/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::.
Posted by: jimbit
1) Jenis: Alat serbaguna Zilla CRKT
model: 9060
Ukuran: 16.5cm
Jenis besi: Besi tahan karat 3Cr13

Berat: 210 gram
Warna: kombinasi hitam & kelabu
Bilangan alatan: 6 jenis
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: china

Keterangan: Alatan serbaguna CRKT unik dari model Zilla-Tool ini adalah ASLI dan merupakan sejenis playar/alat serbaguna yang cukup berguna, dikeluarkan oleh CRKT USA. Alat serbaguna ini didatangkan bersama sarung jenis Nylon berwarna hitam dan mempunyai butang punat di tengahnya untuk mengunci. Alat ini sangat disyorkan untuk dimiliki oleh mereka yang terlibat aktiviti luar; mendaki, berkhemah, berbasikal, penunggang motor, memancing, memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan / maintenance atau boleh disimpan dirumah atau di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi.

Ia mempunyai 6 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- Playar
- Pemutar skru rata
- Pemutar skru Philip
- Pisau separuh bergigi (7 cm)
- Pemotong wayar/dawai kecil
- Klip penyangkut

Harga: RM 197.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau M16 OREN CRKT
model: M16-12ZER
Panjang keseluruhan (bila dibuka): 7.37 inci
Panjang keseluruhan (bila ditutup): 4.25 inci

panjang bilah: 3 inci
tebal bilah pisau: 3 milimeter
Berat: 102 gram
Jenis kunci: Frame Lock dan AutoLawks
Material bilah: Besi tahan karat AUS 4
Material pemegang: nylon Zytel
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Warna: oren
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: taiwan

Keterangan: Pisau lipat CRKT dari model M16-12ZER dengan warna OREN cerah yang menawan ini adalah ASLI dan merupakan model pisau lipat yang cukup berguna, dikeluarkan oleh CRKT USA. Model dengan bilah TANTO ini dibuat khusus untuk anggota bomba, penyelam, pasukan penyelamat, anggota polis serta mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat di dalam air. Bilah pisau ini diperkemaskan lagi agar tahan pada karat untuk aktiviti di dalam air, bilahnya yang separuh bergigi memudahkan anda memotong tali yang kasar, kain tebal, jala dan ranting pokok. Usah bertangguh dengan model CRKT RARE ini !

Harga: RM 175.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: alat serbaguna "Exitool" CRKT
model: 9030
Ukuran: 2.8 x 2.5 x 0.3 inci
Material bilah: Besi tahan karat
Material alatan: Nylon dengan campuran gentian kaca
kekerasan bilah: 60-61 Rockwell
Bateri lampu: 3V CR2032 Lithium
Berat: 45 gram
Warna: hitam
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: taiwan

Keterangan: Sejenis alat serbaguna kecil dengan 3 fungsi utama; pemecah cermin, pemotong tali pinggang keledar kenderaan & lampu suluh kecil keluaran CRKT USA dan ia adalah ASLI. Direkabentuk oleh Russ Kommer dari Alaska yang merupakan seorang pembuat pisau yang dikira masih muda belia. Ia dibuat khusus untuk pemandu kenderaan dan anggota pasukan penyelamat. Alatan ini dibuat agar pemandu yang terperangkap/terlibat kemalangan di dalam kenderaan dapat keluar dengan SEGERA. Kenderaan kemalangan mungkin terbalik & termasuk ke dalam air yang mana menyebabkan talipinggang keledar & pintu tidak dapat dibuka lalu mencetuskan situasi panik & kritikal. Tindakan pantas dengan menggunakan fungsi alatan ini diharap menyelamatkan nyawa pemandu semasa situasi genting berkenaan. Alatan kecil ini disyorkan disimpan di dalam kenderaan / poket dan siapa tahu anda mungkin memerlukannya kelak ?? Jangan sudah terhantuk baru terngadah ya !!

