1) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging GRANTON
model: 61162
panjang: 30 CM
kadar asah: sederhana
pemegang: kayu BEECH (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
material: besi tahan karat 1.2210
bentuk besi pengasah: bulat
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Besi pengasah / kilir ini dikeluarkan oleh GRANTON, jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! merupakan keluaran KHAS TERBARU dengan hulu kayu Beech ini adalah sebagai menghargai sokongan peminat pisau di Gugusan Nusantara. Pohon Beech merupakan sejenis kayu ketumpatan tinggi yang merupakan tumbuhan asal di Eropah & Utara Amerika dengan urat kayu yang padat & tahan tekanan tinggi.
Dihasilkan sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata.
Besi pengasahnya diperbuat dari campuran besi tumpat karbon tinggi 1.2210 piawaian Eropah, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan / "membetulkan" pisau yang agak tumpul mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Dibuat khusus untuk mereka yang tercari-cari besi pengasah PREMIUM buatan England yang RARE & jarang ada di pasaran, jadikan ia sebagai koleksi anda untuk diwarisi hingga ke anak cucu !


HARGA: RM 212.00 - sebatang


nullnullnullnull