6) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 1000 / 250
Ukuran: 20.5 x 5.0 x 2.5 cm
kadar asah: 250 (membaik pulih) & 1000 (Asas)
Grit: 1000 dan 250

Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah disyorkan sebagai batu asas mengasah dan serta membaikpulih bilah pisau, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (250 & 1000), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini.

Asahan grit 250 digunakan untuk "membentuk" semula / membaikpulih mata bilah yang telah sumbing atau bergerigi atau keadaan di mana telah teruk. Untuk makluman, grit 250 adalah SANGAT KASAR dan asahan dengan grit ini akan mengikis besi pada pisau dengan banyak. Manakala grit 1000 disyorkan selepas mengasah dari grit 250 iaitu merupakan asas permulaan mengasah pisau.

Harga: RM 117.00

nullnullnullnull