/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for January 2016
Posted by: jimbit
1) Jenis: Set pisau VICTORINOX dan beg model 5.4923
model: 5.4923
material beg: besi
Ukuran beg: 51 x 38 cm
material pemegang pisau: plastik Polypropelene
Warna beg: hitam
Buatan: SWITZERLAND

Keterangan: Beg khas pisau Pisau Victorinox ini adalah untuk profesional mereka yang bekerja di dalam industri hotel/restoran/catering/penyediaan makanan. Ia juga sesuai untuk pengumpul koleksi. Ia didatangkan LENGKAP dengan pisau dan peralatan dapur Victorinox lain, antara kandungan beg ini ialah:
1. Pisau dapur 22cm 5.2003.22
2. Pisau daging 28cm 5.5203.28
3. spatula 25cm 5.2603.25
4. pisau dapur 28cm 5.2003.28
5. pisau Salmon 30cm 5.4623.30
6. set dengan 3 jarum dan 2 jarum lard 7.7350
7. Pengupas 5.0103
8. 2 scoops potato drills 7.6163
9. pisau tiram 7.6393
10. Gunting ikan 8.1056.21
11. Apple corer 5.3603.16
12. Pengasah 27cm 7.8403
13. Pisau kupas 5.3103
14. 10 unit fluted tips, stainless 7.6700
15. 10 unit star fluted tips, stainless 7.6750
16. pisau Fillet 5.3703.18
17. pisau lapah runcing 5.6303.15
18. Forged carving fork 5.2303.18
19. Pisau gubahan besi tempa 7.6053.3
20. pisau potong kecil 5.0703
21. pisau gubahan limau 5.3403
22. Lemon zester 5.3503
23. pisau kek bergigi 5.2933.26
24. Inlay Top 5.4923.1
25. Inlay bottom with magnetic rails 5.4923.2

Harga: RM 3 747.00

set-beg-pisau-dapur-profesional-victorinox-5.4923set-beg-pisau-dapur-profesional-victorinox-5.4923set-beg-pisau-dapur-profesional-victorinox-5.4923


1) Jenis: Set pisau VICTORINOX dan beg model 5.4913
model: 5.4913
material beg: besi
Ukuran beg: 50 x 33.5 x 10 sentimeter
material pemegang pisau: plastik Fibrox (anti licin) dan Polypropelene
Warna beg: hitam
Buatan: Switzerland

Keterangan: Ini merupakan set pisau bersaiz sederhana yang TERBAIK untuk mereka yang menyukai serta mengumpul pisau. Set beg pisau Victorinox ini didatangkan LENGKAP dengan pisau dapur dan peralatan dapur Victorinox lain, Ia sangat DISYORKAN untuk pekerja yang terlibat dengan industri sajian & makanan / perhotelan / pelajar yang mengikuti kursus perhotelan/kulinari / surirumah. Beg yang didatangkan dengan set ini cukup kemas dan menarik kualitinya dari sentuhan SWISS. Antara kandungan beg ini ialah:
1) Pisau dapur/chef bilah lebar 28cm
2) Pisau pastri bilah bergigi 26cm
3) Spatula mudah lentur 23cm
4) Besi pengasah 11 inci
5) Pisau ukir kecil
6) Pengupas buah
7) Potato Baller, 2 bahagian (22 dan 25mm)
8) Lemon Decorator
9) Lemon Zester
10) Pisau kecil / paring
11) Pisau lapah lurus 15cm
12) Pisau siang ikan / fillet 18cm
13) Fork jenis besi tempa 18cm
14) Pisau dapur/chef 19cm

Harga: RM 2 110.00
set-beg-pisau-dapur-victorinox-5.4913set-beg-pisau-dapur-victorinox-5.4913set-beg-pisau-dapur-victorinox-5.4913
Posted by: jimbit
Ditunjukkan disini produk ketip kuku Victorinox buatan Switzerland, tampak kecil dan comel, wajib penjadi peneman anda di kala suka dan duka....

https://www.youtube.com/watch?v=NsZ22wpM8PA

ketip-kuku-victorinox
Posted by: jimbit
1)Jenis: Pengupas buah Victorinox - saiz besar
model: 7.6079
material: plastik
Buatan: Switzerland

Kegunaan: Pengupas kulit buah ini bersaiz besar dan dari gred PREMIUM keluaran Victorinox Switzerland. Alat ini berguna untuk mengupas mangga/betik/tembikai/tomato/buah kiwi atau buah/sayur yang berkulit lembut, ia dilengkapi
bilah tahan karat. Mata/bilahnya adalah pada 2 belah dan bergigi. Ia adalah lebih baik dari jenama biasa di pasaran dan mata bilahnya tahan karat. Alat ini berguna untuk mereka yang bekerja di sektor perhotelan/katering/restoran/dapur rumah/gubahan makanan. Dapatkan segera hari ini !