Harga: RM 113.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau taktikal HISSATSU CRKT
model: 2907
Panjang keseluruhan: 12.25 inci
panjang bilah: 7.12 inci
tebal bilah pisau: 0.2 inci
Material bilah: Besi 440A
Material pemegang: Nylon dan getah
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Warna: hitam, coklat cerah
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: china

Keterangan: Pisau taktikal HISSATSU CRKT ini adalah ASLI dan dengan sekali imbas saja pisau ini sungguh kelihatan "ganas", "stylo" dan menggerunkan !!, dikeluarkan oleh CRKT USA. Direkabentuk oleh James Williams yang merupakan bekas anggota tentera Amerika dan juga merupakan jurulatih seni beladiri yang berpengalaman selama lebih 45 tahun. Pisau ini direkabentuk berdasarkan bentuk senjata lama Jepun. Bentuk unik bilah sebegini sebenarnya dipopularkan oleh panglima perang Samurai lagenda iaitu Takeda Shingen, bilahnya memberikan kuasa jitu untuk tikaman dan memotong pada 1 mata bilah. Pisau ini direkacipta untuk persekitaran "CQB" (close quarter battle) / anti pengganas, iaitu sebagai senjata utama atau sebagai kedua. Pisau ini dibuat khusus untuk anggota penguatkuasa / keselamatan terlatih. Pemegang pisau adalah dari jenis getah & plastik anti licin dan pisau ini didatangkan dengan sarung jenis keras. Bagi peminat/pengumpul pisau, model ini adalah satu kemestian sebagai koleksi dan pisau ini sangat jarang didapati di pasaran & RARE !!

Harga BIASA: RM 545.00 - SEBILAH
HARGA DISKAUN: RM 464.00 - SEBILAH

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/crkt-pisau-taktikal-hissatsu/

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau "kuku beruang" CRKT
model: 2510ER
Negara ASAL pengeluar: USA
Panjang keseluruhan: 5.75 inci
panjang bilah: 2.37 inci
tebal bilah pisau: 0.13 inci
Material bilah: Besi AUS4 (tahan karat)
Material pemegang: Nylon dengan campuran gentian kaca
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Berat: 96.3 gram
Warna: oren

Keterangan: Pisau ini diberi nama "kuku beruang", keluaran CRKT USA dan ia adalah ASLI. Pisau yang bersaiz kecil ini berbentuk seakan-akan kerambit dari Nusantara. Direkabentuk oleh Russ Kommer dari Alaska yang merupakan seorang pembuat pisau yang dikira masih muda belia. Pisau ini bersaiz kecil dan cukup ringan, mata bilah jenis bergigi dan "FULL TANG" dan mempunyai lubang/ruang pada bahagian tengahnya. Ia cukup berguna ketika kecemasan / darurat untuk memotong tali yang kasar dan keras, jaring/jala, talipinggang keledar atau untuk pertahanan diri di waktu yang sukar. Pisau kecil ini didatangkan dengan sarung jenis plastik nylon keras yang menarik dan mempunyai mekanisma untuk "mengunci" pisau apabila disarungkan. Ia boleh di pakai pada talipinggang atau digantung pada leher. Pisau ini cukup menarik dan terbaik buat peminat/pengumpul pisau dan barangan "RARE" !!

Harga: TIADA LAGI
pisau kecil CRKTpisau kecil CRKTpisau kecil CRKT

Posted by: jimbit
Video komentar / ulasan berkenaan pisau lipat keluaran CRKT dari model m21-04G, dengan hulu terbaik G10 rekaan Kit Carson, pisau lipat untuk aktiviti luar bersaiz besar.

https://www.youtube.com/watch?v=zB_SrzZttjo

pisau-lipat-crkt-m21
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat PAZODA CRKT
model: 6490
Panjang keseluruhan (bila dibuka): 6.5 inci
Panjang keseluruhan (bila ditutup): 3.75 inci
panjang bilah: 2.62 inci
tebal bilah pisau: 0.1 inci
Berat: 90.71 gram
Jenis kunci: Frame Lock
Material bilah: Besi 8Cr14MoV
Material pemegang: Besi 2CR13
kekerasan bilah: 58-59 Rockwell

Warna: kombinasi hitam & kelabu
Negara ASAL pengeluar: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: China

Keterangan: Pisau lipat taktikal CRKT ini adalah ASLI dan merupakan model pisau lipat yang kecil serta mampu milik, dikeluarkan oleh Columbia River Knife & Tool Inc, USA sebuah perusahaan pembuat pisau berpusat di Oregon semenjak tahun 1994. Jika anda peminat pisau lipat, ia terbaik sebagai EDC, untuk dibawa ke mana jua. Bilahnya jenis separuh bergigi disalut titanium nitrida dan ia cukup kecil dan tampak ringkas, disamping itu ia mempunyai lubang pada bilah agar dapat dibuka dengan ibu jari sahaja. Fungsi bilah bergigi separuh ini cukup praktikal bila digunakan untuk memotong kotak / kertas tebal, jala, tali yang kasar, memotong kayu dan sebagainya. Ia cukup berguna/sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi. Jadikan CRKT teman hidup anda hari ini !!

