1)Jenis: Pisau sembelih lurus F.HERDER
model: 8688-26,00
panjang: 26 cm atau 10.23 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polimer Polyolefin
warna pemegang: hijau
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau sembelih lurus bersaiz 10 inci ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN, dari siri "DON CARLOS". Ia dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen cukup terkenal berdekad lamanya dengan penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Ia memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menyembelih haiwan; kambing, lembu, rusa dan haiwan bersaiz sederhana malah cukup TERBAIK buat pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan. Pisau yang DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata Nusantara. Ini adalah jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Ayuh kalian....usah dikau berlengah !

Harga: (STOK HABIS !)

nullnullnull