Harga: RM 30.00 - seunit

pengupas-kulit-buah-peeler-besar-victorinoxpengupas-kulit-buah-peeler-besar-victorinox
Posted by: jimbit
1) Jenis: minyak "mink oil" mengilat kasut Redwing Shoes - versi "Warisan"
model: 97105
Kuantiti: 85 gram
Kandungan: lanolin dan silikon
Buatan: USA

Keterangan: Ini adalah sejenis minyak pengilat kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Ini adalah versi "Warisan" yang didatangkan dalam bekas tin yang kecil dan comel berwarna putih/merah sama seperti bekas asal REDWING berdekad lamanya. Pengilat kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan. Minyak ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan membantu menjaga ketahanan, membersihkan, melembut serta merapikan dan yang paling menarik sekali ia membuatkan kasut kulit anda seolah-olah kalis air. Minyak ini diperbuat dari campuran silikon dan lanolin iaitu sejenis lilin pada bulu kambing biri-biri yang diketahui menyahkan air pada bulunya. Minyak pengilat ini adalah sangat disyorkan untuk mereka yang masih tercari-cari pengilat kasut terbaik untuk barangan kesayangan anda. Dapatkan hari ini !!

Harga: RM 76.00

minyak kilat kasut Redwingminyak kilat kasut Redwingminyak kilat kasut Redwing


1) Jenis: cecair "all natural" tin penjagaan kulit kasut Redwing
model: 97103
Kandungan: cecair dari pohon pine & minyak mink
Kuantiti: 237 mililiter
Buatan: USA

Keterangan: Ini adalah sejenis cecair penjagaan / "perapi" kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Ia didatangkan dalam bekas tin yang kecil dan comel, sama seperti bekas asal REDWING berdekad lamanya. Cecair kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan jenis "Harness", "Oil Slick", "Legacy" dan "Oro-iginal". Cecair ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan menyahkan air, ia sebenarnya mengelakkan kulit kasut anda dari menjadi terlalu kering yang menyebabkan permukaan kulit kasut menjadi merekah. Cecair ini melembapkan kulit serta menjadikan permukaan kulit kasut menjadi lembut. Seterusnya ia memanjangkan tempoh jangka hayat kasut dan memberi kesegaran berpanjangan. Untuk makluman cecair ini diperbuat dari campuran sejenis cairan dari ekstrak pokok Pine yang dikira bahan semulajadi terbaik untuk penjagaan kulit. Cecair kasut ini TIDAK mengandungi silikon atau bahan berasaskan petroleum. Cecair ini khas untuk mereka yang tercari-cari bahan "merapi" kasut kulit PREMIUM semulajadi yang terbaik dari REDWING SHOES !!

Harga: RM 116.00

minyak-kasut-natural-tin-redwingminyak-kasut-natural-tin-redwingminyak-kasut-natural-tin-redwing
Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur "yanagiba" Tojiro - 2 lapis
Model: F-1056
panjang: 33.5 cm (panjang keseluruhan), 21cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium dan besi tahan karat (2 lapisan)

berat: 85 gram
pemegang: kayu pohon magnolia Jepun
Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Kegunaan: Ini adalah pisau siri moden dengan hulu kayu dengan 2 lapisan besi keluaran Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau dapur "YANAGIBA" ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, besi pada bilahnya dihasilkan dengan 2 lapisan besi berbeza pada bahagian teras (molybdenum vanadium) dan lapisan luaran (besi tahan karat).
Ia terbaik untuk kerja memotong/menghiris isi ikan, sotong, daging, makanan & seangkatannya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Pisau dambaan buat semua insan di dunia yang fana !!