Harga: (TIADA LAGI STOK !)

pisau-lipat-crkt-pazoda-gigipisau-lipat-crkt-pazoda-gigipisau-lipat-crkt-pazoda-gigi


Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat PAZODA CRKT
model: 6480
Panjang keseluruhan (bila dibuka): 6.5 inci
Panjang keseluruhan (bila ditutup): 3.75 inci
panjang bilah: 2.62 inci
tebal bilah pisau: 0.1 inci
Berat: 90.71 gram
Jenis kunci: Frame Lock
Material bilah: Besi 8Cr14MoV
Material pemegang: Besi 2CR13
kekerasan bilah: 58-59 Rockwell
Warna: kombinasi hitam & kelabu
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: China

Harga: (TIADA LAGI !)

pisau-lipat-crkt-pazodapisau-lipat-crkt-pazodapisau-lipat-crkt-pazoda


Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat M16-01S CRKT
model: M16-01S
Negara ASAL pengeluar: USA
Panjang keseluruhan (bila dibuka): 7.13 inci
Panjang keseluruhan (bila ditutup): 4 inci
panjang bilah: 3.15 inci
tebal bilah pisau: 0.098 inci
Berat: 73.7 gram
Jenis kunci: Frame Lock
Material bilah: Besi 8Cr13MoV
Material pemegang: Besi 2CR13
kekerasan bilah: 58-59 Rockwell
Warna: hitam

Keterangan: Pisau taktikal CRKT ini adalah ASLI dan merupakan model pisau lipat yang berguna, dikeluarkan oleh CRKT USA. Jika anda sebagai peminat pisau Kit Carson, ia terbaik sebagai EDC, untuk dibawa ke mana jua. Pisau ini mempunyai pengunci automatik apabila bilah dibuka atau dilipat/disimpan. Pemegangnya disalut oksida hitam dan ia kecil dan tampak ringkas. Ia cukup berguna/sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan "rare" dan koleksi. Dapatkan segera pisau lipat taktikal CRKT hari ini !!

Harga: RM 207.00

pisau-lipat-m16-01s-crktpisau-lipat-m16-01s-crktpisau-lipat-m16-01s-crkt





Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lipat Ignitor CRKT
model: 6855
Negara ASAL pengeluar: USA
Panjang keseluruhan (bila dibuka): 7.5 inci
panjang bilah: 3.38 inci
tebal bilah pisau: 0.11 inci
Material bilah: Besi premium 8Cr14MoV (tahan karat)
Material pemegang: Besi gred G10
kekerasan bilah: 58-59 Rockwell
Berat: 99.22 gram
Warna: hijau dengan kombinasi hitam

Keterangan:Pisau taktikal CRKT ini adalah ASLI dan merupakan model pisau lipat yang berguna, dikeluarkan oleh CRKT USA. Keistimewaan pisau ini adalah pada bilahnya yang separuh bergigi dari besi jenis terbaik 8Cr14MoV tahan karat. Ini memudahkan anda memotong tali yang kasar, jaring dan ranting pokok. Struktur kerangka utama pisau lipat ini adalah tahan karat, komposisi besi terbaik gred G10, pemegangnya bertekstur melalui proses CNC yang memberi cengkaman terbaik bila digenggam. Ciri keselamatan pada pisau ini ia mengunci automatik apabila bilah dibuka atau dilipat/disimpan melalui mekanisma "OutBurst" dan "Fire Safe". Warna dan rupa pisau ini kelihatan "stylo" dengan gabungan warna hitam dan hijau kelam pada pemegangnya. Ia cukup berguna/sesuai untuk kegunaan anggota keselamatan/penguatkuasa (tentera/polis/bomba/JPAM/paramedik/PGA/FRU/Paskal), sesuai juga disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki/memancing/memburu/berkhemah/mountain bike atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga disyorkan untuk pengumpul barangan rare dan koleksi.

Harga: (TIADA LAGI STOK !)

pisau-lipat-hijau-ignitor-crktpisau-lipat-hijau-ignitor-crktpisau-lipat-hijau-ignitor-crkt