Anda kenal pisau serbaguna jenama Wenger ? pisau sembelih / lapah Swibo ? Syarikat Wenger ditubuhkan pada tahun 1893 oleh Paul Boéchat berpusat di Delemont, Switzerland. Ia bermula apabila mendapat kontrak membekalkan pisau bayonet senjata api untuk tentera Swiss. Pada suatu masa dahulu, Wenger merupakan pesaing terdekat Victorinox dalam sektor pengeluaran pisau tetapi pada tahun 2005 ia telah diambil alih oleh Victorinox akibat dari krisis kewangan yang meruncing tetapi pengeluaran pisau di kilang Delemont masih diteruskan sehingga hari ini. Warna pemegang pisau keluaran WENGER dikekalkan dengan warna kuning sebagai "trademark" sejak zaman berzaman. Pada hari ini usia syarikat Wenger telah berusia 122 tahun !!
swibo-victorinox-pisau
swibo-victorinox-pisau