/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for 2019
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau sembelih "jalur" GRANTON
model: 24600G
panjang: 10 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polypropylene
material: besi tahan karat 1.4034
Kekerasan bilah: 54 - 55 Rockwell
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau sembelih dengan bilah UNIK dan "BERJALUR" bersaiz 10 inci ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !!
pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era
Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Ia TERBAIK untuk tugas menyembelih haiwan terutama penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan. DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata Nusantara. GRANTON ---- jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini !!

Harga: RM 193.00 - sebilah

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung pisau lapah/sembelih Scabbard GRANTON
model: 68000
Ukuran: 37.8cm (panjang keseluruhan) x 12cm (lebar slot atas) x 22cm (panjang slot)
warna: putih
material: Plastik polypropylene
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Sarung pisau / SCABBARD ini adalah dari jenama pengeluar pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, sangat gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Sarung ini dapat memuatkan 2 bilah pisau kecil lapah (bergantung pada saiz & bentuk). Ia boleh diletak pada pinggang melalui talipinggang yang dipakai anda. Pada bahagian bawahnya mempunyai ruang untuk membolehkan air / sisa darah / kotoran keluar agar tidak terkumpul di dalam sarung pisau. Sarung pisau ini sangat berguna untuk mereka yang bekerja di pusat sembelihan/ladang ternakan yang mahukan pisau anda sentiasa di pinggang dan pantas untuk dikeluarkan bila diperlukan. Anda mungkin akan kelihatan hebat bersama pisau yang disisip dipinggang !

Harga: RM 124.00 - SEUNIT

sarung pisau scabbard Granton Englandsarung pisau scabbard Granton Englandsarung pisau scabbard Granton Englandsarung pisau scabbard Granton England
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging GRANTON
model: 61602
panjang: 30 CM
kadar asah: sederhana
pemegang: plastik Polypropylene
material: besi tahan karat 1.2210
bentuk besi pengasah: bulat
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Besi pengasah / kilir ini dikeluarkan oleh GRANTON dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.
Besi pengasahnya diperbuat dari campuran besi tumpat karbon tinggi 1.2210 piawaian Eropah, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan / "membetulkan" pisau yang agak tumpul mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau.

Harga: RM 122.00 - sebatang

nullnullnullnull
Category: pisau CUKUR Jerman
Posted by: jimbit
Ulasan berkenaan pisau cukur Merkur keluaran DOVO buatan Solingen, Jerman. Merupakan pisau cukur premium yang cukup tajam sejak tahun 1906. Pencukur jenis 2 mata klasik ini sentiasa menjadi buruan pengumpul koleksi & peminat pisau cukur terbaik di seluruh dunia.

KLIK: https://www.youtube.com/watch?v=cMoGERzXpyI&t=2s

null
Posted by: jimbit
1) Jenis: bekas meletak pisau Victorinox (EDISI TERHAD)
model: 7.7085.0
material: kayu Beech
Warna: kelabu gelap
Ukuran: 20.2 cm x 9.6 cm x 22.7 cm
Jumlah lubang pisau: 6
Berat: 1.5 kilogram
buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Ini merupakan blok untuk bekas pisau (KOSONG) bagi meletak pisau. Ia merupakan keluaran EDISI TERHAD 2019 dari Victorinox Switzerland, bekas ini diperbuat dari sejenis kayu Beech yang berkualiti dan tahan lasak. Bekas pisau ini dibuat 6 lubang pipih untuk memasukkan pisau yang bilahnya lebar dari 2.5cm sehingga 5.5cm.
Warna kelabu gelap bekas pisau ini cukup anggun dan menawan dan sesuai untuk diletak di ruang kabinet dapur, bilik pameran dan memana yang dirasakan perlu. Bekas ini mempunyai "kaki" dari besi tahan karat pada sisinya dengan tertera logo Victorinox yang cukup stabil untuk menampung berat dan panjang pisau anda. Anda tidak perlu lagi meletak pisau di merata tempat dengan memiliki bekas pisau ini, disyorkan untuk mereka yang tercari-cari bekas meletak pisau berkualiti tinggi di ruang kabinet dapur rumah. Bekas pisau keluaran pembuat pisau lagenda dari Switzerland yang cukup RARE dan TIDAK LAGI DIKELUARKAN, dapatkan hari ini juga !

NOTA: Pisau di dalam gambar hanyalah sekadar hiasan dan dijual berasingan !

Harga: RM 360.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau poket ISTOR
model: standard
panjang: 10 sentimeter
material mata asah: aloi karbida
berat: 24 gram
kadar asah: sederhana
Buatan: ISTOR AG, Frauenfeld, Switzerland

Keterangan: Pengasah kecil ini di keluarkan oleh Istor AG yang merupakan antara pengeluar pengasah pisau yang masih bertahan di Switzerland, diasaskan oleh Josef A. Schefer sejak tahun 1964. Pengasah ini kecil, ringkas dan mudah dibawa malah boleh diletak di dalam poket dan kelihatan seperti alat tulis. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah sederhana dan sesuai untuk menajamkan pisau kecil, gunting, pisau bilah bergigi, pahat, cangkuk, pisau bilah bengkok dan alatan yang mempunyai sudut sempit. Pengasah ini hanya perlu dicondongkan mengikut kemahuan anda dan tarik dengan perlahan mata asah (gunakan sisi mata asah) pada benda yang ingin diasah. Itu sahaja, cukup mudah bukan ?

Harga: RM 65.00 - seunit

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pencukur 2 mata EDWIN JAGGER
model: pps-r352crsr
berat: 112 gram
material: tanduk & besi krom tahan karat
panjang pemegang: 8.7cm
panjang keseluruhan: 11cm
Kuantiti mata pencukur: 1 keping pencukur Feather Jepun (diberi percuma !)
Buatan: Edwin Jagger Ltd, Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Ini ialah pencukur ASLI yang dikeluarkan oleh perusahaan Edwin Jagger Ltd yang berpusat di Sheffield, England, diasaskan oleh Neil Jagger pada tahun 1988. Dihasilkan di kilangnya di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau cukur di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan alatan besi. Edwin Jagger merupakan antara jenama pencukur buatan England terunggul, terbaik buat mereka yang mementingkan kualiti pisau cukur terbaik SHEFFIELD.
Pencukur ini didatangkan dengan pemegang dari tanduk yang tampak mewah dengan besi krom yang cukup utuh dan berkilauan, ia TERBAIK digunakan bersama gel sabun cukur untuk mencukur misai, janggut dan pada memana bahagian tubuh. Cukuran dengan alat ini lebih rapi dan kemas berbanding pencukur biasa di pasaran dan menjadi buruan peminat pisau cukur klasik. Pencukur ini jarang didapati di pasaran dan cukup "RARE" dan sangat disyorkan untuk peminat sebagai koleksi atau buat mereka yang telah bosan dengan pencukur biasa yang kurang berkesan, miliki pencukur klasik berkualiti dari England hari ini !

Harga: RM 279.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pin perisai naga Hard Rock Cafe OSAKA
Ukuran: 3.2 x 4.1 sentimeter
material: besi
keluaran: Hard Rock Cafe Osaka, Jepun

Keterangan: Ini merupakan pin edisi ekslusif TERHAD tahun 2019 (ASLI) yang dikeluarkan KHAS dengan kerjasama Hard Rock Cafe Osaka, Jepun (restoran berkonsep muzik). Pin ini memaparkan 2 ekor naga bersama perisai dan pedang bersilang di belakangnya disamping logo Hard Rock Cafe Osaka. Merupakan pin yang dikeluarkan dalam kuantiti terhad untuk peminat barangan jenama Hard Rock Cafe. Ia boleh diletak pada topi, jaket, beg, baju dan sebagainya dan cukup disyorkan buat peminat barangan RARE sebagai koleksi anda.

Harga: RM 122.00


nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau hiris daging F.DICK
model: 8264122
panjang: 22 cm atau 8.66 inci (panjang bilah)
tebal bilah: 3 milimeter
material: besi X55CrMo14 tahan karat
warna pemegang: biru
pemegang: plastik Poliamida anti licin
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pisau hiris daging bilah lebar jenis ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik JERMAN. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja menghiris ketulan bersaiz besar umpamanya daging, ayam, ikan, sayur, buah dan makanan jenis lembut sahaja. Ia TIDAK boleh digunakan untuk menetak tulang / benda keras kerana bilahnya adalah jenis nipis. Bilahnya cukup tajam serta tahan lama dari segi ketajaman. Disyorkan untuk peniaga daging, pekerja di dapur hotel, surirumah, pelajar bidang kulinari dan buat peminat koleksi pisau di cerata ceruk rantau.

HARGA: RM 229.00

nullnullnullnull
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah poket 4 dalam 1 Lansky
model: PS-MED01
Ukuran: 10 cm X 3 cm
jenis mata asah: tungsten karbaid, seramik & berlian
Sudut mata asah: 22.5 darjah
Grit: 600 (berlian) dan 1000 (seramik)

keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
buatan: china

Keterangan: Pengasah pisau kecil jenis 4 DALAM 1 ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Batu asah ini mempunyai 4 jenis mata asah (1 tungsten karbaid, 2 seramik & 1 berlian), ia merupakan pengasah kecil di masa kecemasan di mana anda tidak perlu membawa pengasah lain jika tugas anda memerlukan ke sana ke mari. Pengasah ini boleh mengasah pisau bersaiz kecil & sederhana sama ada bilah jenis bergigi, biasa, gunting, mata gergaji. Pengasah kecil serba boleh, teman anda di kala suka dan duka !

Harga: RM 94.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
Tajuk: Swiss Army Knives - A Collector's Companion
Penulis: Derek Jackson
Jenis kulit: Kulit keras
Bilangan mukasurat: 208 halaman
Penerbit: Chartwell Books, New York, Amerika Syarikat
Tahun terbitan: 2018
Bahasa: Inggeris
ISBN: 978-0-7858-3634-6
Ukuran buku: 22.2 x 14.6 x 1.9 cm
Negara cetakan: china

Keterangan: Ini merupakan buku yang WAJIB dimiliki oleh peminat dan pengumpul pisau/alatan VICTORINOX dan Swiss Army dan khususnya kepada peminat pisau/parang/senjata. Ia diterbitkan oleh Chartwell Books USA dengan kerjasama Victorinox AG, Switzerland sebagai menghargai kesetiaan peminat Swiss Army.
Buku ini menceritakan tentang sejarah Victorinox dan pisau serbaguna Swiss Army, ia menceritakan bagaimana perusahaan Victorinox bermula dan juga menceritakan latarbelakang setiap model, pelbagai fungsi utama alatan Swiss Army, susur galur setiap model dan cara pembuatan pisau-pisau di kilangnya.
Untuk peminat pisau VICTORINOX & Swiss Army, buku ini merupakan naskah yang perlu ada di rak buku rumah/pejabat/kedai anda, dapatkan segera sekarang kerana ia tidak dijual di memana kedai buku di rantau ini !! Buku ini sangat disyorkan untuk peminat barang RARE dan juga koleksi.

Harga: RM 213.00 - senaskah

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/swiss-army-knives-a-collectors-companion-2/

nullnullnullnull
Category: NEW ERA - topi
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi New Era edisi JEPUN
model: 9FIFTY
saiz: -
warna: hitam
material fabrik: polyester
Keluaran: New Era Japan GK, tokyo, JEPUN

Keterangan: Topi ini merupakan EDISI KHAS 2019 untuk pasaran Jepun dari jenama New Era dari model 9FIFTY jenis "Snapback" dan ia adalah ASLI. Entiti New Era Cap Co. diasaskan oleh Ehrhardt Koch pada tahun 1920 di Buffalo, USA yang merupakan pengeluar topi rasmi untuk pasukan besbol (MLB), bola sepak (NFL) & bola keranjang (NBA) di seluruh Amerika Syarikat. Jenama New Era pada hari ini telah menjadi buruan & ikutan ramai peminat topi dan dipakai di seluruh dunia termasuk golongan penyanyi & pelakon ternama. Logo New Era JAPAN berwarna merah & putih pada hadapan dan sisi topi disulam kemas, kombinasi warna pada topi dan logo ini cukup menyerlahkan gaya buat si pemakai. Keseluruhan fabrik topi ini menggunakan fabrik Polyster yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama New Era kerana ia dikeluarkan sekali sahaja dalam unit terhad, jadikan topi EDISI TERHAD 2019 ini sebagai koleksi anda sehingga ke akhir usia !

Harga: RM 356.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Lampu suluh kepala / headlamp Coleman
Model: 2000034225
Warna lampu: lampu putih
Material: plastik ABS
Warna: kelabu
Kuasa mentol: 200 Lumens
Jenis mentol: LED
Ukuran: 5 x 7.5 x 4 cm
pengiktirafan: menepati piawaian IPX-4
Penggunaan bateri: 6 jam (200 lumens; kuasa tinggi), 200 jam (2 lumens; kuasa rendah)
Jarak cahaya: 100 meter

Berat: 70 gram
Bateri: 3 biji bateri saiz AAA (diberi percuma!)
Jenis suluhan: Jarak dekat, jarak jauh
Pengeluar: Coleman Japan Co., Ltd. Tokyo, Jepun
buatan: china

Keterangan: lampu suluh model ini adalah edisi untuk pasaran Jepun, untuk dipasang pada kepala iaitu jenis headlamp, ia adalah ASLI keluaran dari Coleman Japan Co., Ltd. Syarikat induk Coleman Company, Inc. diasaskan oleh William Coffin Coleman pada tahun 1900 berpengkalan di Chicago, Amerika Syarikat. Keistimewaan lampu ini, ia menggunakan teknologi "Battery Guard" yang menghalang bateri dari "aktif" setelah di matikan lampu seperti kebiasaan lampu biasa lain. Sangat berguna untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk kerja operasi mencari/menyelamat/operasi bersepadu (bomba, polis, JPA, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam, JPJ, APMM) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak di hutan belantara yang gelap dan penuh onak dan duri. Sesuai juga untuk mereka yang bekerja di sektor pengangkutan/perkapalan/bengkel, digunakan ketika kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan. Cahaya lampunya yang terang (200 lumens) serta jarak cahaya suluhan sehingga 100 meter memberi anda penglihatan yang jelas di persekitaran anda disamping menepati spesifikasi IPX4. Jenama lampu suluh kepala yang mampu milik & berbaloi untuk dimiliki buat semua insan di dunia !!

Harga: RM 160.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg air taktikal "Transporter" SOURCE
model: 4000630102
Ukuran: 44 x 21cm
Muatan air: 2 liter
Jumlah ruang: 1
warna: hitam
material fabrik: Nylon 70D

Keterangan: Beg air taktikal PREMIUM dari gred tentera dari jenama SOURCE yang merupakan jenama yang dibekalkan pada pasukan elit SWAT Amerika Syarikat dan anggota Unit Penguatkuasa di serata dunia. Merupakan beg air untuk minuman / kegunaan lain yang dibuat menurut spesifikasi & keperluan anggota keselamatan. Fabrik pada beg ini menggunakan nylon gred tentera yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip berkualiti, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Penggunaan beg air sebenarnya lebih praktikal & memudahkan sesiapa sahaja tanpa perlu membawa botol air / bekas minuman ketika operasi ketenteraan, mendaki gunung, berkhemah, pelari rentas desa, penunggang motorsikal, penunggang basikal lasak, pengembara.

