/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for January 2015
Posted by: jimbit
Anda kenal pisau serbaguna jenama Wenger ? pisau sembelih / lapah Swibo ? Syarikat Wenger ditubuhkan pada tahun 1893 oleh Paul Boéchat berpusat di Delemont, Switzerland. Ia bermula apabila mendapat kontrak membekalkan pisau bayonet senjata api untuk tentera Swiss. Pada suatu masa dahulu, Wenger merupakan pesaing terdekat Victorinox dalam sektor pengeluaran pisau tetapi pada tahun 2005 ia telah diambil alih oleh Victorinox akibat dari krisis kewangan yang meruncing tetapi pengeluaran pisau di kilang Delemont masih diteruskan sehingga hari ini. Warna pemegang pisau keluaran WENGER dikekalkan dengan warna kuning sebagai "trademark" sejak zaman berzaman. Pada hari ini usia syarikat Wenger telah berusia 122 tahun !!
swibo-victorinox-pisau
swibo-victorinox-pisau
Posted by: jimbit
1)Jenis: Pengupas buah Victorinox / peeler (2 mata)
model: 5.0203
warna pemegang: hitam & merah
material: besi tahan karat (mata), plastik (pemegang)
Buatan: SWITZERLAND

Kegunaan: Pengupas kulit buah ini adalah jenis yang cukup terkenal di kalangan pelajar kulinari dan pekerja di dapur hotel. Ia adalah pengupas jenis batang, kecil dan mudah di bawa di dalam poket / sarung kecil. Alat ini berguna untuk mengupas mangga/betik/tembikai/tomato/buah kiwi atau buah/sayur yang berkulit lembut, mata/bilahnya adalah pada 2 belah. Ia adalah lebih baik dari jenama biasa di pasaran dan mata bilahnya tahan karat. Alat ini berguna untuk mereka yang bekerja di sektor perhotelan/katering/restoran/dapur rumah/gubahan makanan. Kecil jangan disangka lemah, jangan tunggu lama-lama !!

Harga: RM 28.00 - seunit

pengupas-peeler-batang-victorinoxpengupas-peeler-batang-victorinoxpengupas-peeler-batang-victorinox


1)Jenis: Pengupas buah jenis lurus Victorinox
model: 7.6075
warna pemegang: hitam
material: plastik
Buatan: SWITZERLAND

Kegunaan: Pengupas kulit buah ini tampak unik, lain dari kebiasaan dan dari gred PREMIUM keluaran Victorinox Switzerland. Alat ini berguna untuk mengupas buah mangga/betik/tembikai/tomato/buah kiwi atau buah/sayur yang berkulit lembut, ia dilengkapi bilah tahan karat jenis TERBAIK !! Mata/bilahnya adalah pada 2 belah dan bergigi. Ia adalah lebih baik dari jenama biasa di pasaran dan mata bilahnya tahan karat. Alat ini cukup berguna untuk mereka yang bekerja di sektor perhotelan/katering/restoran/dapur rumah/gubahan makanan. Dapatkan ia hari ini produk terbaik SWISS ini !!

Harga: RM 25.00

pengupas-kulit-buah-gigi-victorinoxpengupas-kulit-buah-gigi-victorinoxpengupas-kulit-buah-gigi-victorinox


1)Jenis: Pembuka tutup botol / gabus
model: 7.6918
warna pemegang: merah & krom
material: besi tahan karat disalut TEFLON, plastik (pemegang)
Buatan: SWITZERLAND

Kegunaan: Pembuka tutup botol PREMIUM keluaran Victorinox ini mempunyai pelbagai fungsi (pembuka penutup botol, mata pisau kecil dan pembuka/pemutar gabus). Ia adalah lebih baik dari jenama biasa di pasaran dan besi alatan ini tahan karat dan dilapisi Teflon. Alat ini cukup berguna untuk mereka yang bekerja di sektor perhotelan/ "bar tender" / katering / restoran / dapur rumah. Ia nampak ringkas tetapi berguna !!

Harga:
pembuka-tutup-botol-victorinox
pembuka-tutup-botol-victorinox
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah / Whetstone Grit 4000
Ukuran: 21 x 7 x 1.8 sentimeter
kadar asah: separa halus
Grit: 4000
Buatan: TOJIRO Company Limited, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah batu asah keluaran TERBAIK TOJIRO Jepun. Syarikat asal TOJIRO Company Limited ini diasaskan semenjak tahun 1955. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium (aluminium oksida, karbaid, nitrida) dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis plastik dibawahnya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah (dapatkan pandangan pengeluar/pembuat pisau/senjata anda untuk sudut yang disyorkan) serta meletakkan sedikit air pada batu ini.

