1) Jenis: Berus kasut Redwing
model: 97106
Saiz: 17.3 x 5.8 sentimeter
Buatan: USA
Jenis bulu berus: bulu kuda
Jenis pemegang: kayu

Keterangan: Ini adalah berus untuk kasut ASLI keluaran Redwing Shoes USA. Bulu berus ini diperbuat dari bulu kuda berkualiti tinggi sepenuhnya, manakala pemegangnya daripada sejenis kayu terbaik. Berus ini boleh digunakan untuk membuang debu dan kotoran ringan yang terlekat pada permukaan kasut Redwing anda atau dari sebarang jenama, atau boleh juga digunakan pada jaket kulit jua. Berus kayu ini tampak klasik dan elegan hasil kerjatangan teliti pekerja mahir Amerika, dapatkan berus terbaik Redwing ini jika anda menyayangi kasut / barangan anda umpama "menatang minyak yang penuh" !!! Produk ini sangat disyorkan buat peminat barangan asli Redwing Shoes.

Harga: RM 76.00

berus kasut Redwingberus kasut Redwingberus kasut Redwing


2) Jenis: cecair "all natural" penjagaan kulit kasut Redwing
model: 95132
Kuantiti: 237 mililiter
Negara ASAL pengeluar: USA
Kandungan: cecair dari pohon pine

Keterangan: Ini adalah sejenis cecair penjagaan / "perapi" kasut PREMIUM keluaran Redwing Shoes USA, ia adalah ASLI. Cecair kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut Redwing Shoes atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan. Cecair ini apabila digosokkan pada kasut kulit akan menyahkan air, ia sebenarnya mengelakkan kulit kasut anda dari menjadi terlalu kering yang menyebabkan permukaan kulit kasut menjadi merekah. Cecair ini melembapkan kulit serta menjadikan permukaan kulit kasut menjadi lembut. Seterusnya ia memanjangkan tempoh jangka hayat kasut dan memberi kesegaran berpanjangan. Untuk makluman cecair ini diperbuat dari campuran sejenis cairan dari ekstrak pokok Pine yang dikira bahan semulajadi terbaik untuk penjagaan kulit. Cecair kasut ini TIDAK mengandungi silikon atau bahan berasaskan petroleum. Cecair ini sangat disyorkan untuk mereka yang mencari cecair "merapi" kasut kulit PREMIUM semulajadi yang terbaik !!

Harga: RM 86.00

minyak kilat kasut Redwingminyak kilat kasut Redwing