1) Jenis: parang khukuri NEPAL
Panjang: 25.5 cm(panjang bilah)
Panjang keseluruhan: 40 cm
tebal bilah: 80 milimeter

Berat: 500 - 514 gram
Bahan hulu: tanduk lembu gunung Himalaya YAK dan kayu keras Nepal ROSEWOOD (Dalbergia sissoo)
Logam bilah: besi 5160 (tahan karat)
Kekerasan logam: 55 - 57 Rockwell
Buatan: NEPAL

Keterangan: Ini ialah parang khukuri ASLI yang menjadi simbol kegagahan pahlawan dari bumi Nepal dan tentera Gurkha yang pernah tercatat seawal abad ke 7 Masehi. Parang ini diimpot secara EKSKLUSIF dari bumi yang berdirinya puncak gunung tertinggi dunia Everest; Nepal. Seni pertukangan kukri di Nepal dipelopori oleh tukang besi yang dipanggil "KAMIS" dalam bahasa Nepal yang mewarisi seni tempa senjata dari turun temurun.

Hulu pada salah satu model kukri ini diperbuat dari tanduk lembu gunung Himalaya YAK, manakala sarungnya dihasilkan dari kulit lembu gunung Himalaya YAK. Model kukri lain pula, hulunya diperbuat dari kayu keras terbaik yang hampir pupus iaitu Nepal ROSEWOOD (Dalbergia sissoo) yang tumbuh meliar di kawasan hutan pergunungan banjaran Himalaya.

Pada hujung hulu dan teminnya serta hujung sarung diletak TEMBAGA tulen yang cukup berkilauan. Hulunya bertatah batuan mineral dari pergunungan Himalaya berserta sedikit ukiran halus berwarna-warni (pada kukri model hulu tanduk YAK SAHAJA !). Parang khukuri ini merupakan buatan tangan yang cukup kemas dan teliti dengan mata bilah bengkok yang cukup padu dan utuh ! Kukri ini didatangkan bersama 2 pisau kecil (dipanggil karda dan chakmak) yang tidak diasah dan boleh dijadikan pengasah kepada mata bilah kukri.

Parang khukuri / kukri ini sebenarnya khusus untuk kegunaan di hutan untuk tugas menebas ranting, semak samun, menebang pokok bersaiz sederhana. Ia terbaik untuk mereka yang gemar aktiviti luar; memburu/mendaki/berkhemah/memancing/pemikat burung/pencari hasil hutan dan KHUSUS untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi sehingga ke akhir zaman ! Khukuri - permata ratna dari kemuncak Himalaya !

Harga: RM 760.00 - 948.00 (sebilah; bergantung pada jenis model)

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/parang-khukuri-nepal/

nullnullnullnull