Batu asah grit 4000 merupakan pilihan terbaik untuk mengasah terutamanya pisau / alatan yang mempunyai besi yang keras kerana permukaan batu ini yang lebih kasar berbanding grit 6000 / 8000. Batu ini berguna untuk kerja mengasah, membuang BURR (lebihan besi halus yang kasar yang tertinggal pada mata pisau hasil asahan terdahulu) dan untuk kerja akhir "mengilatkan" mata pisau. Alatan / pisau anda perlu di asah dengan grit yang lebih rendah sebelum boleh menggunakan batu asah grit 4000 ini. Batu asah Jepun ini dibuat untuk peminat batu asah Jepun serta mereka yang mahukan batu asah TERBAIK & berkualiti untuk mengasah koleksi pisau / parang anda agar tajam sepanjang zaman !!

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 5 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 378.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/batu-asah-grit-4000-separa-halus-tojiro-jepun/

batu-asah-jepun-grit-4000-fujitorabatu-asah-jepun-grit-4000-fujitorabatu-asah-jepun-grit-4000-fujitora



1) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 1200
Ukuran: 20.9 x 7 x 6 cm (SAIZ TINGGI)
kadar asah: sederhana
Grit: 1200
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah dari gred TERBAIK dan SEDERHANA, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah SEDERHANA dan sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya atau juga sebagai batu pengasah pra-permulaan untuk mengasah mata pisau anda. Anda disyorkan untuk menggunakan batu asah PREMIUM ini dengan kombinasi batu asah pelbagai grit.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 224.00
batu-asah-jepun-grit-1200batu-asah-jepun-grit1200
batu-asah-jepun-grit-1200


2) Jenis: Pengasah pisau tarik NEOKIREX
model: CT-12
Ukuran: 17.8 x 5.5 cm
Material pemegang: ABS Resin
Mata pengasah: seramik alumina
Kadar asah: kasar (warna biru) & halus (warna putih)
Berat: 120 gram
keluaran: Shimomura Industrial Co., Ltd., Sanjo, Niigata, Jepun

Keterangan: Pengasah pisau ini adalah dari jenama NEOKIREX, pengeluar alatan dapur dan pisau lama Jepun, perusahaan ini diasaskan sejak tahun 1874 oleh Eizo SHIMOMURA di wilayah Sanjo. Pengasah ini ringkas dan mudah dibawa, sesuai untuk mengasah pisau bersaiz kecil / pisau dapur / pisau lapah. Ia cukup disyorkan untuk anda yang tidak yakin untuk menggunakan pengasah jenis batang yang memerlukan kemahiran khusus mengasah. Ia boleh digunakan untuk mengasah pisau yang mempunyai 1 bahagian (pisau Jepun) dan 2 bahagian mata. Pengasah ini mempunyai 2 kadar asahan (kasar & halus). Pisau yang terlalu tumpul perlu diasah pada kadar yang kasar terlebih dahulu kemudian barulah diakhiri dengan kadar asah halus dan cara betul mengasah pisau perlu ditarik dengan 1 hala (tanpa perlu membuat tarikan belakang & tolakan hadapan serentak). Begitu mudah bukan ?

Harga: RM 84.00 - SEBUAH (HABIS !)

nullnullnullnull


1) Jenis: Batu asah / Whetstone Grit 1000/3000
Ukuran: 23 x 6.5 x 4.5 sentimeter
kadar asah: Asas (1000) dan Sederhana (3000)
Grit: 1000 & 3000
Buatan: TOJIRO Company Limited, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah batu asah keluaran TERBAIK Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan semenjak tahun 1955. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Batu ini didatangkan dengan tapak alas jenis plastik dibawahnya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (1000 & 3000), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 1000 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 3000 disyorkan selepas mengasah dari grit 1000. Penggunaan batu asah grit 3000 dapat mengekalkan ketahanan tajam mata bilah agar lebih lama. Batu asah grit 3000 adalah TERBAIK terutamanya untuk pisau lapah.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 198.00 (TIADA STOK !)

