1) Jenis: pisau dapur/pisau chef F.DICK Red Spirit
model: 8174721
panjang: 8.5 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polypropylene
material: besi X55CrMo14 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN


Kegunaan: Pisau dapur/pisau chef dari siri RED SPIRIT ini digelar sumber inspirasi "roh merah" dan sumber kekuatan untuk anda sebagai peminat/pengumpul pisau dari siri TERBAIK buatan Jerman. Pisau siri "RED SPIRIT" ini mendapat anugerah rekabentuk Jerman 2016 dan merupakan antara keluaran TERBAIK F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Pisau siri RED SPIRIT ini dihasilkan sebagai menghargai seni pertukangan Asia yang dikira penuh dengan nilai seni dan artistik yang penuh misteri. MERAH melambangkan hawa nafsu, cinta dan semangat yang membara dan kerana oleh itulah terhasilnya siri RED SPIRIT ini. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan KHAS untuk PEMINAT/PENGUMPUL pisau terbaik serata dunia.

Kelebihan pisau siri RED SPIRIT ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan teliti oleh pekerja mahir Jerman
- pemegang pisau plastik polimer yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- pemegang pisau yang utuh dan sangat selesa untuk mereka yang mempunyai tapak tangan bersaiz besar
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 444.00

nullnullnullnull