Kelebihan beg & kantung jenama SOURCE:
- Kantung air minuman dari bahan bebas BPA (bisphenol A.) yang mana ia tidak memudaratkan kesihatan.
- 3 lapisan polyethylene yang tahan lasak, bebas phtalate & tanpa rasa.
- teknologi "Grunge-Guard" yang menyahkan pembiakan kuman pada tiub & injap sedut.
- lubang mengisi air yang luas & memudahkan kerja mencuci dalaman kantung
- tiub yang dilapisi penebat fabrik ditenun yang menghindari UV dan menyejukkan air minum
- injap sedut & tiub QMT yang menghentikan segera air minum tanpa lelehan

Harga: RM 214.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pelindung lutut taktikal Hatch
model: XTAK100
saiz: 1 saiz untuk semua
warna: hitam
pengiktirafan: EN14120+A1 Class 1 Range C (melebihi 50kg)
material: plastik TPU, nylon Cordura, polimer EVA, getah Neoprene
Keluaran: Safariland LLC, Ontario, USA
Buatan: china

Keterangan: Pelindung lutut taktikal dari jenama Hatch ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran SAFARILAND yang berpangkalan di Ontario, California, USA. Jenama Hatch dibekalkan kepada tentera elit US, Polis Anti Rusuhan, anggota FBI, anggota Unit Penguatkuasa & peserta sukan lasak di serata dunia. Pelindung lutut yang ringan, menyerap hentak dengan baik, menyahkan kelembapan bahagian dalaman (teknologi CoolMax) dan kekal melindungi lutut tanpa beralih tempat disamping pelekat velcro berkualiti.
Pelindung lutut dengan bentuk "X" ini dibuat khusus untuk tugas taktikal lasak dan aktiviti berbahaya di pelbagai situasi yang melindungi lutut anda dari kecederaan dengan bahan terbaik polimer EVA dan plastik TPU (thermal plastic urethane) yang berkualiti. Antara jenama pelindung terbaik untuk kegunaan penunggang motorsikal, basikal lasak mountainbike, papan luncur, pemain kasut roda, sukan paintball dan disyorkan buat mereka yang mencari pelindung lutut terbaik dari kualiti gred tentera.

Harga: RM 158.00 - sepasang

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pelindung siku taktikal Hatch
model: XTAK150
saiz: 1 saiz untuk semua
warna: hitam
pengiktirafan: EN14120+A1 Class 1 Range C (melebihi 50kg)
material: plastik TPU, nylon Cordura, polimer EVA, getah Neoprene
Keluaran: Safariland LLC, Ontario, USA
Buatan: china

Keterangan: Pelindung siku taktikal dari jenama Hatch ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran SAFARILAND yang berpangkalan di Ontario, California, USA. Jenama Hatch dibekalkan kepada tentera elit US, Polis Anti Rusuhan, anggota FBI, Unit Penguatkuasa & peserta sukan lasak di serata dunia. Pelindung siku ini cukup ringan, penyerap hentak terbaik, menyahkan kelembapan bahagian dalaman dan didatangkan bersama pelekat velcro berkualiti yang cukup ampuh.
Pelindung siku ini dibuat khusus untuk tugas taktikal yang cukup lasak dan berbahaya sama ada di udara, darat & laut. Ia sememangnya terbaik untuk kegunaan penunggang motorsikal, basikal lasak mountainbike, papan luncur, pemain kasut roda, sukan "paintball" dan disyorkan buat mereka yang mencari pelindung siku terbaik dari kualiti gred tentera.

Harga: RM 120.00 - sepasang

nullnullnullnull
Category: 5.11 - kasut
Posted by: jimbit
1) Jenis: krim penjagaan kasut 5.11
model: 416830
Kandungan: Cecair Wax (90 mililiter), sabun (43 gram)
Buatan: USA

Keterangan: Ini adalah set penjagaan / pencuci kulit kasut berwarna hitam versi PREMIUM dari 5.11 iaitu pengeluar produk taktikal terkenal dari USA. Pengilat kasut ini dibuat khusus untuk pemilik kasut 5.11 atau apa sahaja jenama untuk kasut yang diperbuat dari kulit haiwan. Cecair WAX ini apabila diratakan pada kasut kulit hitam akan membantu mengembalikan kesegaran dan mengilatkan secara optimum dan yang paling menarik sekali ia membuatkan kasut kulit anda seolah-olah kalis air. Sabun "saddle" pula membersihkan serta merapikan permukaan kulit kasut anda. Berus kasut pula berguna untuk membuang kotoran dan mencuci dan ia tidak mencalarkan permukaan kulit kasut. Set penjagaan yang dibuat khusus untuk anggota keselamatan untuk kasut kulit dan barangan kulit anda lain, dapatkan ia !

Harga: RM 110.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: hon angin / air horn "HIGHWAY" HELLA
Model: 3PB005411001
Material: Besi bersadur krom tahan karat
Warna: Krom
Bilangan trumpet: 2 unit
Voltan: 24Volt
Saiz: 41.5 dan 37cm (panjang trumpet)

Diameter trumpet: 8cm
Frekuensi: 300 Hz / 320 Hz
Penggunaan kuasa: 20Watt
Kekuatan bunyi: 115dB (KUAT dan KERAS !)
Buatan: Hella Italia Srl, ITALI


Keterangan: Hon HIGHWAY ini adalah keluaran ASLI dari HELLA yang merupakan pengeluar produk automotif terkemuka dari JERMAN lebih 100 tahun lampau. Hon ini dapat menghasilkan bunyi yang "keras" dan kuat, ia mempunyai 2 unit trumpet berwarna krom yang berkilauan, dibuat khusus untuk lori TRAILER atau prime mover atau untuk kenderaan berat komersial. Warna dan rekabentuk hon ini juga sangat menarik dan sangat menyerlah. Ini adalah hon jenis angin / air horn.
Kenderaan yang ingin dipasang hon jenis ini WAJIB mempunyai tangki pemampat udara bersaiz besar. Ia boleh dipasang pada pelbagai model "prime mover"; SCANIA, MAN, DAF, Mercedes Benz Actros, Daewoo, IVECO, UD, Volvo, Renault, Hino, HICOM Handalan, TATA dan sebagainya. Hon model ini cukup jarang didapati di pasaran dan kualitinya lebih elok berbanding hon angin lori biasa yang ada di pasaran.

Untuk kenderaan: Lori TRAILER, Lori kargo, Bas, Trak, Bot nelayan atau kenderaan perdagangan lain.

Harga: RM 284.00

nullnullnullnullnull
Category: CHROME - baju/beg
Posted by: jimbit
2) Jenis: beg galas "Rostov" CHROME
model: BG-187-CAMO
Ukuran: 20.25 x 12 x 5.5 inci
Muatan: 23 liter
Jumlah ruang: 6
berat: 817 gram
warna: celoreng
material fabrik: Nylon 1050D dan 1680D balistik kalis air, polimer EVA, tarpaulin
Keluaran: Chrome Industries, Inc. Oregon, USA
buatan: china

Keterangan: Beg galas CELORENG ini adalah ASLI, keluaran Chrome Industries, Inc. pengeluar PREMIUM pelbagai jenis beg, kasut dan aksesori penunggang basikal berpengkalan di Portland, Oregon, USA. Perusahaan Chrome bermula sejak tahun 1995 di Colorado untuk memenuhi permintaan beg silang PREMIUM yang tahan lasak dari fabrik kanvas tarpaulin / cordura. Produk Chrome cukup terkenal di kalangan penunggang basikal fixie, pemain skate, pemuzik dan pelukis graffiti. Fabrik pada beg ini menggunakan Nylon 1050D dan Nylon 1680D BALISTIK gred tentera (lapisan bawah) yang tahan lasak untuk tugas taktikal, keseluruhan zip berkualiti dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia boleh digunakan sama ada ketika sebarang operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar di hutan tropika. Ia mempunyai ruang yang luas serta dapat memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci. Jika anda tercari-cari beg galas tahan lasak dari gred tentera untuk kegunaan harian, beg ROSTOV ini sesungguhnya dibuat untuk demikian !

Harga: RM 553.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: talipinggang tech web PATAGONIA
model: 59193
lebar: 1.5 inci
saiz: 1 saiz untuk semua (sehingga 46.5 inci)
warna: hitam & coklat cerah
material fabrik: polyester webbing
material kepala talipinggang: aluminium
Keluaran: Patagonia, Inc. Ventura, California, USA

Keterangan: Talipinggang yang digelar "Tech Web" dari jenama PATAGONIA ini adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika muda belia. Patagonia Inc mendapat pensijilan "B Corporation" & merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini.
Fabrik talipinggang ini diperbuat dari sejenis polyester webbing tahan lasak serta cukup ringan & cepat kering, khusus untuk kegunaan aktiviti luar. Kepala talipinggang diperbuat dari aluminium tempa yang tahan lasak dan boleh berfungsi sebagai pembuka penutup botol. Ia disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung / berkhemah / penunggang motorsikal malah cukup bergaya untuk di pakai pada musim perayaan. Tali pinggang yang jarang ada di pasaran rantau ini dan khusus buat peminat jenama PATAGONIA !!

Harga: RM 236.00 - seutas

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Topi baseball REDWING SHOES
model: 97410
material fabrik: 65% polyester, 35% kapas
Warna: hijau gelap
Keluaran: Red Wing Shoe Company, Minnesota, USA
buatan: mexico

Keterangan: Topi ini adalah ASLI dan dikeluarkan oleh REDWING SHOES USA. REDWING SHOES merupakan pengeluar kasut terkemuka dari USA yang mengeluarkan kasut dan pelbagai aksesori dengan kualiti TERBAIK semenjak tahun 1905. Topi ini adalah ringan dan sesuai dipakai ketika cuaca panas atau untuk bergaya. Logo REDWING dan tulisan pada bahagian hadapan topi ini disulam dan dijahit dengan kemas.
Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama REDWING, dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!

Harga: RM 153.00

nullnullnull



Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah 2 GRIT Lansky
model: LPUCK
Ukuran: 7.5 cm X 2.5cm
kadar asah: kasar (kelabu gelap) dan halus (kelabu cerah)
Grit: 120 (kelabu gelap) dan 280 (kelabu cerah)
Buatan: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA

Keterangan: Batu asah unik berbentuk BULAT jenis dua bahagian GRIT permukaan ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (120 & 280), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 120 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 280 disyorkan untuk mendapatkan asahan yang lebih "sempurna" atau sebagai asahan peringkat akhir. Batu ini khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama kapak, sabit, parang dan sebagainya dan semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini dibuat berbentuk bulat agar ia dapat mengasah permukaan bilah melengkung, pendek atau panjang. Anda mencari batu asah "RARE" & mampu milik ? Batu asah Lansky ini dibawa khas buat anda dari New York, USA !

Harga: RM 88.00 - SEBIJI (HABIS !)

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Alat serbaguna Humvee
model: HMV-CP-10
Ukuran: 15.3cm (apabila dibuka) 10cm (apabila ditutup)
Material: Besi tahan karat
Berat: 343 gram
Warna: kombinasi kuning & kelabu
Kuasa lampu suluh: 88 Lumens
Bilangan alatan: 13 jenis
Keluaran: Campco Inc, Los Angeles, USA
Buatan: china

Keterangan: Alatan serbaguna ini adalah ASLI dari jenama HUMVEE keluaran Campco Inc yang berpusat di Los Angeles, USA. Alat serbaguna ini sangat disyorkan untuk dimiliki oleh mereka yang terlibat aktiviti luar; mendaki, berkhemah, berbasikal, penunggang motor, memancing, memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan / maintenance atau boleh disimpan dirumah atau di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan "RARE" dan koleksi. Alatan ini didatangkan bersama lampu suluh LED bersaiz 10cm dengan kuasa 88 LUMENS yang cukup terang di kala kegelapan. Ini merupakan alat serbaguna yang cukup "BERBALOI" untuk anda di luar sana !

Ia mempunyai 13 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- Playar
- Pemutar skru kecil
- Pemotong wayar/dawai kecil
- Pembuka tutup botol
- Pemutar skru rata sederhana
- Bilah pisau
- gergaji kayu
- pembuka tin
- kikir
- Pemutar skru rata kecil
- Pemutar skru "Philip"
- Pembaris
- Pengikis sisik ikan

Harga: RM 165.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Alat serbaguna Lansky
model: LMT100B
Ukuran: 6.25 inci (apabila dibuka) 4.125 (apabila ditutup)
Material: 420HC Besi tahan karat
Berat: 272.15 gram
Warna: kombinasi hitam & kelabu
Bilangan alatan: 19 jenis
Keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
Buatan: china

Keterangan: Alatan serbaguna ini adalah ASLI dan ia merupakan alatan TERBAIK untuk kegunaan semasa di rumah / ketika aktiviti luar. Keluaran LANSKY, pengeluar alatan DIY & batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu.
Ia diperbuat dari besi tahan karat 420HC dan tampak solid bila dipegang. Ia sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki / berkhemah / mountain bike / memancing / memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan / maintenance atau boleh disimpan dirumah/di dalam kenderaan diguna ketika kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Alatan ini didatangkan bersama kepala pemutar skru jenis "bit" bersama bekasnya. Ia tampil bersama sarung yang diperbuat dari Nylon yang tampak elegan !

Ia mempunyai 19 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- Playar
- Pemutar skru kecil
- Pemutar skru sederhana
- Pemotong wayar/dawai kecil
- Pembuka tutup botol / pembuka tin
- Bilah pisau besar
- pisau bergigi
- Kikir besi / pembaris
- Penebuk lubang
- bekas penyimpan kepala skru "bit"
- 9 jenis kepala skru "BIT"

Harga: RM 177.00

nullnullnullnull
Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau kecil MASAHIRO
Model: 11046
panjang: 12 cm (bilah)
material bilah: besi tahan karat AUS8

berat: 50 gram
pemegang: kayu anti kuman
Buatan: Masahiro Co. Ltd., Seki, JEPUN

Keterangan: Ini merupakan pisau kecil dari jenama MASAHIRO, perusahaan mereka diasaskan pada tahun 1932 oleh Hattori Ichiichi berpusat di wilayah Seki. Produk mereka dibuat di wilayah pergunungan Seki, sebuah kota yang terkenal dalam pengeluaran pedang samurai terbaik dan dipanggil "Kota Pisau" Jepun. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris bawang, sayur, daging, buah dan sebagainya. Dibuat untuk kegunaan mereka di dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Dapatkan pisau berkualiti dari wilayah kota pisau Seki hari ini juga !

