11/11: Anda kenal jenama pisau F.HERDER / cap GARPU ?
Category: F.HERDER - pisau cap garpu
Posted by: jimbit
Kami dalam perancangan untuk membawa masuk dan memperkenalkan 1 lagi jenama pisau era moden antara tertua di dunia iaitu buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Ia memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan ia telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup. Nantikan kemunculannya kelak jika tiada aral melintang !