Harga: RM 245.00

nullnullnullnull



1) Jenis: pisau dapur "santoku" Tojiro - 2 lapis
Model: F-948
panjang: 30.5 cm (panjang keseluruhan), 17cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium dan besi tahan karat (2 lapisan)

berat: 125 gram
pemegang: kayu pohon magnolia Jepun
Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Kegunaan: Ini adalah pisau siri moden dengan hulu kayu dan 2 lapisan besi keluaran Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau "Santoku" ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, besi bilahnya dihasilkan dengan 2 lapisan besi berbeza pada bahagian teras (molybdenum vanadium) dan lapisan luaran (besi tahan karat). Ia terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Milki ia hari ini juga !!

Harga: RM 269.00

pisau-dapur-santoku-tojiropisau-dapur-santoku-tojiropisau-dapur-santoku-tojiro



1) Jenis: pisau dapur/hiris Tojiro - siri berwarna
Model: F-253-BK
panjang: 37.5 cm (panjang keseluruhan), 24cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium
pemegang: elastomer resin anti bakteria (sejenis getah polimer)

Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Kegunaan: Ini adalah pisau siri moden keluaran Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM dengan hulu plastik resin mengurangkan tekanan pada jari & tangan, dikhususkan buat mereka yang mengagumi ketelitian seni tukang besi Jepun. Ia terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Pisau ini menepati keperluan persekitaran HACCP, apa tunggu lagi ??

Harga: RM 222.00

pisau-dapur-24cm-tojiro-warnapisau-dapur-24cm-tojiro-warnapisau-dapur-24cm-tojiro-warna


1) Jenis: pisau dapur DEBA Tojiro - siri Shirogami
Model: F-904
panjang: 36.5 cm (panjang keseluruhan), 21cm (bilah)
material bilah: besi karbon reaktif Shirogami
berat: 385 gram
pemegang: kayu pohon magnolia Jepun
Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Kegunaan: Ini adalah antara pisau dapur keluaran TERBAIK Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Demi semangat untuk mendapatkan ketajaman luar biasa serta mencipta "Tamahagane" iaitu besi asli khusus dalam salah satu campuran pedang samurai asli terbaik, maka terhasilnya produk ini.
Pisau ini apabila dipegang ia tampak berat dan kukuh. Ia khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris / membelah ikan / hasil laut serta tulangnya. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau terbaik di dapur terutama dalam penyediaan sashimi, sushi malah makanan lain. Pisau DEBA menjadi pilihan WAJIB untuk pekerja di dapur hotel/katering/restoran/pelajar di JEPUN. Pisau ini merupakan barang yang wajib dimiliki jika anda memuja hasil seni tukang besi dari negara Jepun.

Harga: RM 580.00

pisau-jepun-deba-tojiropisau-jepun-deba-tojiropisau-jepun-deba-tojiro
Category: 5.11 - kasut
Posted by: jimbit
Syabas pasukan elit Polis Diraja Malaysia VAT 69 kerana memilih produk taktikal terbaik dari 5.11 !! Beberapa anggota VAT 69 memakai pakaian seragam baru bersama kasut but XPRT 2.0 Urban 5.11 dengan talipinggang BLACKHAWK! Kasut model ini merupakan kasut rasmi untuk semua anggota VAT 69 bermula tahun 2015...

pdrm-vat69-kasut-5.11kasut-but-xprt2_0-urban-5.11



1) Jenis: kasut ABR Trainer 5.11
Model: 16004
saiz: US 9.5R -- untuk kaki kurus
warna: hitam
material: nylon tahan lasak, kulit sintetik, alas dalam jenis Ortholite X40 (penyerap hentak/penstabil kaki terbaik !)

Keterangan: Kasut ABR Trainer 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan model yang cukup POPULAR di kalangan penggiat sukan lasak / pelari rentas desa. Fabrik luaran kasut ini adalah jenis nylon bersulam yang tahan lasak dan cukup RINGAN. Keseluruhan fabrik pada kasut adalah jenis tahan pada lelasan yang membuatkan struktur kasut kekal utuh walau dipakai dalam pelbagai situasi. Alas dalaman kasut menggunakan teknologi Ortholite X40 yang mana cukup selesa dan memberi keanjalan pada kaki lebih 40%.
Ia sangat disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung/berkhemah/pelari jarak jauh/pengembara/pemandu trak 4x4. Tapak kasut ini adalah TIDAK LICIN pada permukaan basah dan ia memberi perlindungan terbaik pada kaki anda setiap masa walau dipakai sehari suntuk sehingga 24 jam !!
Jika anda mahukan produk premium bersama aura taktikal yang hebat, cubalah ia hari ini !

