1) Jenis: topi jalur Trucker TOUR DE FRANCE
model: 12017735
saiz: -
Warna: kombinasi kuning, putih & hitam
material fabrik: 50% kapas & 50% polyester
Keluaran: Amaury Sport Organisation, Issy-les-Moulineaux, Peranchis

Buatan: china

Keterangan: Ini adalah topi berjaring TOUR DE FRANCE keluaran ASLI dari Amaury Sport Organisation (ASO). Tour De France merupakan lumba basikal berprestij dan paling mencabar yang dianjurkan oleh Amaury Sport Organisation yang bermula semenjak tahun 1903. Acara sukan lumba basikal ini diadakan di Peranchis. Ia disertai oleh pasukan lumba basikal dari serata dunia yang perlu dihabiskan dalam masa 21 hari sejauh 3500 kilometer ! Acara sukan ini mempunyai 21 peringkat dengan laluan rata dan berbukit bukau yang mencabar fizikal dan mental pelumba serta kemampuan basikal. Antara juara lumba basikal lagenda yang menyertainya Eddy Merckx, Bernard Hinault, Chris Froome dan ramai lagi...

Pada bahagian hadapan tertera logo Tour De France yang disulam dengan cukup kemas dan teliti bersama fabrik berjalur yang tampak bergaya. Pada sebahagian topi ini, fabriknya adalah jenis berjaring untuk membolehkan pengaliran udara keluar/masuk pada bahagian kepala. Topi ini terbaik dipakai semasa memandu, bersukan bagi melindungi kepala anda dari panas / embun. Produk eksklusif yang diimpot khas dari ibu pejabat Tour De France Issy-les-Moulineaux, Peranchis. Produk berkualiti tinggi yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat sukan lumba basikal dan barangan "RARE" sebagai koleksi !!

Harga: RM 126.00

nullnullnullnull