Harga: RM 214.00

nullnullnullnull


1) Jenis: pisau kecil SAKAI TAKAYUKI
Model: 1512
panjang: 12 cm (bilah)
material bilah: besi karbon SK "Kougu"
berat: -
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
Buatan: Aoki Hamono Seisakusho Co.,Ltd., Sakai, JEPUN


Keterangan: Ini merupakan pisau kecil dari jenama SAKAI TAKAYUKI, jenama yang diasaskan pada tahun 1948 di Sakai, Jepun. Wilayah Sakai masih terdapat ramai pelapis tukang besi/pisau, ia dikenali dengan pengeluaran pisau & katana yang berkualiti di Jepun sejak 600 tahun silam.
Pisau ini mempunyai bilah jenis "besi penuh" / FULL TANG. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, khusus dan terbaik untuk kerja memotong / menghiris bawang, sayur, daging, buah dan sebagainya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel / restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Sakai Takayuki ---- hanya yang terbaik dari negara matahari terbit !!

Harga: RM 266.00

nullnullnullnull
Category: F.DICK - gunting
Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting ikan / dapur F.DICK
model: 9008420
material bilah: Besi tahan karat
panjang: 20cm
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Gunting ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778, ia diperbuat menggunakan besi terbaik JERMAN. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Ini merupakan model gunting yang cukup TAJAM dan untuk diguna di dapur. Kualiti dan ketajamannya jauh mengatasi gunting kebiasaan di luar sana !! Disyorkan untuk menggunting/memotong udang, ketam, ayam/itik/angsa/daging,
sayur, ikan atau gunting pelbagai fungsi di dapur
. Jika anda masih tercari-cari gunting dapur asas terbaik dengan kualiti PREMIUM, produk ini perlu untuk anda terutama surirumah / pekerja di sektor industri sajian !!

Harga: RM 126.00 - SEUNIT

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju tshirt P-6 PATAGONIA
model: 39174
lebar: 51cm
saiz: S (saiz USA)

warna: kelabu
material fabrik: 50% kapas kitar semula 5.6 oz. & 50% polyester kitar semula
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA
Buatan: mexico

Keterangan: baju tshirt dari jenama PATAGONIA ini adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika muda belia. Logo rasmi PATAGONIA diinspirasikan dari pergunungan Fitz Roy di Patagonia, Amerika Selatan. Patagonia Inc. mendapat pensijilian "B Corporation" & merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Baju ini dicetak dengan tulisan kecil PATAGONIA pada bahagian hadapan manakala pada belakangnya dicetak logo rasmi PATAGONIA yang besar menggunakan dakwat "bebas phthalate" dengan fabrik 100% kitar semula kapas dan polyester. Fabrik baju ini cukup tebal & tahan lasak serta selesa & lembut, tidak mudah pudar warna walau dibasuh menggunakan mesin/tangan. Pada jahitan tulang bahu, dibuat 2 kali supaya lebih kemas & tahan. Baju ini terbaik untuk dipakai ketika aktiviti luar / bekerja / bersantai dan disyorkan untuk peminat jenama yang jarang ada di pasaran rantau ini. Miliki ia hari ini juga.

Harga: RM 230.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin "Helang" 5.11
Model: 10041AS
tinggi : 7 inci
warna: kombinasi warna hijau, merah, hitam & putih
material: 69% polyester, 31% serat elastane

Keterangan: Sarung kaki / stokin 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model keluaran TERBARU dengan corak warna warni bermotif helang dari 5.11 USA. Ia merupakan stokin paling SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang sederhana tebal, sejuk, tahan lasak, tidak BERBAU walau dipakai dalam jangkamasa PANJANG ! Stokin anti kuman ini didatangkan dengan fabrik bahagian bawah yang tebal dan mengekalkan kaki anda kering setiap masa dengan fabrik teknologi khusus dari 5.11. Stokin ini selesa dipakai bersama kasut kawad, kasut but, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung. Disyorkan untuk dipakai ketika aktiviti riadah, semasa operasi anggota keselamatan malah ke pejabat. Disyorkan buat mereka yang mahukan sarung kaki berwarna ceria dari teknologi fabrik terbaik.

Harga: RM 115.00

nullnullnullnull
Category: TRU-SPEC - topi
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi taktikal "Boonie" Tru-Spec
model: 3320003
saiz: 7 (ukurlilit 55.8cm), 7.5 (ukurlilit 59.6cm) & 6 3/4 (ukurlilit 53.9cm)
warna: celoreng gelap
material fabrik: 50% polyester & 50% kapas
Pengiktirafan: GSA dan MIL-H-44105 (spesifikasi gred tentera)
Keluaran: ATLANCO LLC, Georgia, USA


Keterangan: Topi yang dipanggil "BOONIE" jenama TRU-SPEC ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran ATLANCO yang berpengkalan di Marietta, Georgia, USA. Entiti yang ditubuhkan pada tahun 1950an. Produk Tru-Spec dibekalkan kepada tentera, polis, bomba & unit penguatkuasa di Amerika Syarikat dan di serata dunia. Topi jenis ini diperkenalkan pertama kali dalam unit tentera Amerika ketika Perang Vietnam pada tahun 1955. Fabrik topi ini adalah tebal, ringan dan tahan lasak. Topi ini dibuat dengan kualiti mematuhi spesifikasi ketenteraan MIL-H-44105 dan GSA (General Services Administration) dan cukup SELESA dan TERBAIK dipakai. Ia mempunyai lubang pada sekeliling topi yang dibuat dari tembaga supaya membolehkan pengaliran udara keluar & masuk. Pada bahagian dalam (atas), ia mempunyai poket tersembunyi untuk menyimpan peta manakala pada sekeliling topi dijahit jaluran fabrik agar boleh diselit apa sahaja barangan yang dirasakan perlu dalam situasi penyamaran ketika operasi / tugas rutin. Sangat DISYORKAN untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pendaki gunung, pemandu trak 4x4, pemancing, pemburu. Topi "Boonie" dari kualiti gred tentera untuk anda di luar sana !

Harga: RM 117.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Lampu suluh BRITE STRIKE
Model: BTL-150-HLS
Warna lampu: lampu putih
Material: Aluminium CNC
Warna: hitam
Kuasa cahaya: 280 Lumens
Jenis mentol: LED (CREE XR-E-Q3)

Penggunaan bateri: 3 jam (280 lumens; kuasa
tinggi), 8 jam (170 lumens; kuasa rendah), 3.5 jam (280 lumens; berkelip)
Bateri: 2 biji 123A Lithium (diberi percuma!)
Panjang: 4.75 inci
Diameter: 3.09 cm
Berat: 104.89 gram
Jenis suluhan: Jarak dekat, jarak jauh dan berkelip
Pengiktirafan: IPX8, ANSI/NEMA FL1
jarak suluhan: 123 meter
Jaminan: 3 bulan
Keluaran: Brite-Strike Technologies Inc, Plymouth, USA

Keterangan: lampu suluh BRITE STRIKE model ini adalah ASLI dan merupakan produk terbaik dan berkualiti dari Plymouth, USA. Lampu suluh ini dibuat khusus untuk tugas mencari & menyelamat dan juga pemantauan di kawasan bangunan yang luas. Lampu suluh ini adalah kalis air (kedalaman air sehingga 1 meter !) dan tahan gegaran. Dibuat menggunakan aluminium CNC terbaik & tepat manakala cahaya lampu yang cukup JAUH & LEBAR membolehkan anda melihat pergerakan / benda di dalam persekitaran gelap dengan jelas. Ia juga sangat berguna untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk kerja operasi mencari/menyelamat/operasi bersepadu (bomba, polis, JPA, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam, JPJ, APMM) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak di rimba raya.
Terbaik juga buat mereka yang bekerja di sektor pengangkutan/perkapalan/bengkel, digunakan ketika kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan. BRITE STRIKE ----- simbol kualiti dari teknologi masa depan !

Harga: RM 359.00

AMARAN: Cahaya lampu suluh ini adalah sangat terang & TIDAK boleh dihalakan ke mata manusia, boleh mengakibatkan kerosakan saraf mata !

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
2) Jenis: Rantai kunci Rugby World Cup 2019 Jepun
model: JUS-R33687
warna: kombinasi hitam, merah, putih & hijau
Keluaran: Justice Co. Ltd, Sendai, Jepun

Keterangan: Ini adalah rantai kunci EKSLUSIF yang HANYA dikeluarkan sempena Kejohanan Piala Ragbi Dunia 2019 Jepun, dibuat khusus buat peminat sukan ragbi. Ia boleh diguna untuk menggantung kunci kenderaan / kunci rumah atau digantung pada barangan peribadi anda lain. Rantai kunci ini dibuat kemas dengan logo rasmi Kejohanan Ragbi Piala Dunia Jepun 2019 bersama 3 kuntum bunga sakura yang merupakan ikon kelab ragbi Jepun.

Produk ekslusif EDISI KHAS ini diimpot terus dari kedai rasmi RWC2019 Jepun. Cenderamata keluaran terhad yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan RARE !! Jadilah mereka yang bertuah memiliki barangan yang hanya dikeluarkan sekali sahaja seumur hidup.

Harga: RM 159.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Rantai kunci Rugby World Cup 2019 Jepun
model: JUS-R33688
warna: kombinasi hitam, merah, putih & hijau
Keluaran: Justice Co. Ltd, Sendai, Jepun

Keterangan: Ini adalah rantai kunci EKSLUSIF jenis bujur yang HANYA dikeluarkan sempena Kejohanan Piala Ragbi Dunia 2019 Jepun, dibuat khusus buat peminat sukan ragbi. Ia boleh diguna untuk menggantung kunci kenderaan / kunci rumah atau digantung pada barangan peribadi anda lain. Rantai kunci ini dibuat kemas dengan logo rasmi Kejohanan Ragbi Piala Dunia Jepun 2019 bersama 3 kuntum bunga sakura yang merupakan ikon kelab ragbi Jepun.

Produk ekslusif EDISI KHAS ini diimpot terus dari kedai rasmi RWC2019 Jepun. Cenderamata keluaran terhad yang tiada di pasaran rantau ini, disyorkan untuk peminat barangan RARE !! Jadilah mereka yang bertuah memiliki barangan yang hanya dikeluarkan sekali sahaja seumur hidup.

Harga: RM 169.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pengetip kuku Feather
model: GS-110SB
Panjang: 6.6 cm
Warna: coklat cair
material: besi pearl nickel, besi tahan karat, zinc
Buatan: FEATHER Safety Razor Co., Ltd, Seki City, JEPUN

Keterangan: Ini ialah ketip kuku ASLI yang dikeluarkan oleh perusahaan FEATHER Safety Razor Co., Ltd yang berpusat di Seki City, diasaskan oleh Toshio Kosaka pada tahun 1932. Merupakan antara pengeluar alat pencukur tertua di Jepun, produk mereka dibuat di wilayah pergunungan Seki, sebuah kota yang terkenal dalam pengeluaran pedang samurai terbaik dan dipanggil "Kota Pisau" Jepun. Jenama FEATHER terkenal dalam pengeluaran mata pisau cukur, alat pencukur, ketip kuku yang diakui ketahanan dan ketajamannya sejak 80 tahun lampau.
Mata ketip kuku ini cukup TAJAM, sesuai untuk anda yang mementingkan penjagaan kuku tangan dan kaki anda terutama mereka yang mempunyai kuku tebal dan keras. Ia didatangkan dengan kotak yang menarik, bagus untuk pengumpul barangan RARE dan koleksi atau sebagai hadiah buat yang tersayang. Pengetip kuku ini adalah jauh lebih baik dari pengetip kuku biasa yang ada di pasaran, ia sangat jarang didapati di pasaran ! Jadikan si comel ini sebagai milik, hari ini !!

Harga: RM 78.00 - SEBIJI

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: topi "Boardie Badge" PATAGONIA
model: 38252
saiz: -
warna: biru gelap
material fabrik: kapas organik 7.5 oz.
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA
Buatan: china

Keterangan: Topi ini adalah dari jenama PATAGONIA, ia adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika zaman remaja beliau. Patagonia Inc. merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Topi ini adalah dari potongan Low Crown dengan lencana "Boardie Badge" pada hadapan topi disulam kemas. Keseluruhan fabrik topi ini menggunakan fabrik kapas organik Texas jenis 7.5 oz. yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya. Topi ini boleh dilaraskan pada bahagian belakang mengikut saiz kepala si pemakai. Warna biru gelap pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama PATAGONIA, dapatkan satu hari ini juga !!

Harga: RM 210.00

null
null
null
null
Posted by: jimbit
1) Jenis: alat serbaguna "Exitool" CRKT
model: 9030
Ukuran: 2.8 x 2.5 x 0.3 inci
Material bilah: Besi tahan karat
Material alatan: Nylon dengan campuran gentian kaca
kekerasan bilah: 60-61 Rockwell
Bateri lampu: 3V CR2032 Lithium
Berat: 45 gram
Warna: hitam
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: taiwan

Keterangan: Sejenis alat serbaguna kecil dengan 3 fungsi utama; pemecah cermin, pemotong tali pinggang keledar kenderaan & lampu suluh kecil keluaran CRKT USA dan ia adalah ASLI. Direkabentuk oleh Russ Kommer dari Alaska yang merupakan seorang pembuat pisau yang dikira masih muda belia. Ia dibuat khusus untuk pemandu kenderaan dan anggota pasukan penyelamat. Alatan ini dibuat agar pemandu yang terperangkap/terlibat kemalangan di dalam kenderaan dapat keluar dengan SEGERA. Kenderaan kemalangan mungkin terbalik & termasuk ke dalam air yang mana menyebabkan talipinggang keledar & pintu tidak dapat dibuka lalu mencetuskan situasi panik & kritikal. Tindakan pantas dengan menggunakan fungsi alatan ini diharap menyelamatkan nyawa pemandu semasa situasi genting berkenaan. Alatan kecil ini disyorkan disimpan di dalam kenderaan / poket dan siapa tahu anda mungkin memerlukannya kelak ?? Jangan sudah terhantuk baru terngadah ya !!

Harga: RM 113.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: kantung kaki UCR 5.11
model: 56301
Ukuran: 21 x 19.5 x 6 cm
Jumlah ruang: -
warna: hitam, coklat cerah
material fabrik: Nylon balistik 1050D kalis air & tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Cambodia

Keterangan: Kantung ini adalah ASLI, ia dipanggil "UCR Thigh Rig" dan merupakan produk keluaran 5.11 USA, sebenarnya untuk menyimpan ubatan/alat pertolongan cemas. Kantung ini untuk dipakai pada bahagian sisi peha / disangkut pada beg melalui sistem MOLLEE. Walau bagaimanapun, ia juga cukup praktikal dan bergaya untuk menyimpan alatan lain ketika bertugas / mengembara / beriadah; lampu suluh, pisau, telefon bimbit, powerbank, buku nota, alatan EDC dan barangan lain. Cukup terbaik untuk mereka yang mahu mengisi alatan peribadi tanpa perlu menggalas beg yang besar / mengisi ke dalam poket.