20181203-batu-asah-jepun-grit-3000-fujitora1c.jpg20181203-batu-asah-jepun-grit-3000-fujitora2c.jpg20181203-batu-asah-jepun-grit-3000-fujitora5c.jpg
Category: General
Posted by: jimbit
"Bantu" mereka untuk kemajuan kita semua, artikel yang berguna untuk bacaan dan renungan anda semua wahai rakyat Malaysia yang celik akal
Sila baca di :
http://www.nazlee.com/2012/02/kalau-ada-kawan-buka-kedaijangan-minta.html


jangan-minta-diskaun-jika-kawan-buka-kedai
Posted by: jimbit
2) Jenis: pisau sayur/dapur USUBA Nikken
panjang: 30 cm (panjang keseluruhan), 17.5cm (bilah)
material bilah: besi tahan karat Jepun (Stainless Steel)
pemegang: kayu pohon magnolia Jepun
Buatan: NIKKEN, Nishi-Monzen-Cho, JEPUN

Kegunaan: Ini adalah pisau pemotong sayuran/pisau dapur keluaran TERBAIK NIKKEN Jepun. Syarikat asal/induk NIKKEN ini diasaskan sejak tahun 1946. Negara Jepun cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus.
Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan bahan lembut lain. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau USUBA menjadi pilihan WAJIB untuk pekerja di dapur hotel/katering/restoran/pelajar di JEPUN. Pisau ini merupakan benda wajib dimiliki jika anda sebagai peminat pisau/alatan tajam dan menghargai seni pertukangan tangan dari Jepun !!

Harga: RM 179.00

pisau-dapur-jepun-nikken
pisau-dapur-jepun-nikken
Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting kecil serbaguna Victorinox
model: 8.0905.13
material: Besi tahan karat
material pemegang: plastik Polypropylene
Panjang keseluruhan: 14 sentimeter
Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Jerman

Keterangan: Gunting bersaiz kecil dan comel ini adalah keluaran ASLI dari VICTORINOX AG Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik di JERMAN. Gunting yang sangat TAJAM dan untuk diguna di rumah, pejabat, kedai. Kualiti dan ketajamannya cukup mengujakan buat mereka yang mengimpikan gunting TERBAIK. Ia boleh diguna untuk menggunting kertas, janggut, rambut, kraftangan, kotak, tali, benang, pita pelekat dan apa sahaja berkaitan. Gunting ini perlu untuk anda khususnya surirumah, pelajar, tukang jahit, pekerja pejabat dan peminat koleksi gunting di seluruh ALAM BUANA !!. Usah berlengah lagi, masa tidak menantimu !!

Harga: RM 83.00 - SEUNIT

nullnullnullgunting kecil victorinox


1) Jenis: Gunting ikan / dapur Victorinox
model: 7.6363.3
material bilah: Besi tahan karat
Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam & merah
Keluaran: Victorinox AG, Switzerland
Buatan: Jerman


Keterangan: Gunting ini adalah keluaran VICTORINOX AG Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik JERMAN, ia merupakan model gunting dapur asas yang dikira mampu milik buat semua. Ia sangat TAJAM dan untuk diguna di dapur. Kualiti dan ketajamannya jauh mengatasi gunting murahan di luar sana !! Ia boleh diguna untuk menggunting/memotong udang, ketam, ayam/itik/angsa/daging,
sayur, ikan atau gunting pelbagai fungsi di dapur
. Jika anda masih tercari-cari gunting dapur asas terbaik dengan kualiti PREMIUM, model ini perlu untuk anda terutama surirumah / pekerja di sektor industri sajian !!

Harga: RM 80.00 - SEUNIT


gunting ikan Victorinoxgunting ikan Victorinoxgunting ikan Victorinox


1) Jenis: Gunting serbaguna Victorinox
model: 8.0999.23
material: Besi tahan karat
material pemegang: plastik Polypropylene
Panjang keseluruhan: 22 sentimeter

Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Jerman

Keterangan: Gunting ini adalah keluaran ASLI dari VICTORINOX AG Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik di JERMAN. Ia merupakan model gunting yang dikira mampu milik buat semua. Ia sangat TAJAM dan untuk diguna di rumah, pejabat, premis kedai. Kualiti dan ketajamannya jauh mengatasi gunting murahan di luar sana !! Ia boleh diguna untuk menggunting kertas, kain, kotak, tali, benang, pita pelekat malah apa sahaja. Jika anda masih tercari-cari gunting serbaguna TERBAIK dengan kualiti PREMIUM, model ini perlu untuk anda terutama surirumah / tukang jahit / pekerja pejabat. Miliki ia hari ini juga !!

Harga: RM 86.00 - seunit (STOK HABIS !)

gunting-serbaguna-victorinox23cmgunting-serbaguna-victorinox23cmgunting-serbaguna-victorinox23cm