1) Jenis: parang hutan "Royal Kukri" Cold Steel
model: 97KMIGS
Panjang: 14 inci (panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 19.6 inci
tebal bilah: 2.8 milimeter
Berat: 601 gram

Material pemegang: plastik Polypropylene
Material: Besi 1055 Carbon Steel (tahan karat)
Warna: hitam
negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Afrika Selatan

Keterangan: Ini ialah parang hutan ASLI diberi nama "Royal Kukri" yang direkabentuk dan diinspirasikan dari parang kukri yang menjadi ikon tentera Gurkha sejak berabad lampau, ia jenis FULL TANG yang dikeluarkan oleh syarikat Cold Steel yang berpusat di Ventura, USA, diasaskan oleh Lynn C. Thompson yang juga merupakan seorang pengamal seni beladiri sejak tahun 1980. Cold Steel cukup terkenal dalam penghasilan pelbagai jenis pisau & parang dan produk mereka banyak juga digunakan di dalam filem Hollywood dan beberapa unit tentera US dan di seluruh dunia. Parang kukri ini sebenarnya khusus untuk kegunaan di hutan untuk tugas menebas ranting / semak samun / menebang pokok bersaiz sederhana. Ia terbaik untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu/mendaki/berkhemah/memancing/pemikat burung/pencari hasil hutan atau boleh disimpan dirumah, juga bagus untuk pengumpul barangan "RARE" dan koleksi. Jika anda peminat jenama Cold Steel, "Royal Kukri" ini perlu ada dalam barisan koleksi anda !!

Harga: RM 253.00 - seunit (TIADA STOK)

parang-royal-kukri-cold-steelparang-royal-kukri-cold-steelparang-royal-kukri-cold-steel