Harga: RM 275.00 - SEBUAH

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: cermin mata hitam Thrasher
model: TH-1015-BK-SMP (Planet)
warna bingkai: hitam
warna lensa cermin: hitam POLARIZED
perlindungan: 99% kalis sinaran UV
Keluaran: GLASSART Inc. dan High Speed Productions (THRASHER) USA
buatan: taiwan

Keterangan: cermin mata hitam THRASHER ini adalah ASLI, dari model Planet 1015. Ia dikeluarkan dengan kerjasama antara High Speed Productions (majalah THRASHER) San Francisco, USA dan GLASSART Inc. Jepun. THRASHER merupakan majalah terkenal papan luncur / skateboard yang diasaskan pada tahun 1981 oleh Eric Swenson dan Fausto Vitello yang diedarkan ke serata dunia. Cermin mata ini menjadi pilihan pemain papan luncur, penunggang motor, pemandu, pemancing di serata dunia.
Cermin jenis POLARIZED memberi perlindungan dari SILAU dan anti KELETIHAN mata anda (anti fatigue). Jika anda tercari-cari cermin mata POLARIZED yang tampak bergaya bagi melindungi mata anda setiap masa dalam segala situasi, cubalah jenama Thrasher ini.

Harga: RM 237.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - beg
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg galas "Havoc 30" 5.11
model: 56319
Ukuran: 21 x 11.75 x 9 inci
Muatan: 27.5 liter

Berat: -
warna: hitam dan kelabu
material fabrik: Polyester BALISTIK 500D/1050D (gred tentera) kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam/Cambodia

Keterangan: Beg galas 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan model terbaru 2016 yang diperkenalkan oleh 5.11. Beg taktikal yang dibuat khusus untuk anggota polis/tentera, ia bersaiz sederhana dengan poket yang banyak untuk menyimpan peluru/kelopak, botol air, komputer riba, pisau, pistol, lampu suluh, walkie talkie, alatan EDC dan sebagainya. Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera yang lebih tahan lasak untuk tugas taktikal, manakala klip dan penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Beg ini juga sesuai dipakai bersama plet "Zero-G". Beg ini boleh digunakan ketika operasi taktikal ketenteraan atau kegunaan harian ke pejabat, sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar (memancing / berkhemah / mengembara dan sebagainya). Beg TERBAIK buat anda yang mahukan produk berkualiti dari 5.11....dulu, kini dan selamanya !!

Harga: RM 831.00


beg galas taktikal havoc30 5.11beg galas taktikal havoc30 5.11beg galas taktikal havoc30 5.11



2) Jenis: beg galas taktikal "rush 12" 5.11
model: 56892
Ukuran: 18 x 11 x 6.5 inci
Muatan: 24 liter

Jumlah ruang: 16
berat: 1.17 kilogram
warna: kelabu gelap, hitam, coklat cerah
material fabrik: Nylon 1050D kalis air
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Beg galas 5.11 ini direka oleh veteran tentera Kyle Lamb dari unit VTAC, beg ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran 5.11 USA. Jenama produk 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik pada beg ini menggunakan polyester BALISTIK gred tentera yang tahan lasak untuk tugas taktikal, zip terbaik dari YKK, klip & penyambung pada keseluruhan beg ini menggunakan jenama Duraflex yang terkenal dengan kualiti dan tahan lama. Ia boleh digunakan sama ada ketika sebarang operasi ketenteraan atau kegunaan harian atau di pakai untuk ke pejabat, ke sekolah/kolej atau untuk aktiviti luar di rimba raya waima di hutan konkrit. Ia mempunyai ruang yang luas dan banyak malah dapat memuatkan komputer riba bersaiz 15 inci. Pada bahagian belakang & sisinya didatangkan dengan "MOLLE", jadi anda dapat menyangkut alatan lain yang berpadanan. Sejak beg RUSH 12 dilancarkan, ia menjadi buruan ramai peminat beg taktikal sejati sehingga ke hari ini. Buat mereka yang tercari-cari beg taktikal sebenar dengan kualiti TANPA kompromi, inilah sesungguhnya untuk anda, usah berlengah lagi dikala bumi semakin tua !!

Harga: RM 632.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/2-jenis-beg-galas-taktikal-rush-12-5-11/

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: talipinggang taktikal SI web 5.11
model: 56515
saiz: 44 (pinggang 30 - 44)
warna: hitam
Lebar: 1.5 inci
material kepala talipinggang: besi aluminium anodized
material fabrik: Nylon tahan lasak
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china


Keterangan: Talipinggang 5.11 yang digelar SI WEB ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik nylon tali pinggang ini adalah nipis tetapi tahan lasak serta kuat jadi anda boleh menggantung sarung senjata / sarung barangan padanya. Kepala talipinggang ini diperbuat dari besi
aluminium anodized yang diakui sebagai material TERBAIK yang digunapakai pada komponen pesawat dan industri automotif. Pada setiap kepala talipinggang besi aluminium ini tertera logo 5.11 dan perkataan ALWAYS BE READY.


Pada hadapan kepala talipinggang mempunyai petak ruang yang mencukupi jika anda mahu meletak logo atau apa sahaja tulisan. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi oleh anggota keselamatan/penguatkuasa/pengawal peribadi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Antara produk terkini dari 5.11 buat kesekian kalinya !

Harga: RM 247.00

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: alat serbaguna BEAR GRYLLS x Gerber
model: 31-000749
Ukuran: 11.5 cm (semasa dilipat), 16cm (semasa dibuka)
Lebar: 4.7 cm
Berat: 265 gram
Material pemegang: dilapisi getah sintetik (anti licin)
Material: Besi tahan karat
Warna: kelabu
Keluaran: Gerber Legendary Blades, Inc., Oregon, USA
buatan: china

Keterangan: Ini ialah alat serbaguna atau multitool ASLI yang digunakan dalam rancangan TV berunsurkan alam semulajadi/pengembaraan "Man vs Wild" yang disiarkan di seluruh dunia. Ia adalah keluaran Gerber Legendary Blades, Inc. yang merupakan pengeluar pisau/alatan aktiviti luar yang berpusat di Oregon, USA yang bermula sejak 1939. Produk ini mendapat kerjasama Bear Grylls, rancangan TV ini dijayakan oleh Edward Michael "Bear" Grylls yang mempunyai latarbelakang tentera, menyertai pelbagai aktiviti luar berunsurkan alam semulajadi seperti mendaki gunung, menyelam, berkhemah dan sebagainya.
Ia sesuai disimpan dan diguna oleh mereka yang gemar aktiviti luar; mendaki / berkhemah / mountain bike / memancing / memburu atau mereka yang terlibat dalam kerja di bengkel atau pekerja penyelenggaraan dan disyorkan disimpan dirumah/di dalam kenderaan untuk kecemasan, juga bagus untuk pengumpul barangan rare dan koleksi. Alatan ini tampil bersama sarung yang diperbuat dari nylon berwarna hitam.

Ia mempunyai 11 jenis alatan/fungsi serbaguna:
- playar muncung tirus
- pisau
- pisau bergigi
- gergaji kayu
- pemutar skru jenis Philip
- pemutar skru biasa (kecil)
- pemutar skru biasa (sedang)
- pembuka tutup botol
- pembuka tin
- gunting
- pemotong wayar / dawai

Harga: RM 344.00 (STOK HABIS !)

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
2) Jenis: Lampu suluh BRITE STRIKE
Model: BD-198-HLS
Warna lampu: lampu putih
Material: Aluminium gred NASA
Warna: hitam
Kuasa cahaya: 310 Lumens
Jenis mentol: LED (CREE XreWHT-L1-D01-Q5)
Penggunaan bateri: 2.5 jam (310 lumens; kuasa
tinggi), 4.5 jam (170 lumens; kuasa rendah), 3 jam (berkelip)
Bateri: 2 biji 123A Lithium (diberi percuma!)
Panjang: 5 inci
Diameter: 1.8 inci
Berat: 138.91 gram
Jenis suluhan: Jarak dekat, jarak jauh dan berkelip
Pengiktirafan: Mil-spec kelas 2, jenis III
jarak suluhan: 119 meter
Jaminan: sepanjang hayat
Keluaran: Brite-Strike Technologies Inc, Plymouth, USA

Keterangan: lampu suluh BRITE STRIKE model ini adalah ASLI dan merupakan produk terbaik dan berkualiti dari GRED TENTERA. Lampu suluh ini dibuat khsus untuk kegunaan tentera, Polis dan pihak berkuasa di serata dunia. Ia dibuat menggunakan aluminium gred NASA terbaik dan menepati spesifikasi ketenteraan yang ketat. Cahaya lampu yang cukup JAUH & LEBAR membolehkan anda melihat pergerakan / benda di dalam persekitaran gelap dengan jelas. Ia juga sangat berguna untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk kerja operasi mencari/menyelamat/operasi bersepadu (bomba, polis, JPA, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam, JPJ, APMM) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak di hutan belantara yang
gelap dan penuh onak dan duri. Sesuai juga untuk mereka yang bekerja di sektor pengangkutan/perkapalan/bengkel, digunakan ketika kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan.

AMARAN: Cahaya lampu suluh ini adalah sangat terang & TIDAK boleh dihalakan ke mata manusia, boleh mengakibatkan kerosakan saraf mata !

Harga:RM 698.00

nullnullnullnull
1) Jenis: cermin mata hitam taktikal "HideOut" SMITH OPTICS
model: HDTPPGY22BK (hideout)
warna bingkai: hitam
warna lensa cermin: hitam POLARIZED
perlindungan: 100% kalis sinaran UVA, UVB, UVC
pengiktirafan: melepasi piawaian optik ANSI Z87.1 dan MIL-PRF-31013 (gred tentera) dengan cermin BALLISTIC !!
Keluaran: Smith Optics, Inc, Portland, USA


Keterangan: cermin mata hitam SMITH OPTICS ini adalah ASLI, dari model HIDEOUT yang merupakan barangan PREMIUM gred tentera keluaran SMITH OPTICS USA. SMITH OPTICS merupakan antara syarikat pengeluar cermin mata lasak sejak 1965 ditubuhkan oleh Dr. Bob Smith. Ia menjadi pilihan profesional dan dibekalkan kepada penembak, peluncur papan luncur ais, pelumba motor/sukan lasak dan versi taktikal kepada tentera US, anggota Unit Penguatkuasa di serata dunia.
Material bingkai dan cermin lensa jenis BALLISTIC tahan sehingga peluru 0.22 caliber, TAHAN LASAK, kuat dan tahan hentakan, menggunakan teknologi TLT (Tapered Lens Technology). Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi atau dipakai secara harian atau di pakai untuk memandu, menunggang atau untuk aktiviti luar. Ia memberi perlindungan dari SILAU dan anti KELETIHAN mata anda (anti fatigue). Jika anda tercari-cari cermin mata untuk pelbagai kegunaan yang melindungi mata anda setiap masa dalam segala situasi, model ini adalah KHUSUS untuk anda.

Harga BIASA: RM 427.00
HARGA DISKAUN: RM 269.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa Chef Grand Maitre Victorinox
model: 7.7403.25G
panjang: 25 cm atau 9.84 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: VICTORINOX AG, Switzerland


Keterangan: Pisau bersaiz 25cm dari siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, ia adalah pisau FULL TANG. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Bilah pisau siri "FORGED" melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau jenis ini banyak diguna di hotel, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Pisau model ini didatangkan didalam kotak yang kemas & menarik, sesuai sebagai hadiah buat si dia atau sebagai hantaran perkahwinan. Miliki segera pisau terbaik dari Victorinox sebelum hati menjadi gundah gulana lalu membawa diri di tepi kali.....

Harga: RM 418.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Blok kayu pisau & alatan dapur Victorinox - 8 unit
model: 6.7173.8
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik Polypropylene
Ukuran: 38.1 x 22.6 x 12.3cm
material blok kayu: kayu Beech
berat: 2.7 kilogram
bilangan pisau: 8
Buatan: Victorinox AG, Switzerland


Keterangan: Set blok pisau dapur ini dikeluarkan oleh Victorinox Switzerland yang merupakan pengeluar pisau terunggul dari wilayah pergunungan Swiss Alps sejak tahun 1884 lampau. Set pisau ini disyorkan untuk pengumpul koleksi, sebagai hadiah insan tersayang dan juga untuk hantaran perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah, restoran, hotel, industri sajian.

Set ini terdiri dari :
1. pisau dapur santoku jalur 17cm
2. pisau roti bergigi 21cm
3. pisau dapur 19cm
4. pisau daging steak 11cm
5. pisau Tomato
6. pisau kecil 10cm
7. pisau kecil 8cm
8. pisau kecil bergigi 8cm
9. Blok kayu pisau


Harga: RM 816.00

nullnullnullnull


2) Jenis: Blok kayu pisau Victorinox - 5 unit
model: 5.1183.51
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
material blok: Kayu Beech
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Set blok kayu berserta pisau ini diperbuat dari kayu Beech yang merupakan sejenis kayu yang kuat serta tahan lasak disamping permukaannya yang licin. Set ini TERBAIK buat pengumpul koleksi, hadiah dan juga untuk hantaran perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah/restoran/hotel/industri sajian. Set ini terdiri dari:

1. pisau dapur 12cm Victorinox
2. pisau dapur 18cm Victorinox
3. pisau roti 18cm Victorinox
4. pisau Tomato Victorinox
5. pisau kecil Victorinox
6. Blok kayu pisau


Harga: RM 585.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/victorinox-set-blok-pisau-dapur-5-unit-switzerland/

nullnullnull
Category: General
Posted by: jimbit
Saksikan ketangkasan aksi Sylvester Stallone menggunakan pisau taktikal dari jenama POHL FORCE di dalam filem terbaru RAMBO 5: Last Blood di pawagam berhampiran hari ini ! Pohl Force GmbH merupakan syarikat Jerman, pengeluar pisau taktikal & untuk kegunaan ketenteraan di seluruh dunia !
#POHLFORCE
#RAMBO5
#pisauRAMBO

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa Chef Grand Maitre Victorinox
model: 7.7400.20G
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Pisau siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, bilah jenis FULL TANG. Model pisau ini merupakan siri TERBARU yang diperkenalkan bermula tahun 2017 untuk mereka yang mengagumi pisau buatan Victorinox. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Hulunya diperbuat dari kayu jati Rosewood yang diakui ketahanannya yang turut digunakan dalam pembuatan perabot mewah dan menjadi pilihan pembuat alat muzik; Ibanez, TAMA.
Pisau siri ini didatangkan dalam kotak yang menarik, cukup sesuai sebagai hadiah buat yang tersayang atau sebagai hantaran perkahwinan. Buat peminat pisau, chef dan surirumah ---- pisau TERBAIK ini merupakan titik kegembiraan hakiki buat anda !!