Harga: RM 659.00

nullnullnullnull



1) Jenis: kasut but berzip SPEED 3.0 5.11
Model: 12336
tinggi but: 8 inci
saiz: US 8, 9, 10 -- (jenis lebar)
warna: hitam
material: Ripstop nylon lasak, Kulit asli full grain, alas kaki "Ortholite"

Keterangan: Kasut but taktikal keluaran TERBARU ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Sesuai dengan namanya SPEED, ia direka agar si pemakai dapat bergerak tangkas dan aktif sepanjang masa di persekitaran yang berbagai rupa. Kasut ini diperbuat dari kulit asli TERBAIK yang dipanggil full grain disamping material lain ripstop nylon yang tahan lasak. Alas dalam kasut ini adalah dari teknologi "Ortholite" yang terbukti berkesan sebagai penyerap hentak / menyahkan kelembapan. Pada ruang dalam menggunakan teknologi "Agion" yang nyah bakteria / patogen jadi dapat mengelakkan bau yang tidak menyenangkan / jangkitan kuman akibat dipakai dalam jangkamasa yang lama. Corak bunga tapak kasut ini telah diperbaharui dengan menekankan untuk fungsi memanjat / mendaki di laluan sukar.
Kasut taktikal 5.11 telah terkenal dipakai oleh tentera US, Unit Penguatkuasa dan Polis di serata dunia termasuk unit tertentu PDRM Malaysia sendiri. Kasut ini tebal dan sangat tahan lasak tetapi sungguh RINGAN. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa untuk dipakai harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Kasut but ini TERBAIK buat anggota penguatkuasa di Malaysia disamping mudah dibuka & dipakai ketika sebarang situasi kerana mempunyai ZIP di bahagian tepi kasut.
Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar pemandu trak 4x4, mendaki gunung/berkhemah/peminat barangan tentera dan taktikal. Tapak kasut but ini adalah TIDAK LICIN pada permukaan berminyak / basah dan ia memberi perlindungan terbaik pada buku lali dan kaki anda pada setiap masa. Ia juga mempunyai ruang kecil khas/poket pada bahagian luar untuk diletak pisau.

Harga: RM 533.00

kasut-but-taktikal-speed3_0-5.11kasut-but-taktikal-speed3_0-5.11kasut-but-taktikal-speed3_0-5.11


1) Jenis: kasut sukan taktikal Ranger 5.11
Model: 12308
saiz: US 8.5, US 10, US 10.5 -- jenis lebar
warna: hitam
material: Ripstop nylon tahan lasak, kulit "nubuck", polimer, Polyurethane, alas dalam jenis "Ortholite" (penyerap hentak/penstabil, menyah kelembapan, anti bakteria, sistem pengudaraan kaki terbaik !)

Keterangan: Kasut Ranger 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan sejenis kasut sukan taktikal yang cukup POPULAR di kalangan penggiat sukan lasak / pendaki gunung / pelumba lari. Fabrik kasut ini adalah tebal dan sangat tahan lasak tetapi sungguh RINGAN. Ia boleh dipakai ketika bersukan/jogging/gimnasium/bersantai dan ia kelihatan ringkas dan selesa untuk dipakai harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Istimewanya kasut ini, alas dalam kasut jenis "OrthoLite" dan material anti bakteria.
Ia sangat sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar pemandu trak 4x4, penunggang motorsikal, mendaki gunung/berkhemah/pelari jarak jauh/pengembara. Tapak kasut ini adalah TIDAK LICIN pada permukaan berminyak / basah dan ia memberi perlindungan terbaik pada kaki anda pada setiap masa walaupun dipakai sehari suntuk sehingga 24 jam ! Anda mungkin kelihatan hebat jika memakai kasut ini di hari Raya yang bakal menjelma nanti !

