2) Jenis: lampu suluh SUREFIRE UNR Commander
Model: UNR-A-BK
Warna lampu: lampu putih
Material: Aluminium gred NASA
Warna: hitam
Kuasa mentol: 800 Lumens
Jenis mentol: LED
Penggunaan bateri: 2.25 jam (800 lumens; kuasa tinggi), 22.75 jam (30 lumes; kuasa rendah)
Bateri: 1 Lithium-ion boleh cas atau 2 biji CR123A Lithium
Panjang: 9.4 inci
Diameter: 1.62 inci
Jenis suluhan: Jarak dekat dan jarak jauh (suluhan luas)
Buatan: USA

Keterangan: lampu suluh SUREFIRE UNR Commander ini, dikhususkan untuk anggota penguatkuasa (Polis, tentera dan seangkatannya). Lampu ini merupakan produk terbaik dan berkualiti SUREFIRE yang mendapat permintaan tinggi. Lampu suluh SUREFIRE dibekalkan dan diguna oleh tentera US, Polis dan pihak berkuasa di serata dunia. Ia dibuat menggunakan aluminium gred terbaik dan menepati spesifikasi ketenteraan yang ketat. Ia juga sangat berguna untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk kerja operasi mencari/menyelamat/operasi bersepadu (bomba, polis, JPA, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak di hutan belantara yang gelap dan penuh onak dan duri. Sesuai juga untuk mereka yang bekerja di sektor pengangkutan/perkapalan/bengkel, digunakan ketika kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan. Cahaya lampunya yang sangat terang (800 LUMENS ok !!!) mampu membuatkan penglihatan menjadi "kelam" seketika dan jarak suluhan yang jauh serta lebih "lebar" membuatkan ia sesuai untuk mereka yang terlibat semasa operasi untuk pemantauan dan kerja yang lebih berkesan.
Ia mempunyai suis khas untuk menukar jenis suluhan (termasuk berkelip/strobe). Ia juga mempunyai petunjuk bagi jumlah kuasa bateri yang masih ada. Unit lampu suluh ini didatangkan dalam kotak yang menarik beserta alat pengecas bateri, bateri cas, pengecas AC dari kenderaan / rumah.

Harga: RM 2 490.00
surefire unr commander
suluhan lampu