Harga: RM 445.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau daging/sembelih F.HERDER
model: 0388-18,00
panjang: 18 cm atau 7.08 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Black Nut (kayu keras)
warna pemegang: coklat
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau dengan bilah lurus bersaiz bilah 7 inci ini merupakan antara keluaran TERBARU dengan hulu kayu "Black Nut", dikeluarkan sebagai menghargai sokongan peminat pisau hulu kayu diserata ceruk rantau. Ia adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN. Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaan ini bermula semenjak tahun 1623 dan telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging kambing/lembu/kerbau/rusa/ikan/udang/sotong atau bahan makanan lain malah TERBAIK juga untuk tugas menyembelih haiwan seperti rusa, kambing, kibas, kijang, biri-biri, ayam, itik, burung dan sebagainya. Pisau ini DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata dunia. Ini adalah jenama pisau yang "RARE" dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER lambang keaslian pisau Solingen !!

Harga: RM 190.00 ** - SEBILAH

nullnullnullnull
Category: 5.11 - pisau
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau taktikal CFK7 5.11
model: 51101
Panjang keseluruhan: 33 cm
panjang bilah: 17.8 cm atau 7 inci
Kekerasan bilah: 58 - 60 Rockwell

tebal bilah: 6 milimeter
Berat: 586 gram
Material: Besi tahan karat SCM 435
Material sarung: Polimer mesra M.O.L.L.E
Jenis pemegang: FRN (Nylon + gentian kaca)
Warna: coklat
Buatan: taiwan
Pengeluar ASAL: 5.11 Tactical LLC, Irvine, California, USA

Keterangan: Ini merupakan pisau ASLI keluaran terkini 5.11 USA, antara pengeluar produk taktikal terkemuka. Ia dihasilkan dengan kerjasama antara konglomerat 5.11 dengan GTI (Gingrich Tactical Innovations) yang merupakan pereka bentuk pisau taktikal dari USA. Pisau ini tampak ganas dengan warna hitam pada bilahnya dengan bilahnya yang cukup tebal, buatannya cukup kemas dan teliti menjadikan ia cukup sesuai untuk kerja lasak yang penuh pancaroba. Pisau ini cukup berat dengan bilah jenis FULL TANG menjadikan ia cukup kukuh dan jitu ketika tugas menetak / melibas. Pemegang boleh ditanggalkan jika anda mahu disulam dengan tali "Paracord".
Ia TERBAIK untuk kegunaan aktiviti luar; mendaki gunung/memancing/berkhemah/berkayak/pemandu 4WD dan disyorkan untuk dimiliki oleh anggota tentera / polis yang terlibat dalam operasi taktikal dalam pelbagai situasi mendatang.

Harga: RM 700.00

nullnullnullnull
Category: General
Posted by: jimbit
ded1 EMPIRE menyumbangkan beberapa pisau SWIBO-Victorinox untuk Majlis Korban penyelaras DUN Temengor bersama penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gerik, Perak. Y.B. Hj Fadzil sebagai penyelaras menerima penyerahan tersebut dari kami ketika majlis berlangsung pada 11 Ogos 2019. Ini hanyalah sekadar sumbangan kecil kami pada masyarakat.

Untuk makluman, pisau SWIBO merupakan buatan terbaik WENGER SA, Delemont, Switzerland sejak tahun 1893 dengan mata bilah yang cukup tajam dan tahan lama !

nullnullnull
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah 2 GRIT Lansky
model: LCB6FC
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: kasar (kelabu gelap) dan halus (kelabu cerah)
Grit: 120 (kelabu gelap) dan 600 (kelabu cerah)
Buatan: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA

Keterangan: Batu asah jenis dua bahagian GRIT permukaan ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Batu asah ini mempunyai 2 jenis kadar asahan (120 & 600), jadi anda tidak perlu membawa banyak batu asah jika tugas anda memerlukan ke sana sini. Asahan grit 120 merupakan ASAS untuk mengasah, manakala grit 600 disyorkan untuk mendapatkan asahan yang lebih "licin" atau sebagai asahan peringkat akhir. Batu ini khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pahat, kapak, sabit, parang dan sebagainya dan semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Anda mencari batu asah "RARE" & mampu milik ? Lansky ini dibawa khas dari New York, USA !

Harga: RM 99.00 - SEBIJI

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau sembelih/daging "HEKTOR" F.DICK Red Spirit
model: 8172526K
panjang: 10 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polypropylene anti licin
material: besi X55CrMo14 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Pisau daging/sembelih dengan bilah bengkok "JALUR" merupakan model TERBARU 2019 diberi nama "HEKTOR", dari siri RED SPIRIT ini digelar sumber inspirasi "roh merah" dan sumber kekuatan untuk anda sebagai peminat/pengumpul pisau dari siri TERBAIK buatan Jerman. Pisau siri "RED SPIRIT" ini mendapat anugerah rekabentuk Jerman 2016 dan merupakan antara keluaran TERBAIK F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Pisau siri RED SPIRIT ini dihasilkan sebagai menghargai seni pertukangan Asia yang penuh dengan nilai seni dan artistik yang penuh misteri. MERAH melambangkan hawa nafsu, cinta dan semangat yang membara dan kerana oleh itulah terhasilnya siri RED SPIRIT ini. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja menyembelih haiwan ternakan (lembu/kambing/rusa) dan menghiris ketulan daging bersaiz besar.
Ia sangat tajam dan merupakan pisau yang jarang didapati di pasaran & RARE ciptaan khusus dambaan para PEMINAT/PENGUMPUL pisau terbaik serata dunia.

Kelebihan pisau siri RED SPIRIT ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan teliti oleh pekerja mahir Jerman
- pemegang pisau plastik polimer anti licin yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- pemegang pisau yang utuh dan sangat selesa untuk mereka yang mempunyai tapak tangan bersaiz besar
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 499.00 (HABIS !)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Blok kayu pisau & alatan dapur Victorinox - 8 unit
model: 6.7173.8
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik Polypropylene
Ukuran: 38.1 x 22.6 x 12.3cm
material blok kayu: kayu Beech
berat: 2.7 kilogram
bilangan pisau: 8
Buatan: Victorinox AG, Switzerland


Keterangan: Set blok pisau dapur ini dikeluarkan oleh Victorinox Switzerland yang merupakan pengeluar pisau terunggul dari wilayah pergunungan Swiss Alps sejak tahun 1884 lampau. Set pisau ini disyorkan untuk pengumpul koleksi, sebagai hadiah insan tersayang dan juga untuk hantaran perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah, restoran, hotel, industri sajian.

Set ini terdiri dari :
1. pisau dapur santoku jalur 17cm
2. pisau roti bergigi 21cm
3. pisau dapur 19cm
4. pisau daging steak 11cm
5. pisau Tomato
6. pisau kecil 10cm
7. pisau kecil 8cm
8. pisau kecil bergigi 8cm
9. Blok kayu pisau


Harga: RM 816.00

nullnullnullnull



2) Jenis: Blok kayu pisau & alatan dapur Victorinox - 9 unit
model: 5.1193.9
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Berat: 2.5 Kg

Keterangan: Set pisau ini sesuai untuk pengumpul koleksi, sebagai hadiah dan juga untuk hantaran
perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah/restoran/hotel/catering.

Set ini terdiri dari :
1. pisau dapur 22cm
2. pisau dapur 15cm
3. pisau roti 21cm
4. Garpu daging / BBQ 13cm
5. besi pengasah
6. pisau Tomato
7. pisau kecil 1
8. pisau kecil 2
9. gunting dapur
10. Blok kayu pisau


Harga: RM 680.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau lapah daging SWIBO-Victorinox
model: 5.840X.13
panjang: 13 cm atau 5.11 inci (panjang bilah)
material: besi tahan karat (Stainless Steel)
pemegang: Plastik anti licin
Buatan: Delemont, Switzerland

Kegunaan: Ini ialah pisau lapah daging keluaran WENGER dari siri SWIBO. Wenger dahulunya merupakan pesaing terdekat Victorinox tetapi sejak tahun 2005 ia telah di ambil alih oleh Victorinox. Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja melapah daging haiwan seperti; kambing, kijang, rusa dan haiwan
lain
. Bilah pisau SWIBO lebih menyerlah dan berkilauan, ia sangat tajam serta tahan lama dari segi ketajaman mata selepas di asah. Pemegangnya yang berwarna kuning memudahkan anda untuk mengecam dan mengenalpasti walau dimana jua diletak. Pisau jenama ini menjadi pilihan untuk digunakan secara meluas di pusat penyembelihan dan hotel terkemuka di seluruh dunia. Inginkan kelainan ?? cuba SWIBO hari ini !! Produk terbagus keluaran WENGER dengan cap dagang mereka KEPALA LEMBU !

Harga: RM 85.00 - SEBILAH

nullnullnullnull
Category: Beg pisau F.DICK
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg pisau gulung F.DICK
model: 81076010
material beg: Kanvas tebal
Muatan: 7 Poket
Saiz bukaan: 19.5 x 12 inci
Warna: hitam
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Beg gulung ini dibuat untuk menyimpan pisau, disyorkan untuk mengisi pisau anda dari sebarang jenama dalam keadaan bersih, selamat dan terpelihara. Beg ini dijual KOSONG tanpa isi kandungan di dalamnya. Beg ini dapat memuatkan 7 pisau atau alatan lain, ia mempunyai klip tahan lasak pada bahagian luar, mempunyai 1 lapisan penutup pada bahagian dalam beg. Beg ini dijahit dengan kemas dan teliti, logo F.DICK disulam kemas pada bahagian tepi cukup menyerlahkan jenama. Buat mereka yang tercari-cari beg pisau berkualiti buatan Jerman, ini disyorkan buat anda !

NOTA: pisau di dalam gambar hanyalah sebagai hiasan, dijual berasingan !

HARGA: RM 180.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa Chef Grand Maitre Victorinox
model: 7.7403.25G
panjang: 25 cm atau 9.84 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: VICTORINOX AG, Switzerland


Keterangan: Pisau bersaiz 25cm dari siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, ia adalah pisau FULL TANG. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau jenis ini banyak diguna di hotel, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Pisau model ini didatangkan didalam kotak yang kemas & menarik, sesuai sebagai hadiah buat si dia atau sebagai hantaran perkahwinan. Miliki segera pisau terbaik dari Victorinox sebelum hati menjadi gundah gulana lalu membawa diri di tepi kali.....

Harga: RM 418.00

nullnullnull



1) Jenis: Pisau tempa Chef Grand Maitre Victorinox
model: 7.7403.20G
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
pemegang: nylon
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: VICTORINOX AG, Switzerland


Kegunaan: Pisau siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, ia adalah pisau FULL TANG. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau jenis ini banyak diguna di hotel, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Juga sesuai untuk pengumpul koleksi pisau. Pisau model ini didatangkan dalam kotak yang kemas, sangat sesuai sebagai hadiah buat yang tersayang atau sebagai hantaran perkahwinan. Anda mahukan koleksi pisau terbaik dari Victorinox ? Siri pisau Grand Maitre ini khusus buat anda !!

Harga: RM 368.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa F.HERDER
model: 8114-26,00
panjang: 26 cm atau 10.23 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
warna pemegang: hitam
material: besi tempa X50CRMoV15
kekerasan bilah: 56 - 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Pisau siri FORGED / besi jenis ditempa bersaiz 10 inci ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik jenis FULL TANG. Merupakan pisau yang menjadi simbol keagungan kualiti produk pisau yang dipanggil cap garpu / CAP SPADE berabad lamanya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan teliti dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan merupakan model pisau yang diakui ketajamannya yang menjadi rebutan penyembelih di serata dunia sejak berabad lalu. Dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" yang memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.
Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya malah cukup TERBAIK untuk tugas menyembelih !! Ini adalah model pisau yang menjadi simbol KEAGUNGAN F.HERDER yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Kembalikan nostalgia silam dengan pisau lagenda ini !!

Harga: RM 480.00 - SEBILAH **

pisau besi tempa CAP SPADE F.HERDERpisau besi tempa CAP SPADE F.HERDERpisau besi tempa CAP SPADE F.HERDERpisau besi tempa CAP SPADE F.HERDER
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur/pisau chef F.DICK Red Spirit
model: 8174721
panjang: 8.5 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polypropylene
material: besi X55CrMo14 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN


Kegunaan: Pisau dapur/pisau chef dari siri RED SPIRIT ini digelar sumber inspirasi "roh merah" dan sumber kekuatan untuk anda sebagai peminat/pengumpul pisau dari siri TERBAIK buatan Jerman. Pisau siri "RED SPIRIT" ini mendapat anugerah rekabentuk Jerman 2016 dan merupakan antara keluaran TERBAIK F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Pisau siri RED SPIRIT ini dihasilkan sebagai menghargai seni pertukangan Asia yang dikira penuh dengan nilai seni dan artistik yang penuh misteri. MERAH melambangkan hawa nafsu, cinta dan semangat yang membara dan kerana oleh itulah terhasilnya siri RED SPIRIT ini. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan KHAS untuk PEMINAT/PENGUMPUL pisau terbaik serata dunia.

Kelebihan pisau siri RED SPIRIT ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan teliti oleh pekerja mahir Jerman
- pemegang pisau plastik polimer yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- pemegang pisau yang utuh dan sangat selesa untuk mereka yang mempunyai tapak tangan bersaiz besar
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 444.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lapah/daging tempa "BELANG" F.DICK
model: 8192518 (model exclusive 1905)
panjang: 7 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
material: besi tempa X50CrMoV15
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Kegunaan: Pisau daging / lapah dengan bilah melentik UNIK ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Ini adalah pisau dari siri "Exclusive 1905" yang merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis FULL TANG. Siri 1905 dihasilkan sempena memperingati tahun pengenalan "Bolster" pada pisau dapur F.DICK. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja melapah/memotong daging di ruas dan rusuk, serta melapah kulit haiwan atau menyiang ikan. Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser, ia terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan terbaik. Anda akan merasa suatu kelainan ketika memegang dan menggunakan pisau siri ini. Pisau ini didatangkan dengan buku panduan berserta kotak pembungkusan yang menarik.
Pisau siri ini banyak diguna di dapur hotel terkenal, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Ia TERBAIK untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata Nusantara. Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran. Dapatkan segera kerana ia mempunyai nilai tersendiri !!
Kelebihan pisau siri 1905 Exclusive ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik.
- pemegang pisau plastik Polyoxymethylene berlapis logam (berbelak) yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 439.00 - SEBILAH

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: Set pelbagai sudu/garpu/pisau meja Victorinox
model: 6.7233.24
material besi setiap produk: besi tahan karat jenis 18/10 (gred alat bedah perubatan !!)
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Berat: 810 gram

Keterangan: Ini adalah set sudu makan TERBAIK keluaran Victorinox AG, Switzerland. Alatan Victorinox ini digunakan di hotel, restoran mewah, majlis rasmi, syarikat penerbangan dan individu di seluruh dunia. Alatan dari set ini menggunakan besi tahan karat gred terbaik 18/10 (sama seperti gred besi pada alat bedah di hospital !! ), alatan dalam set ini tampak berkilauan, besinya cukup utuh / SOLID dan tidak mudah bengkok serta tidak akan pudar warna dan tidak kusam walau diguna zaman berzaman. Set ekslusif dan tampak moden ini dibuat untuk 6 orang, khusus buat mereka yang mahukan set sudu/garpu dari gred besi TERBAIK Switzerland untuk kegunaan di hotel, restoran, majlis santapan rasmi, rumah dan mereka yang berminat menjadikan alatan sebegini sebagai koleksi kesayangan anda atau sebagai hadiah buat insan yang istimewa.
VICTORINOX....kualiti tanpa kompromi sejak tahun 1884 !! --- salam mesra dari Ibach.