Harga: RM 389.00

kasut-sukan-taktikal-ranger-5.11kasut-sukan-taktikal-ranger-5.11kasut-sukan-taktikal-ranger-5.11



1) Jenis: kasut but XPRT 2.0 URBAN 5.11
Model: 12302
saiz: 10 US (lebar)
tinggi but: 6 inci
warna: Hitam
material: kulit HELCOR, suede, nylon ripstop dan Nubuck kalis air serta breathable

Keterangan: Kasut but XPRT 2.0 URBAN 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Kasut model ini merupakan model yang sama dipakai oleh unit elit Polis Diraja Malaysia VAT 69 bermula tahun 2015. Ini adalah antara model terbaru kasut yang mendapat sentuhan veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC. Kasut ini dicipta untuk menyaingi kasut mendaki terbaik buatan Eropah. Kasut but XPRT 2.0 URBAN ini boleh diumpamakan model "TERAGUNG" kasut keluaran 5.11 yang dibuat menggunakan fabrik dan material TERBAIK !! Kasut ini juga dibuat supaya melindungi bahagian hadapan kaki dengan baik sekali. Kasut ini membuatkan pemakainya berasa sangat selesa, tangkas dan sungguh lasak dengan alas dalam jenis BI-FIT.
Ini adalah kasut kalis air tetapi ia tidak panas kerana materialnya memboleh pengaliran udara masuk. Bahagian atas kasut ini diperbuat/dilapisi dari bahan "neoprene" iaitu sejenis getah sintetik yang memberi perlindungan optimum pada buku lali dan kaki si pemakai untuk mengurangkan kecederaan.
Kasut but ini TERBAIK untuk semua anggota penguatkuasa di Malaysia (Polis, Tentera, JPJ, APMM, DBKL, SMART, Bomba, Imigresen, Kastam).
Ia juga sangat TERBAIK untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pemandu trak 4x4, pemandu kenderaan berat, mendaki gunung/berkhemah/peminat barangan tentera dan taktikal. Tapak kasut but ini adalah tidak licin pada permukaan berminyak/basah. Jika anda masih tercari-cari kasut but yang tahan lasak, ringan, selesa dan TERBAIK, model 5.11 XPRT 2.0 URBAN perlu disemat di sanubari anda !!

Harga: RM 1 103.00

kasut-but-xprt2.0-urban-5.11kasut-but-xprt2.0-urban-5.11kasut-but-xprt2.0-urban-5.11


3) Jenis: kasut but Taclite 6" Coyote 5.11
Model: 12030
saiz: 7, 8, 10, 12 US
tinggi but: 6 inci
warna: coklat cerah
material: Cordura nylon 1200D, EVA foam, suede

Keterangan: Kasut but Taclite 5.11 "Coyote" ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Polis di serata dunia. Fabrik kasut Taclite ini adalah tebal dan sangat tahan lasak tetapi sungguh RINGAN. Pada bahagian buku lali dan lidah kasut ini, ia diperbuat dari bahan jenis "EVA foam" yang mempunyai liang-liang kecil agar membolehkan pengaliran udara keluar dan masuk jadi ia menjadikan kaki si pemakai sentiasa sejuk dan kering saban waktu walau dipakai dalam tempoh yang lama. Pada bahagian dalam kasut ini dibuat dari bahan yang anti bakteria dan menyahkan kelembapan disamping penggunaan alas dalam menggunakan teknologi "Ortholite" yang terkenal dalam memberikan keselesaan terbaik pada tapak kaki, nyah bakteria, sistem pengudaraan lancar 100%.
Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa untuk dipakai harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung/berkhemah/peminat barangan tentera dan taktikal. Tapak kasut but ini adalah tidak licin pada permukaan berminyak /basah. Jika anda masih tercari-cari kasut but yang tahan lasak, selesa dan TERBAIK ketika keadaan panas dan lembap, model kasut 5.11 ini adalah disyorkan untuk anda !!

Harga: RM 540.00

kasut-but-taclite-coyote-5.11kasut-but-taclite-coyote-5.11kasut-but-taclite-coyote-5.11
Category: 5.11 - pisau
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat RESPON 5.11
model: 51073 1 SZ
panjang bilah: 3.75 inci
panjang keseluruhan: 8.65 inci
tebal bilah: 0.12 inci
Berat: 172 gram
Material bilah: Besi AUS8
Material pemegang: gentian kaca dengan nylon tahan lasak
Warna: oren cerah dengan kombinasi hitam
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Taiwan

Keterangan: Ini adalah pisau ASLI keluaran 5.11 USA, antara pengeluar barangan taktikal ternama. Ia berwarna oren terang yang begitu menyerlah, dikategorikan sebagai pisau menyelamat. Pisau ini didatangkan dengan 1 bilah pisau utama yang cukup TAJAM, 1 bilah pisau kedua kecil bergigi penuh (penghentak/memotong talipinggang/fabrik kuat) dan punat pemecah cermin & kaca pada bahagian belakangnya. Pisau bilah utamanya mempunyai lubang dan dibuat agar boleh dibuka dengan sebelah ibu jari sahaja. Ia berguna kepada anggota Paramedik / penyelamat dan cukup sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/PGA/FRU/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi.

