting dalam masakan melayu. Kukur antik indah ini merupakan satu-satunya warisan tradisi yang masih tinggal pada hari ini. Ia sangat disyorkan untuk pengumpul barangan antik, kegunaan kedai / restoran / muzium atau sesiapa sahaja yang ingin memilikinya. Anda tidak akan dapat melihat hasil seni indah ini lagi jika ia musnah ditelan zaman !!

Harga: RM 5200.00

kukur-kelapa-ukiran-kayu-antikkukur-kelapa-ukiran-kayu-antikkukur-kelapa-ukiran-kayu-antik