Set ini terdiri dari:
1. Sudu makan Victorinox (6)
2. Garpu makan Victorinox (6)
3. Sudu teh Victorinox (6)
4. Pisau daging/steak bergigi Victorinox (6)

Harga: RM 576.00

nullnullnullnull
1) Jenis: Pisau sembelih hulu kayu F.HERDER
model: 0347-31
panjang: 31 cm atau 12.20 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Black Nut (kayu keras)
warna pemegang: coklat
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau sembelih keluaran TERBARU dengan hulu kayu "Black Nut" ini adalah sebagai menghargai sokongan peminat pisau di Gugusan Nusantara. Black Walnut merupakan sejenis kayu keras yang merupakan tumbuhan asal di Utara Amerika dengan urat kayu yang kasar. Pisau ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN.
Bandar Solingen telah dikenali berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Ia memulakan perusahaan pada tahun 1623 dan telah memasuki pasaran di Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menyembelih haiwan; lembu, kerbau, seladang, dan khusus untuk pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan. SANGAT DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk Nusantara. Ini adalah jenama pisau yang "RARE" dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Buat peminat pisau yang dambakan HULU KAYU, ini adalah model pisau yang dibuat KHAS untuk anda yang merupakan penghargaan abadi dari kilangnya di Solingen !!

Harga: RM 320.00 - SEBILAH **

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau tetak TULANG / chopper ICEL
model: 341.4030.20
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
berat: 1 kilogram !! (BERAT)
material bilah: besi tahan karat X50crMoV15
pemegang: plastik anti licin
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Kegunaan: Pisau tetak tulang jenis ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Mata pisau ini cukup tajam (dengan bilah hampir bentuk V) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan pisau kualiti Eropah tetapi dengan harga yang mampu milik.

Pisau ini khusus untuk kerja menetak TULANG/mencincang/memotong daging yang kecil/tulang KERAS, memotong sayuran keras. Pisau tetak ini adalah BERAT (1 kilogram !!) dan sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ayam/ternakan malah di dapur juga dan ia merupakan kemestian buat anda !

Harga: RM 249.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-pisau-tetak-tulang-chopper-icel/

nullnullnull


1) Jenis: pisau tetak TULANG / chopper ICEL
model: 333.4024.15
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
berat: 580 gram

tebal bilah: 5 milimeter
material bilah: besi tahan karat X50crMoV15
pemegang: kayu jati Rosewood
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL


Keterangan: Pisau tetak beratnya 580 gram ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Mata pisau ini cukup tajam (dengan bilah hampir bentuk V) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan pisau kualiti Eropah tetapi dengan harga yang mampu milik.

Pisau ini khusus untuk kerja menetak tulang kecil/mencincang/memotong ikan, ayam, itik / tulang SEDERHANA KERAS, memotong sayuran keras. Pisau tetak ini sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ayam / peniaga ikan, dapur rumah dan restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau tetak kualiti Eropah dengan harga mampu milik ! Hulunya yang diperbuat dari kayu jati Rosewood, merupakan kayu keras terbaik yang menjadi pilihan pembuat alatan muzik seperti Gibson, TAMA, Fender, Ibanez dan perabot mewah dari serata pelusuk dunia. Miliki ia sebelum hati bertambah gundah !

Harga: RM 153.00 (STOK HABIS !)

nullnullnullnull
Category: General
Posted by: jimbit
Gambar sekitar pertandingan memanah tradisional ASEAN 2019 yang lalu, ded1 EMPIRE merupakan antara penaja yang terlibat dengan pertandingan itu. Tahniah kepada semua pemenang & peserta !! Jumpa lagi di tahun hadapan !

Untuk gambar lain, sila klik: http://khazanah.ded1.net/pertandingan-panah2019

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau siri klasik lapah kulit F.HERDER
model: 0455-15,50
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi)

warna pemegang: hitam
material: besi KARBON ConstantSteel - oleh ThyssenKrupp
Kekerasan: 57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Pisau siri klasik "PIKAS" untuk lapah kulit ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Bilahnya diperbuat dari besi karbon khas TERBAIK dipanggil "ConstantSteel", dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman.
Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623, telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan KETAJAMAN besi terbaik Solingen, JERMAN.
Pisau ini TERBAIK untuk tugas melapah kulit haiwan; kerbau, lembu, kambing, rusa, kijang, kibas, pelanduk, landak, unta, seladang dan cukup TERBAIK buat pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan. Ia SANGAT DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata ceruk rantau.

Harga: RM 180.00 ** - sebilah

pisau lapah kulit klasik CAP SPADE F.HERDERpisau lapah kulit klasik CAP SPADE F.HERDERpisau lapah kulit klasik CAP SPADE F.HERDERpisau lapah kulit klasik CAP SPADE F.HERDER
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa F.HERDER
model: 8114-21,00
panjang: 21 cm atau 8.26 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)

warna pemegang: hitam
material: besi tempa X50CRMoV15
kekerasan bilah: 56 - 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Pisau siri FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik, ia adalah pisau jenis "FULL TANG". Ini merupakan pisau yang menjadi simbol keagungan kualiti produk pisau yang dipanggil cap garpu / cap "spade" berabad lamanya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan teliti dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan merupakan model pisau yang diakui ketajamannya yang menjadi rebutan penyembelih di serata dunia sejak berabad lalu. Dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" yang memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.
Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya malah cukup TERBAIK untuk tugas menyembelih !! Ini adalah model pisau yang menjadi simbol KEAGUNGAN F.HERDER yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Kembalikan nostalgia silam dengan pisau lagenda ini !!

Harga: RM 410.00 - SEBILAH **

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Blok kayu pisau & alatan dapur Victorinox - 11 unit
model: 5.1150.11
material bilah setiap barangan: besi tahan karat (High Carbon Steel)
Ukuran: 36.3 cm x 18 cm x 9.3 cm
pemegang: kayu jati Rosewood

material blok kayu: kayu Beech
bilangan alatan: 11
berat: 2.7 kilogram
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Keterangan: Set pisau yang tampak ekslusif dengan hulu dari kayu jati Rosewood ini sesuai untuk pengumpul koleksi, sebagai hadiah buat insan tersayang dan juga untuk hantaran perkahwinan atau untuk kegunaan di rumah, restoran, hotel, industri sajian.
Pemegangnya diperbuat dari kayu ROSEWOOD iaitu sejenis kayu keras/kayu jati yang cukup tahan dan tidak mudah mereput, Kayu Rosewood biasanya digunakan dalam pembuatan perabot mewah dan alat muzik yang juga menjadi pilihan pengeluar seperti Gibson, TAMA, Ibanez.

Set ini terdiri dari :

1. pisau dapur 22cm Victorinox
2. pisau dapur 19cm Victorinox
3. pisau dapur 18cm Victorinox
4. pisau roti bergigi 21cm Victorinox
5. pisau kecil bergigi 10cm Victorinox
6. pisau kecil 10cm Victorinox
7. pengupas kulit buah Victorinox
8. pisau kecil 8cm Victorinox
9. pisau kecil bergigi 8cm Victorinox
10. pengasah pisau Victorinox
11. garpu daging / BBQ
12. Blok kayu pisau

Harga: RM 1470.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau Icel
model: 943.9836.30
Ukuran: 30 cm (panjang besi)
kadar asah: sederhana
material pengasah: besi molybdenum
Jenis pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Keterangan: Pengasah pisau jenis batang ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Ini merupakan model mampu milik dan memadai untuk semua jenis pisau, parang, sabit, senjata atau apa sahaja. Model ini juga merupakan yang paling mendapat sambutan ramai dari pemilik pisau di luar sana, ringkas dan mudah dibawa. Ia bagus untuk menajamkan pisau yang agak
tumpul atau juga membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau
ketika kerja melapah ternakan. Anda masih tercari-cari pengasah batang besi mampu milik ? Ini dia buat kalian di luar sana !!

Harga: RM 103.00 - sebatang

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/icel-pengasah-pisau-30cm-portugal/

nullnullnull
Posted by: jimbit
Sesi temuramah bersama ASP Norsanizam (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara). Beliau merupakan pelanggan setia kami sejak bertahun dahulu, merupakan peminat pisau berkualiti

Sila klik:
https://www.youtube.com/watch?v=7LOf7f8HG0Q

null
Posted by: jimbit
Ulasan dan demonstrasi seluar kargo taktikal 5.11 (model Taclite PRO). Perusahaan 5.11 berpengkalan di Irvine, California, USA, merupakan pengeluar terulung untuk pakaian & alatan taktikal khusus untuk anggota keselamatan & penguatkuasa di seluruh dunia.

Sila klik:
https://www.youtube.com/watch?v=1HnYEFmXTGg

null
Category: 5.11 - kasut
Posted by: jimbit
1) Jenis: kasut but "UNION 6" 5.11
Model: 12390
saiz: US 10 / UK 9 - jenis kaki kurus
tinggi kasut: 6 inci
warna: kombinasi coklat gelap, merah & hitam
material: Nylon, kulit "suede" kalis air, alas kaki dalaman "Ortholite" X25, tapak "Vibram" Nuasi 2

Keterangan: Kasut but digelar "UNION 6" 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Kasut ini direkabentuk seperti kasut mendaki gunung / aktiviti lasak, dicipta untuk kegunaan di pelbagai situasi dan keadaan untuk memberikan keselasaan, keseimbangan dan kawalan TERBAIK untuk kaki dan badan si pemakai. Ketinggian kasut 6 inci ini dapat melindungi kaki dan buku lali anda secara keseluruhan dari kecederaan / ancaman pada sekeliling. Tapak jenis "VIBRAM Nuasi 2" memberi cengkaman terbaik di permukaan basah serta kering. Alas kaki pada dalaman kasut jenis Ortholite X-25 (generasi baru) dapat menyerap hentak gegaran dengan baik, sangat selesa.
Ruang dalaman kasut menggunakan teknologi AGION yang terbukti menyahkan kuman dan seterusnya mengelakkkan kasut menjadi berbau busuk dan material cepat rosak. Kasut but ini TERBAIK untuk semua anggota penguatkuasa di Malaysia (Polis, Tentera, JPJ, APMM, DBKL, SMART, Bomba, Imigresen, Kastam). Ia juga sangat TERBAIK untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pemandu trak 4x4, mendaki gunung, berkhemah, peminat barangan tentera dan taktikal. 5.11 UNION 6, kasut generasi baru dari pengeluar produk taktikal terulung Amerika !!

Harga: RM 1020.00

nullnullnullnull
Category: General
Posted by: jimbit
Tuan / Puan sekalian,

Sampul duit raya EKSLUSIF dari ded1 EMPIRE akan diberikan secara percuma dengan setiap pesanan bermula hari ini sehingga stok kami habis ya !

Oleh itu sila bertindak PANTAS mulai sekarang !


nullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting pokok bunga Victorinox
model: 7.6875.3
panjang: 7.48 inci
material bilah: besi tahan karat
Kekerasan mata: Rockwell 55
Buatan: Victorinox AG, Switzerland

Kegunaan: Gunting ini adalah keluaran VICTORINOX Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik dari JERMAN. Ia sangat TAJAM dan untuk diguna di sudut tanaman pokok bunga di halaman rumah anda. Ia boleh diguna untuk menggunting/memotong/memangkas ranting, daun, putik, batang segala jenis pokok bunga / tanaman bersaiz kecil / sederhana besar. Sangat disyorkan buat mereka yang hobinya menanam pokok-pokok bunga dan mereka yang bekerja di tapak semaian pohon. Jika anda masih tercari-cari gunting pokok bunga terbaik dengan kualiti PREMIUM, anda patut cuba model ini hari ini juga !!

Harga: RM 88.00 - SEUNIT

nullnullnullnull


1) Jenis: Sarung tangan taktikal separuh BLACKHAWK!
model: 8068xDBK
saiz: S, M
warna: hitam
jenis fabrik: Neoprene (sejenis getah sintetik)
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: China

Keterangan: Sarung tangan jenis separuh taktikal BLACKHAWK! ini adalah ASLI, ia adalah keluaran Blackhawk USA, salah satu pengeluar terkemuka peralatan taktikal & ketenteraan yang diasaskan oleh Mike Noell (bekas tentera elit US Navy SEAL). Sarung tangan ini dibekalkan kepada tentera US, pasukan elit VAT69 PDRM dan anggota keselamatan seluruh dunia. Ia dibuat khusus untuk kegunaan anggota polis / tentera semasa tugas taktikal / peperangan untuk perlindungan pada bahagian tapak tangan. Sarung tangan ini adalah jenis yang cepat kering serta memberi cengkaman jitu pada permukaan objek yang basah / berminyak. Ia sebenarnya dibuat khusus untuk anggota keselamatan/mereka yang mengendalikan senjata api. Walaupun begitu ia boleh digunakan untuk tugas lain seperti memandu kenderaan, menunggang motorsikal, melakukan kerja harian am, aktiviti lasak dan sebagainya. BLACKHAWK telah digunapakai di seluruh dunia, anda bila lagi ??

Harga: RM 218.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/blackhawk-sarung-tangan-taktikal-separuh/

nullsarung-tangan-separuh-taktikal-blackhawksarung-tangan-separuh-taktikal-blackhawk
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau poket ISTOR
model: professional
panjang: 14 sentimeter
material mata asah: aloi karbida
berat: 47 gram
kadar asah: sederhana
Buatan: ISTOR AG, Frauenfeld, Switzerland

Keterangan: Pengasah batang ini di keluarkan oleh Istor AG yang merupakan antara pengeluar pengasah pisau yang masih bertahan di Switzerland, diasaskan oleh Josef A. Schefer sejak tahun 1964. Saiznya yang kecil, ringkas dan mudah dibawa membolehkan anda membawa ia ke mana sahaja dan berguna setiap waktu. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah sederhana dan sesuai untuk menajamkan pisau kecil, gunting, pisau bilah bergigi, pahat, cangkuk, pisau bilah bengkok dan alatan yang mempunyai sudut sempit. Pengasah model ini mempunyai pelindung / penahan pada hujung mata asah, jadi ia dapat melindungi jari/tangan anda dari tercedera semasa mengasah pisau bersaiz besar manakala hujungnya mempunyai lubang agar boleh digantung pada memana tempat. Pengasah ini hanya perlu dicondongkan mengikut kemahuan anda dan tarik dengan perlahan mata asah (gunakan sisi mata asah) pada benda yang ingin diasah. Miliki pengasah unik dari bumi Switzerland hari ini juga !