Harga: RM 360.00 (STOK HABIS !)

pisau-lipat-responder-5.11pisau-lipat-responder-5.11pisau-lipat-responder-5.11
Category: Sarung Tangan BESI
Posted by: jimbit
1) Jenis: Sarung tangan besi ICEL-Manulatex
model: 951.600L.00
saiz: L
warna: kelabu
Kuantiti: 1 unit (sebelah)
material: Besi berantai tahan karat & plastik polyurethane
Pengiktirafan: NF EN 1082-1 (menepati ciri keselamatan perlindungan)
Buatan: Peranchis

Keterangan: Ini adalah sarung tangan yang dibuat dengan kerjasama ICEL dan Manulatex sebuah syarikat yang terkenal dengan pembuatan alat perlindungan diri dalam industri makanan/ternakan. Sarung tangan ini dipakai pada sebelah tangan atau pada kedua-dua belah tangan untuk memberi PERLINDUNGAN optimum pada jari & tapak tangan semasa mengendalikan kerja berbahaya melibatkan pisau / parang / pemotong yang tajam. Sarung tangan ini seeloknya direndam & dibilas (sebelum/selepas dipakai) di dalam air panas sekurang-kurangnya suhu 82 darjah. Sarung tangan ini sangat disyorkan untuk penyembelih haiwan ternakan, peniaga hasil laut/daging, pekerja di pusat sembelihan ternakan, atau di mana-mana persekitaran yang memerlukan perlindungan pada jari & tapak tangan.

Harga: RM 723.00 - seunit

sarung-tangan-daging-kalis-pisau-icelsarung-tangan-daging-kalis-pisau-icelsarung-tangan-daging-kalis-pisau-icel


Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur Victorinox (hulu KAYU)
model: 5.2060.20G
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Kegunaan: Pisau dapur/pisau chef jenis ini adalah ISTIMEWA kerana bilahnya LEBAR. Model ini mendapat pujian ramai pekerja di dapur hotel / restoran besar kerana proses menghiris/merincik sungguh lancar dan mudah. Pemegangnya diperbuat dari kayu ROSEWOOD Afrika iaitu sejenis kayu keras/kayu jati. Ia tahan lama dan tidak mudah reput / tidak pudar. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur.
Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. Ia nampak stylo dan "otai". Jangan tunggu sehingga ia hilang ditelan zaman !!

Harga: RM 216.00

pisau-dapur-20cm-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-20cm-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-20cm-hulu-kayu-victorinox


1) Jenis: pisau dapur lurus Victorinox (hulu KAYU)
model: 5.1800.15
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Kegunaan: Pisau dapur jenis lurus ASLI ini keluaran Victorinox Switzerland. Pisau pemegang kayu disyorkan untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik hulu kayu. Pemegangnya diperbuat dari kayu ROSEWOOD Afrika iaitu sejenis kayu keras/kayu jati yang cukup tahan dan tidak mereput. Pisau ini tampak kecil tetapi terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia cukup tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang tugas-tugas anda di dapur. Ia TERBAIK untuk pekerja di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan peminat koleksi pisau impot berkualiti tinggi, model yang jarang-jarang ada di pasaran, ini lah dia !

Harga: RM 134.00

pisau-dapur-6-inci-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-6-inci-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-6-inci-hulu-kayu-victorinox

2) Jenis: pisau dapur "santoku" Victorinox (hulu KAYU)
model: 6.8500.17G
panjang: 17 cm atau 6.69 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Kegunaan: Pisau dapur / pisau bentuk "santoku" ini merupakan produk ASLI keluaran Victorinox Switzerland. Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. Ia tampak "stylo" dan "otai". Pemegangnya diperbuat dari kayu ROSEWOOD Afrika iaitu sejenis kayu keras/kayu jati. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang tugas-tugas anda di dapur. Pisau jenis ini sangat disyorkan untuk pekerja di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau.

