1) Jenis: pisau tetak TULANG Granton
model: 47908R
panjang: 8.66 inci (panjang bilah)
tebal bilah: 5 milimeter
berat: 1 kilogram !! (BERAT)
material: besi tahan karat 1.4034
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau TETAK tulang dengan beratnya 1 kilogram ini dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Mata pisau ini cukup tajam (dengan bilah hampir bentuk V) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, Pisau ini berguna untuk kerja menetak tulang/mencincang/memotong karkas, tulang KERAS, ikan, memotong sayuran & buah keras. Pisau tetak ini cukup BERAT (1 kilogram !!) dan sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ternakan waima di dapur rumah anda. Disyorkan buat mereka yang tercari-cari pisau tetak "RARE" dari jenama lama dari Sheffield, England !

HARGA: RM 256.00

nullnullnullnull