Harga: RM 100.00 - sebatang

nullnullnullnullnull
Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur "Deba" Tojiro
Model: FU-1054
panjang: 31 cm (panjang keseluruhan), 16.5 cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium tahan karat
berat: 275 gram
pemegang: kayu pohon Magnolia jepun
Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah pisau dapur jenis "DEBA" keluaran Fujitora Jepun. Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau DEBA ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM laksana pisau cukur, besi bilahnya dihasilkan dengan 2 lapisan besi berbeza pada bahagian teras dan lapisan luar. Ia terbaik untuk kerja memotong/menghiris ikan & daging dan sebagainya.
Besi pisau ini dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik dari Jepun. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau.

Harga: RM 366.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau taktikal HISSATSU CRKT
model: 2907
Panjang keseluruhan: 12.25 inci
panjang bilah: 7.12 inci
tebal bilah pisau: 0.2 inci
Material bilah: Besi 440A
Material pemegang: Nylon dan getah
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Warna: hitam, coklat cerah
Keluaran: Columbia River Knife & Tool Inc, Oregon, USA
Buatan: china

Keterangan: Pisau taktikal HISSATSU CRKT ini adalah ASLI dan dengan sekali imbas saja pisau ini sungguh kelihatan "ganas", "stylo" dan menggerunkan !!, dikeluarkan oleh CRKT USA. Direkabentuk oleh James Williams yang merupakan bekas anggota tentera Amerika dan juga merupakan jurulatih seni beladiri yang berpengalaman selama lebih 45 tahun. Pisau ini direkabentuk berdasarkan bentuk senjata lama Jepun. Bentuk unik bilah sebegini sebenarnya dipopularkan oleh panglima perang Samurai lagenda iaitu Takeda Shingen, bilahnya memberikan kuasa jitu untuk tikaman dan memotong pada 1 mata bilah. Pisau ini direkacipta untuk persekitaran "CQB" (close quarter battle) / anti pengganas, iaitu sebagai senjata utama atau sebagai kedua. Pisau ini dibuat khusus untuk anggota penguatkuasa / keselamatan terlatih. Pemegang pisau adalah dari jenis getah & plastik anti licin dan pisau ini didatangkan dengan sarung jenis keras. Bagi peminat/pengumpul pisau, model ini adalah satu kemestian sebagai koleksi dan pisau ini sangat jarang didapati di pasaran & RARE !!

Harga BIASA: RM 545.00 - SEBILAH
HARGA DISKAUN: RM 464.00 - SEBILAH

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/crkt-pisau-taktikal-hissatsu/

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Lampu suluh BRITE STRIKE
Model: BD-180-HLS
Warna lampu: lampu putih
Material: Aluminium gred NASA
Warna: hitam
Kuasa cahaya: 290 Lumens
Jenis mentol: LED (Cree XREWHT-L1-D01-Q5)
Penggunaan bateri: 1 jam (290 lumens; lampu tinggi), 3.5 jam (170 lumens; lampu rendah)
Bateri: 1 biji 123A Lithium (diberi percuma!)
Panjang: 3.5 inci
Diameter: 1.1 inci
Berat: 96.38 gram
Jenis suluhan: lampu tinggi, rendah dan berkelip
Jarak suluhan: 119 meter !
Jaminan: sepanjang hayat
Pengiktirafan: Mil-spec kelas 2, jenis III
Keluaran: Brite-Strike Technologies Inc, Plymouth, USA

Keterangan: lampu suluh BRITE STRIKE ini adalah ASLI dan merupakan produk terbaik dan berkualiti dari GRED TENTERA. Lampu suluh Brite Strike dibuat khusus untuk kegunaan tentera, Polis dan pihak berkuasa di serata dunia. Ia dibuat menggunakan aluminium gred NASA terbaik dan menepati spesifikasi ketenteraan yang ketat. Permukaan luaran lampu suluh yang bertekstur membolehkan ia dipegang dengan kemas manakala pada bahagian tepi terdapat klip penyangkut. Cahaya lampu yang cukup JAUH & LEBAR membolehkan anda melihat pergerakan / benda di dalam persekitaran gelap dengan jelas. Ia sangat berguna untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk kerja operasi mencari/menyelamat/operasi bersepadu (bomba, polis, JPA, Ambulan, Komando, RELA, Imigresen, Kastam, JPJ, APMM) atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak di hutan belantara yang
gelap dan penuh onak dan duri. Sesuai juga untuk mereka yang bekerja di sektor pengangkutan/perkapalan/bengkel, digunakan ketika kerja pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan. Jika anda tercari-cari lampu suluh yang kecil dengan cahaya terang, Brite-Strike adalah TERBAIK untuk anda !!

AMARAN: Cahaya lampu suluh ini adalah sangat terang & TIDAK boleh dihalakan ke mata manusia, boleh mengakibatkan kerosakan saraf mata !

Harga: RM 618.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin "Cupron OTC" 5.11
Model: 10038
tinggi : 11.5 inci
warna: hitam
material: polyester & serat tembaga
Kuantiti: 3 pasang (1 BUNGKUS)
Buatan: USA

Keterangan: Sarung kaki / stokin 5.11 ini adalah ASLI, dibuat oleh pekerja mahir Amerika dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan stokin yang dibuat untuk pemakaian di pelbagai situasi terutama untuk pemakaian tempoh lama, ia MENYAHKAN kulat T. mentagrophytes yang menjadi penyebab kaki / dalaman kasut berbau busuk. Sarung kaki ini cukup SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang tebal, menyahkan kelembapan, anti kuman, tidak BERBAU walau dipakai dalam jangkamasa PANJANG !!! Stokin ini selesa dipakai sama ada anda memakainya bersama kasut kawad, kasut but, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung. Disyorkan untuk dipakai ketika aktiviti riadah, semasa operasi anggota keselamatan malah ke pejabat. Anda mencari-cari stokin berkualiti buatan USA ?? Teknologi sarung kaki terbaik di akhir zaman !!

Harga: RM 156.00 (sebungkus; 3 PASANG)

nullnullnull
Posted by: jimbit

1) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 1200
Ukuran: 20.7 x 6.6 x 3.4 cm
kadar asah: sederhana
Grit: 1200
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah dari gred TERBAIK dari gred asahan SEDERHANA, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah SEDERHANA dan sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya atau juga sebagai batu pengasah pra-permulaan untuk mengasah mata pisau anda. Anda disyorkan untuk menggunakan batu asah PREMIUM ini dengan kombinasi batu asah pelbagai grit.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 140.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah / whetstone Grit 8000 KING
Ukuran: 21 x 7.3 x 2.2 sentimeter
Kadar asah: TERSANGAT HALUS
Grit: 8000
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Ini adalah antara batu asah keluaran TERBAIK dari KING Jepun. Batu pengasah ini adalah dari gred TERBAIK dan SANGAT HALUS, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah disamping diletakkan sedikit air (dapatkan pandangan pengeluar/pembuat pisau/senjata anda untuk sudut yang disyorkan). Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah, jangan khuatir ia adalah normal. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah sangat halus dan sesuai untuk kerja akhir mata pisau yang telah di asah dengan pengasah grit kasar dan sederhana. Batu asah grit TERHALUS ini sebenarnya disyorkan untuk membuang "calar" kecil pada pisau yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kadangkala. Dapatkan batu asah Jepun KING yang terulung ini tanpa ragu dan bimbang !!

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 5 minit sebelum boleh digunakan !

RM: 476.00
batu-asah-jepun-grit-8000-kingbatu-asah-jepun-grit-8000-kingbatu-asah-jepun-grit-8000-king
Category: 5.11 - stokin
Posted by: jimbit
1) Jenis: sarung kaki/stokin "RECON" 5.11
Model: 10010
saiz: S/M, L/XL
warna: hijau/oren, hitam/kelabu. kelabu/oren
Fabrik: 36% kapas, 36% Polyester, 19% Spandex, 4% Nylon, 5% getah

Keterangan: Sarung kaki / Stokin 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia merupakan stokin jenis pendek paras buku lali, ia sungguh SELESA dan TERBAIK dicipta khusus untuk anda yang mahukan stokin yang tebal, sejuk, tahan lasak. Stokin ini dicipta dengan fungsi 5 zon perlindungan bahagian kaki anda, didatangkan dengan fabrik bahagian bawah yang tebal dan mengekalkan kaki anda kering setiap masa dengan fabrik teknologi khusus dari 5.11. Stokin ini sedap dipakai sama ada anda memakainya bersama kasut nylon/suede, kasut kulit, kasut jogging, kasut mendaki gunung sama ada untuk aktiviti riadah atau di dalam pejabat. Jika anda masih tercari-cari stokin TERBAIK dan SELESA, stokin 5.11 ini perlu disemat di sanubari anda !!

Harga: RM 64.00 - SEPASANG

stokin-rendah-recon-5.11stokin-rendah-recon-5.11stokin-rendah-recon-5.11

Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur GRANTON
model: 57658
panjang: 8.66 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu jati Rosewood
material: besi tahan karat 1.4034
Kekerasan bilah: 54 - 55 Rockwell
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau dapur bersaiz 8 inci dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata. Jenama GRANTON merupakan pencipta bilah jalur atau dipanggil "granton" yang kemudiannya di tiru oleh semua jenama pisau dari serata dunia.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Hulunya diperbuat dari kayu ROSEWOOD iaitu sejenis
kayu keras yang biasanya diguna dalam pembuatan perabot mewah dan pilihan pengeluar alat muzik Ibanez & Gibson
. Pisau dengan hulu kayu ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan nilai klasik.
Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Jenama pisau khas buat mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di seantero dunia. GRANTON merupakan jenama pisau yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini !!

Harga: (HABIS !)


nullnullnullnull
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit

2) Jenis: Batu asah ARKANSAS Lansky
model: LBS6S
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: sederhana
Grit: -
Buatan: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA

Keterangan: Batu asah yang dibuat dari batuan unik "Novaculite" yang hanya terdapat di pergunungan Ouachita di Arkansas & Oklahoma USA ini adalah dari jenama LANSKY. Pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap. Batuan NOVACULITE yang terdiri dari silika telah digunakan ribuan tahun oleh puak Red Indian USA untuk mengasah senjata dan perlombongan batuan ini bermula sejak awal tahun 1800 lagi untuk mendapatkan batuan berharga ini. Batu ini khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pahat, kapak, sabit, parang dan sebagainya dan semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah "lembut / sederhana, merupakan batu pengasah untuk menajamkan mata pisau yang kurang tajam tetapi masih berkeadaan baik.
Pengasah ini didatangkan dengan alas plastik anti licin & istimewanya pengasah ini, ia boleh ditelangkup untuk melindungi permukaan batu asah agar sentiasa terjaga. Anda mencari batu asah RARE & terbaik ? Lansky ini dicipta buat kalian !!

Harga: RM 163.00 - SEBIJI (STOK HABIS !)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
3) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 1000
Ukuran: 20.7 x 6.6 x 3.4 cm
kadar asah: Asas
Grit: 1000
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah grit 1000 ini adalah disyorkan sebagai batu asas mengasah pisau, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Ia sesuai untuk menajamkan pisau yang agak tumpul atau haus mata bilahnya. Anda disyorkan untuk menggunakan batu asah PREMIUM ini dengan kombinasi batu asah pelbagai grit lain.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 15 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 128.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
2) Jenis: Batu asah / WhetStone Grit 6000
Ukuran: 21 x 7.3 x 2.2 cm
kadar asah: pra halus
Grit: 6000
Buatan: MATSUNAGA STONE CO.LTD, Osaka, JEPUN

Keterangan: Batu pengasah ini adalah dari gred TERBAIK gred PRA HALUS, ia adalah ASLI dan dibuat di negara yang terkenal sebagai pengeluar pedang samurai dan batu asah gred premium Jepun. Ia diperbuat dari campuran pelbagai mineral / logam / batuan premium dan khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Semasa mengasah anda perlu condongkan mata pisau sebanyak 15 - 20 darjah serta meletakkan sedikit air pada batu ini. Batu ini akan mengeluarkan debu semasa anda mengasah. Kadar asahan untuk pengasah ini adalah permulaan halus, TERBAIK sebagai batu pengasah untuk melicinkan dan "mengilatkan" mata pisau anda pada PERINGKAT AKHIR kerja mengasah. Jika anda masih tercari-cari batu asah PREMIUM terbaik untuk senjata/pisau anda, batu asah ini adalah alatan wajib untuk dimiliki.

NOTA: Batu asah ini perlu direndam di dalam air selama 5 minit sebelum boleh digunakan !

Harga: RM 213.00
batu asah jepun pra halus grit 6000batu asah jepun pra halus grit 6000batu asah jepun pra halus grit 6000
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
2) Jenis: Pengasah pisau tarik Lansky
model: LNLSTCN
Ukuran: 16 x 6.8 cm
Sudut asah: 22.5 darjah
Mata pengasah: tungsten karbida
keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
buatan: china

Keterangan: Pengasah pisau ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap.
Pengasah ini ringkas dan mudah dibawa, sesuai untuk mengasah pisau bersaiz kecil / pisau dapur / pisau lapah / pisau sembelihan. Pengasah jenis ini TERBAIK untuk mereka yang tidak yakin / takut menggunakan pengasah jenis batang. Pengasah jenis ini mempunyai pelindung khas pada tangan untuk mengelakkan kecederaan pada jari / tangan anda semasa mengendalikannya.

Harga: RM 70.00 - SEUNIT (STOK HABIS)

nullnullnullnull
Category: Batu pengasah USA
Posted by: jimbit
1) Jenis: Batu asah BERLIAN Lansky
model: LDB6F
Ukuran: 15 x 5 cm
kadar asah: halus
Grit: 600
keluaran: Arthur Lansky LeVine & Associates Inc., New York, USA
buatan: china

Keterangan: Batu asah yang disalut dengan debu berlian ini adalah dari jenama LANSKY, pengeluar batu asah terkenal di USA, perusahaan ini bermula sejak tahun 1979 & diasaskan oleh Arthur Lansky Levine yang merupakan pelajar perubatan pada ketika itu. Ia bermula ketika beliau tidak berpuas hati dengan ketajaman alat bedah yang tumpul pada ketika itu lalu membolehkan beliau mendapat idea untuk mencipta pengasah yang mesra pengguna disamping mendapatkan ketajaman yang cukup mantap. Permukaan batu asah ini disalut dengan serbuk berlian terbaik (berlian merupakan unsur mineral yang sangat keras, ia dapat mengasah dengan kadar segera dan cepat), anda cuma sekadar menggesel pisau pada pengasah ini beberapa kali sahaja tanpa perlu lenguh bahu dan tangan mengasah. Batu asah berlian ini adalah dari grit halus & DISYORKAN untuk kerja akhir mengasah pisau & mendapatkan ketajaman mata lebih halus. Ia sesuai digunakan untuk menajamkan pisau yang diperbuat dari seramik, karbon, titanium dan besi. Ia boleh diguna untuk mengasah sebarang jenis pisau/pahat/parang/sabit/benet dan sebagainya. Pengasah ini didatangkan dengan alas plastik anti licin & istimewanya pengasah ini, ia boleh ditelangkup untuk melindungi permukaan batu asah agar sentiasa terjaga. Anda mencari batu asah berlian yang RARE & terbaik ? Lansky ini dicipta buat kalian !!