Harga: RM 197.00

pisau-dapur-santoku-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-santoku-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-santoku-hulu-kayu-victorinox


3) Jenis: pisau dapur/chef Victorinox (hulu KAYU)
model: 5.2000.22G
panjang: 22 cm atau 8.66 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Kegunaan: Pisau dapur / pisau chef ini merupakan produk keluaran Victorinox. Pisau pemegang kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik. Ia nampak "stylo" dan "otai". Pemegangnya
diperbuat dari kayu ROSEWOOD Afrika iaitu sejenis kayu keras/kayu jati. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah
dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang tugas-tugas dapur. Pekerja dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel disyorkan memilikinya sepantas mungkin !!

Harga: RM 206.00

pisau-dapur-22cm-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-22cm-hulu-kayu-victorinoxpisau-dapur-22cm-hulu-kayu-victorinox


1) Jenis: pisau ukir / shaping VICTORINOX
model: 5.0501
warna: hitam dan merah
panjang: 6 cm
material: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik polypropelene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Kegunaan: Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja mengukir buah/sayur dan sebagai pisau serbaguna di dapur. Walaupun ia nampak kecil namun bilahnya sangat tajam !! Ia berguna dan merupakan alatan WAJIB untuk pekerja di dapur hotel/restoran dan pelajar kolej/universiti yang mengikuti kursus Perhotelan/Kulinari. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan kerja food presentation dan mereka yang terlibat dengan gubahan hidangan untuk majlis perkahwinan / majlis santapan rasmi.

Harga: RM 26.00 (seunit)

pisau ukir victorinoxpisau ukir victorinoxpisau ukir victorinox
Posted by: jimbit
Kami membawakan kepada anda untuk peminat / pengikut / pemandu jenama SCANIA / kenderaan berat (lori, bas, prime mover) produk ekslusif yang diimpot khas dari ibu pejabat Scania Sweden. Produk berkualiti tinggi dari Eropah yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan "RARE" !! Pesanan dibuka mulai SEKARANG sementara stok masih ada !

Untuk senarai lengkap produk SCANIA rujuk laman web kami:

http://ded1.opensource.net.my

http://ded1.opensource.net.my/SCANIA2

iklan produk lori scania sweden
Posted by: jimbit
5) Jenis: Alat serbaguna COLEMAN
model: 200007841
Ukuran: 15.88 x 6.35 x 1.6 sentimeter (tanpa dilipat)
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: Hitam dan kelabu
Buatan: China
Bilangan alatan: 13 jenis

Keterangan: Ini adalah alat serbaguna ASLI mampu milik keluaran COLEMAN, sebuah syarikat pengeluar produk rekreasi terkenal dari USA yang memulakan perusahaan semenjak tahun 1900. Alatan serbaguna COLEMAN ini sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/berkhemah/mountain bike/memancing atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan/maintenance atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Ia didatangkan sekali dengan sarung kecil bercop "COLEMAN" yang menarik. Jika anda sangat mengimpikan alat serbaguna dengan kewangan yang terhad, pilihlah COLEMAN ini ya !!

Harga: RM 54.00

Ia mempunyai 13 jenis alatan serbaguna:

1. pisau besar
2. pisau kecil
3. pembuka botol
4. pembuka tin
5. pemutar skru biasa besar
6. pembuka tutup botol
7. pemutar skru philip
8. pemotong wayar
9. pemutar skru biasa sederhana
10. kikir
11. pengopek
12. playar
13. penyiang sisik ikan

alat-serbaguna-colemanalat-serbaguna-colemanalat-serbaguna-coleman
Posted by: jimbit
1) Jenis: Baju leher bulat Redwing Shoes
model: 95338
GSM: 204
saiz: S, M, L, XL, XXL (Asia)
warna: merah
material fabrik: 100% kapas "soft-spun" 6.1 oz
Buatan: Haiti
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Baju kolar bulat ini adalah ASLI, dikeluarkan oleh Redwing Shoes USA dengan kerjasama HANES. Redwing Shoes merupakan pembuat kasut but terkenal dari USA semenjak 1905. Fabriknya diperbuat menggunakan kapas 100% terbaik 6.1 oz "soft spun" yang lembut dan berkualiti tinggi setanding dengan jenama mahal. Baju ini mempunyai logo REDWING kecil di bahagian hadapan atas sebelah kiri yang mana ia disulam dan dijahit dengan rapi. Baju ini tahan lasak dan tidak menggeleber dan tidak pudar warna walaupun dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Baju ini berwarna merah menyala yang cukup terang dan menarik perhatian, ia sangat disyorkan buat peminat produk jenama Redwing Shoes yang tidak mengenal erti jemu !!

