1) Jenis: Batu asah / Whetstone Grit 4000
Ukuran: 21 x 7 x 1.8 sentimeter
kadar asah: separa halus
Grit: 4000
Buatan: TOJIRO Company Limited, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah batu asah keluaran TERBAIK TOJIRO Jepun. Syarikat asal TOJIRO Company Limited ini diasaskan semenjak tahun 1955. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium (aluminium oksida, karbaid, nitrida) dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis plastik dibawahnya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah (dapatkan pandangan pengeluar/pembuat pisau/senjata anda untuk sudut yang disyorkan) serta meletakkan sedikit air pada batu ini.

Batu asah grit 4000 merupakan pilihan terbaik untuk mengasah terutamanya pisau / alatan yang mempunyai besi yang keras kerana permukaan batu ini yang lebih kasar berbanding grit 6000 / 8000. Batu ini berguna untuk kerja mengasah, membuang BURR (lebihan besi halus yang kasar yang tertinggal pada mata pisau hasil asahan terdahulu) dan untuk kerja akhir "mengilatkan" mata pisau. Alatan / pisau anda perlu di asah dengan grit yang lebih rendah sebelum boleh menggunakan batu asah grit 4000 ini. Batu asah Jepun ini dibuat untuk peminat batu asah Jepun serta mereka yang mahukan batu asah TERBAIK & berkualiti untuk mengasah koleksi pisau / parang anda agar tajam sepanjang zaman !!

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 5 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 378.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/batu-asah-grit-4000-separa-halus-tojiro-jepun/

batu-asah-jepun-grit-4000-fujitorabatu-asah-jepun-grit-4000-fujitorabatu-asah-jepun-grit-4000-fujitora



1) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 1200
Ukuran: 20.9 x 7 x 6 cm (SAIZ TINGGI)
kadar asah: sederhana
Grit: 1200
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah dari gred TERBAIK dan SEDERHANA, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah SEDERHANA dan sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya atau juga sebagai batu pengasah pra-permulaan untuk mengasah mata pisau anda. Anda disyorkan untuk menggunakan batu asah PREMIUM ini dengan kombinasi batu asah pelbagai grit.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 224.00
batu-asah-jepun-grit-1200batu-asah-jepun-grit1200
batu-asah-jepun-grit-1200


2) Jenis: Pengasah pisau tarik NEOKIREX
model: CT-12
Ukuran: 17.8 x 5.5 cm
Material pemegang: ABS Resin
Mata pengasah: seramik alumina
Kadar asah: kasar (warna biru) & halus (warna putih)
Berat: 120 gram
keluaran: Shimomura Industrial Co., Ltd., Sanjo, Niigata, Jepun

Keterangan: Pengasah pisau ini adalah dari jenama NEOKIREX, pengeluar alatan dapur dan pisau lama Jepun, perusahaan ini diasaskan sejak tahun 1874 oleh Eizo SHIMOMURA di wilayah Sanjo. Pengasah ini ringkas dan mudah dibawa, sesuai untuk mengasah pisau bersaiz kecil / pisau dapur / pisau lapah. Ia cukup disyorkan untuk anda yang tidak yakin untuk menggunakan pengasah jenis batang yang memerlukan kemahiran khusus mengasah. Ia boleh digunakan untuk mengasah pisau yang mempunyai 1 bahagian (pisau Jepun) dan 2 bahagian mata. Pengasah ini mempunyai 2 kadar asahan (kasar & halus). Pisau yang terlalu tumpul perlu diasah pada kadar yang kasar terlebih dahulu kemudian barulah diakhiri dengan kadar asah halus dan cara betul mengasah pisau perlu ditarik dengan 1 hala (tanpa perlu membuat tarikan belakang & tolakan hadapan serentak). Begitu mudah bukan ?

Harga: RM 84.00 - SEBUAH (HABIS !)

nullnullnullnull


1) Jenis: Batu asah / Whetstone Grit 1000/3000
Ukuran: 23 x 6.5 x 4.5 sentimeter
kadar asah: Asas (1000) dan Sederhana (3000)
Grit: 1000 & 3000
Buatan: TOJIRO Company Limited, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah batu asah keluaran TERBAIK Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan semenjak tahun 1955. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis plastik dibawahnya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (1000 & 3000), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 1000 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 3000 disyorkan selepas mengasah dari grit 1000. Penggunaan batu asah grit 3000 dapat mengekalkan ketahanan tajam mata bilah agar lebih lama. Batu asah grit 3000 adalah TERBAIK terutamanya untuk pisau lapah.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 198.00 (TIADA STOK !)

20181203-batu-asah-jepun-grit-3000-fujitora1c.jpg20181203-batu-asah-jepun-grit-3000-fujitora2c.jpg20181203-batu-asah-jepun-grit-3000-fujitora5c.jpg