Harga: RM 95.00

baju-merah-tshirt-redwing-shoes
baju-merah-tshirt-redwing-shoes
baju-merah-tshirt-redwing-shoes


Posted by: jimbit
1) Jenis: Berus kasut Redwing
model: 97106
Saiz: 17.3 x 5.8 sentimeter
Buatan: USA
Jenis bulu berus: bulu kuda
Jenis pemegang: kayu

Keterangan: Ini adalah berus untuk kasut ASLI keluaran Redwing Shoes USA. Bulu berus ini diperbuat dari bulu kuda berkualiti tinggi sepenuhnya, manakala pemegangnya daripada sejenis kayu terbaik. Berus ini boleh digunakan untuk membuang debu dan kotoran ringan yang terlekat pada permukaan kasut Redwing anda atau dari sebarang jenama, atau boleh juga digunakan pada jaket kulit jua. Berus kayu ini tampak klasik dan elegan hasil kerjatangan teliti pekerja mahir Amerika, dapatkan berus terbaik Redwing ini jika anda menyayangi kasut / barangan anda umpama "menatang minyak yang penuh" !!! Produk ini sangat disyorkan buat peminat barangan asli Redwing Shoes.

Harga: RM 76.00

berus kasut Redwingberus kasut Redwingberus kasut Redwing


2) Jenis: cecair "all natural" penjagaan kulit kasut Redwing
model: 95132
Kuantiti: 237 mililiter
Negara ASAL pengeluar: USA
Kandungan: cecair dari pohon pine

Keterangan: Ini adalah sejenis cecair penjagaan / "perapi" kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Cecair kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan. Cecair ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan menyahkan air, ia sebenarnya mengelakkan kulit kasut anda dari menjadi terlalu kering yang menyebabkan permukaan kulit kasut menjadi merekah. Cecair ini melembapkan kulit serta menjadikan permukaan kulit kasut menjadi lembut. Seterusnya ia memanjangkan tempoh jangka hayat kasut dan memberi kesegaran berpanjangan. Untuk makluman cecair ini diperbuat dari campuran sejenis cairan dari ekstrak pokok Pine yang dikira bahan semulajadi terbaik untuk penjagaan kulit. Cecair kasut ini TIDAK mengandungi silikon atau bahan berasaskan petroleum. Cecair ini sangat disyorkan untuk mereka yang mencari cecair "merapi" kasut kulit PREMIUM semulajadi yang terbaik !!

Harga: RM 86.00

minyak kilat kasut Redwingminyak kilat kasut Redwing
Posted by: jimbit
1) Jenis: Set sudu Signum WMF
model: Signum 1900
Saiz hidangan: 6 orang
Jenis alatan dalam set: Sudu makan, garpu makan, pisau stik, sudu teh, garpu kek pencuci mulut (dessert)
material: besi tahan karat jenis Cromargan 18/10 (18% krom, 10% nikel dan 72% besi
Buatan: WMF Group, JERMAN

Keterangan: Ini adalah set TERBAIK keluaran WMF Group Jerman. Perusahaan WMF bermula semenjak tahun 1853 di Geislingen Jerman. Alatan WMF digunakan dengan meluas berkurun lamanya di hotel besar, restoran, majlis rasmi, syarikat penerbangan dan individu di seluruh dunia. Alatan WMF terkenal dengan penggunaan besi tahan karat gred terbaik Cromargan (18/10), alatan dalam set ini tampak berkilau, besinya sangat utuh / "SOLID", tidak mudah bengkok. Set ekslusif dan tampak moden ini dibuat untuk 6 orang, khusus buat mereka yang mahukan set sudu/garpu dari gred besi TERBAIK Jerman untuk kegunaan di hotel, restoran, majlis santapan rasmi, rumah dan mereka yang berminat menjadikan alatan sebegini sebagai koleksi kesayangan anda atau sebagai hadiah buat mereka yang istimewa. Jenama WMF mempunyai kualiti yang jauh mengatasi sudu/garpu di luar sana dan ia terbaik untuk anda sepanjang hayat !!

Harga: RM 720.00

set-sudu-garpu-signum-wmf-jermanset-sudu-garpu-signum-wmf-jermanset-sudu-garpu-signum-wmf-jerman
Posted by: jimbit
Saksikan video pisau lagenda dari besi terbaik Jerman ini !!

https://www.youtube.com/watch?v=WaqBP9hmFIs

video-pisau-cap-garpu-f_herder