Harga: RM 205.00 - sebiji (STOK HABIS)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau klasik tembaga F.HERDER
model: 4519-17,00
panjang: 17 cm atau 6.69 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Beech (sejenis kayu ketumpatan tinggi) dikelilingi TEMBAGA
material: besi KARBON ConstantSteel - oleh ThyssenKrupp

Kekerasan: 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau siri klasik yang istimewa ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi. Bilahnya diperbuat dari besi khas TERBAIK dipanggil "ConstantSteel", dihasilkan oleh ThyssenKrupp, konglomerat besi terkemuka Jerman. Pada sebahagian hulu / "temin" disarungkan TEMBAGA yang berkilauan !!
Dikeluarkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau". Bandar Solingen terkenal berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Perusahaannya bermula semenjak tahun 1623, telah diperkenalkan serta menembusi pasaran Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan KETAJAMAN besi terbaik Solingen, JERMAN. Ia berguna untuk menghiris/memotong/menyiang ketulan daging/hasil laut/makanan malah cukup tajam untuk tugas menyembelih haiwan kecil. Pisau ini cukup berat & "solid" pabila dipegang, pisau yang RARE dan sangat jarang didapati di pasaran rantau ini. F.HERDER simbol keunggulan Solingen !!

Harga: (TIADA STOK !)


nullnullnullnull
Posted by: jimbit
Sesi temuramah ringkas bersama Encik Solleh, merupakan peminat pelbagai jenama pisau. Beliau berkongsi kisah berkenaan hobi ini.

Saksikan di:
https://www.youtube.com/watch?v=ya3gzgCoO2I

null
Category: 5.11 - baju
Posted by: jimbit
1) Jenis: baju taktikal celoreng digital 5.11 (woodland)
model: 72002
saiz: S, M, L, XL (saiz USA)
warna: Celoreng digital / Woodland Cam
material fabrik: 65% polyester/35% kapas 6.14 oz. ripstop
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: vietnam

Keterangan: Baju kemeja taktikal celoreng jenis digital 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama ini dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik kemeja celoreng TDU ini adalah tebal dan cukup tahan lasak. Ia mempunyai 2 poket pada bahagian hadapan baju, dengan pelekat jenis velcro, jahitan tepi pada bahagian kritikal baju dibuat 3 kali agar ia tahan dari tetas dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah.
Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi oleh anggota keselamatan dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk aktiviti luar. Sesuai juga untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar mendaki gunung / berkhemah / sukan paint ball / peminat barangan taktikal.

Harga: RM 207.00

nullnullnullnull


1) Jenis: Baju SMU taktikal 5.11
model: 40124
saiz: S, M, L, XL (slim fit)
warna: kelabu & hitam
material fabrik: Polyester 100 %
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: china

Keterangan: Baju tshirt berleher bulat ini adalah ASLI yang dikeluarkan oleh 5.11 iaitu pengeluar produk taktikal terkenal dari USA. Potongan baju adalah jenis sendat / slim fit & fabriknya diperbuat dari polyester sepenuhnya. Ia cukup ringan, tidak mudah koyak dan tidak berkedut dan keistimewaan fabrik ini, ia menyahkan kelembapan malah cepat kering. Baju ini mempunyai logo tulisan 5.11 pada bahagian hadapan sebelah kiri. Pada bahagian hadapan dan belakang terdapat jaluran fabrik berwarna kelabu cerah melengkung di jahit bersama agar tampak unik & "stylo" agar menjadi igauan umat di luar sana !
Ia boleh dipakai semasa bekerja, bersantai, bersenam, melakukan aktiviti luar. Ini merupakan baju RARE yang jarang ada di pasaran Malaysia dan merupakan stok yang tidak lagi dikeluarkan. Sangat disyorkan untuk peminat produk 5.11, ayuh segera kalian, STOK TERHAD !!

Harga ISTIMEWA: RM 105.00 - SEHELAI

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
Ulasan tentang pisau lagenda empayar British GRANTON dari kota pisau Sheffield, England. Jenama lama yang telah bertapak sejak tahun 1601 !

Sila layari:
https://www.youtube.com/watch?v=kthwiG-aiKg

null
Posted by: jimbit
1) Jenis: Gunting kertas Victorinox
model: 8.0973.23
material: Besi tahan karat
material pemegang: plastik Polypropylene
Panjang keseluruhan: 23 sentimeter
Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Jerman

Keterangan: Gunting kertas ini adalah keluaran ASLI dari VICTORINOX AG Switzerland, bersaiz 23cm dan dibuat menggunakan besi terbaik di JERMAN. Ia cukup TAJAM untuk kegunaan di rumah, sekolah, kolej, pejabat, premis kedai. Kualiti dan ketajamannya sungguh mengagumkan, jauh mengatasi gunting murahan di luar sana !! TERBAIK untuk menggunting kertas, kotak, tali, benang, pita pelekat malah apa sahaja yang berkaitan. Jika anda masih tercari-cari gunting kertas TERBAIK dengan kualiti PREMIUM, gunting ini perlu untuk anda terutama surirumah, pelajar, tukang jahit, pereka fesyen, pekerja pejabat malah peminat koleksi gunting PREMIUM. Ayuh miliki ia hari ini !

Harga: RM 77.00 - SEBILAH

nullnullnullnull


1) Jenis: Gunting serbaguna Victorinox
model: 8.0908.21
material: Besi tahan karat
material pemegang: plastik Polypropylene
Panjang keseluruhan: 21 sentimeter
Kekerasan mata: Rockwell 55
Warna pemegang: Hitam
Buatan: Jerman

Keterangan: Gunting ini adalah keluaran ASLI dari VICTORINOX AG Switzerland dan dibuat menggunakan besi terbaik di JERMAN. Ia sangat TAJAM untuk kegunaan di rumah, sekolah, kolej, pejabat, premis kedai. Kualiti dan ketajamannya cukup menakjubkan, jauh mengatasi gunting murahan di luar sana !! TERBAIK untuk menggunting kertas, kain, kotak, tali, benang, pita pelekat malah apa sahaja yang berkaitan. Jika anda masih tercari-cari gunting serbaguna TERBAIK dengan kualiti PREMIUM, gunting ini perlu untuk anda terutama surirumah, pelajar, tukang jahit, pekerja pejabat malah peminat koleksi gunting PREMIUM. Dapatkan ia sekarang !

Harga: RM 95.00 - SEUNIT

nullnullnull
gunting serbaguna Victorinox
Posted by: jimbit
1) Jenis: Mentol lampu H3 HELLA
Model: 8GH002090-153
Kuasa mentol: 100 WATT
Warna lampu: Putih kekuningan (biasa)

Material: Kaca "quartz" kualiti tinggi
Voltan: 12V
Jenis soket: H3
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

Keterangan: Mentol ini adalah ASLI dikeluarkan oleh HELLA yang merupakan pengeluar peralatan automotif terkemuka Jerman. Mentol ini adalah untuk lampu kabus / lampu sorot / fog lamp kenderaan anda atau mana-mana lampu yang menggunakan mentol jenis H3. Mentol HELLA adalah lebih terang, lebih berkualiti dan tahan lama berbanding mentol biasa / murahan di pasaran. Pemasangan mentol ini boleh dilakukan oleh memana kedai aksesori kenderaan bertauliah / berpengalaman. Dibuat khusus buat mereka yang tercari-cari mentol lampu kenderaan berkualiti tinggi !

Harga: RM 14.00 - sebiji


mentol lampu H3 Hellanullmentol lampu H3 Hellamentol lampu H3 Hella
Posted by: jimbit
1) Jenis: mentol lampu depan KUASA TINGGI HELLA
Kuasa mentol: 100/90W (anda perlu memasang harness relay !)
Jenis soket: H4

Material: Besi dan kaca
Voltan kuasa: 12V
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

kegunaan: Mentol ini adalah ASLI, ia untuk lampu hadapan kenderaan anda. Ia lebih terang berbanding mentol asal keluaran kenderaan anda. Kenderaan yang ingin dipasang mentol jenis ini WAJIB dipasang dengan harness relay supaya kuasanya stabil dan mengelakkan kabel asal lampu menjadi panas dan rosak. Pemasangan mentol ini boleh dilakukan oleh memana kedai aksesori kenderaan bertauliah/berpengalaman. HELLA merupakan antara pengeluar alat ganti kenderaan terbaik sejak zaman berzaman !

Harga: RM 17.00 - SEBIJI

Untuk kenderaan: Trak, Kereta (Proton, Toyota, Perodua, Honda, Mercedes, BMW, Volkswagen, Mitsubishi, Nissan, Volvo - sila rujuk buku panduan kenderaan anda untuk jenis mentol yang sesuai)

PERINGATAN: Pemasangan mentol ini untuk kenderaan anda WAJIB dipasang bersama "wire harness" yang boleh menampung kuasa 100Watt dan ke atas !

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Fius / Fuse kenderaan HELLA
Model: 8JS711689-002
Material: Plastik dan besi
Warna: putih
Voltan: 12 Volt
Ampere: 25A
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co., JERMAN


Keterangan: Ini adalah fius TERBAIK keluaran HELLA, merupakan produk terbaik dan berkualiti HELLA yang merupakan pengeluar produk automotif terkemuka dari JERMAN lebih 100 tahun lampau. Fius merupakan antara komponen penting untuk mengawal/menstabilkan arus elektrik di mana-mana bahagian pada kenderaan anda. Ia juga membolehkan komponen kenderaan anda berfungsi dengan baik. Fius ini biasanya diletakkan di dalam kotak fius di bahagian dalam kenderaan anda. Fius ini adalah TERBAIK dan BERKUALITI berbanding fius biasa di pasaran. Khusus buat mereka yang tercari-cari fius berkualiti...

Untuk kenderaan: Kereta, motor, lori dan pelbagai kenderaan yang menggunakan fius 25A

Harga: RM 3.00 - sebiji

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
3) Jenis: cecair penyejuk radiator / coolant
Warna cecair: Biru
model: 01089
Kandungan: 1.5 liter
Kegunaan: untuk semua jenis radiator kenderaan
Buatan: Ferdinand Bilstein GmbH + Co. KG, JERMAN

Keterangan: Febi BILSTEIN merupakan pengeluar komponen PREMIUM kenderaan OEM terutama untuk Audi, Mercedes Benz, BMW, Volkswagen dan sebagainya. Ia ditubuhkan pada tahun 1844 di Jerman, mengeluarkan lebih 30 ribu jenis komponen OEM kenderaan biasa dan kenderaan komersial. Cecair penyejuk ini perlu dicampurkan dengan air suling seeloknya dengan nisbah yang betul. Cecair penyejuk ini berguna untuk:

- melindungi radiator kenderaan anda dari unsur karat
- mengelakkan sistem penyejukan kenderaan mengalami pemanasan terlampau yang boleh menyebabkan isu "overheating".
- mengelakkan air dalam radiator / sistem penyejuk membeku ketika musim dingin.


Jika anda tercari-cari cecair penyejuk radiator kenderaan terbaik, Febi BILSTEIN sangat disyorkan untuk kenderaan anda !!

Harga: RM 57.00 - SEBOTOL

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: lampu kabus Classic 105 HELLA
Model: 1FO001430-051
Material: Kaca dan besi
Warna: Krom
Jenis mentol: H3
Kuasa mentol: 55W
Voltan mentol: 12V
Ukuran: 13.2 x 12.6 sentimeter
Buatan: JERMAN


Keterangan: Lampu kabus berwarna krom berkilau ini adalah ASLI dan merupakan produk TERBAIK dan berkualiti buatan HELLA Jerman. Ia merupakan model keluaran lama tahun 1990an yang tidak lagi dikeluarkan. Lampu model ini menjadi pilihan pemilik kereta MINI Cooper & MINI Countryman di serata dunia kerana saiznya yang kecil tetapi nampak stylo dan begitu menyerlah. Sesuai untuk anda yang kerap memandu di jalan berkabus/jalan gelap/jalan di hutan atau untuk kenderaan komersial. Ia cukup terang berbanding lampu kabus biasa / jenama lain. Ia boleh dipasang pada "bumper" depan atau pada bahagian atas bumbung atau di mana yang anda inginkan. Dapatkan produk RARE & TERBAIK dengan kualiti Jerman dari HELLA hari ini !!

NOTA: Harga ialah untuk sepasang (2 biji). Lampu ini WAJIB dipasang bersama RELAY (dijual berasingan !).

Untuk kenderaan: Motorsikal, Kereta, Trak, Bas, Lori, Trailer

Harga: RM 410.00 (Sepasang; 2 unit)

nullnullnullnull



3) Jenis: lampu kabus HELLA FF75
Model: 1FA008284011
Material: Kaca dan plastik
Warna: Kombinasi hitam dan putih jernih
Jenis mentol: H7
Kuasa mentol: 55 Watt

Voltan mentol: 12 Volt
Ukuran: 15.6 x 9.8 x 5.4 cm
Jarak suluhan: sehingga 270 Meter !
Pengiktirafan: SAE / ECE
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co., JERMAN

Keterangan: lampu kabus/lampu sorot ini adalah ASLI, merupakan produk terbaik dan berkualiti HELLA yang merupakan pengeluar produk automotif terkemuka dari JERMAN lebih 100 tahun lampau. Model HELLA ini merupakan produk yang memenangi anugerah Industri AIA, ia terbaik dan berkualiti. Sesuai untuk anda yang kerap memandu di jalan berkabus/jalan gelap/jalan di hutan atau untuk kenderaan komersial. Reflector lampu ini diperbuat dari bahan MAGNESIUM yang menghasilkan cahaya lebih terang berbanding lampu kabus biasa/jenama lain disamping ia tahan pada haba panas melampau dari cahaya mentol. Ia boleh dipasang pada bumper hadapan atau pada bahagian atas bumbung atau di mana yang anda mahukan. Model yang DISYORKAN buat mereka yang tercari-cari lampu kabus bentuk yang kecil tetapi cahaya yang terang !

Untuk kenderaan: motorsikal, kereta, trak, lori, traktor, jentolak, trailer

RM 337.00 (sepasang; 2 unit)

nullnullnullnull


1) Jenis: lampu kabus/spotlight HELLA Comet 450
Model: 1FB005.860-263
Material: Kaca dan plastik ABS
Warna lampu: KUNING
Kuasa mentol: 55 Watt
Voltan mentol: 12 Volt
Ukuran: 16.1 X 9 sentimeter
Jarak suluhan: sehingga 280 meter !
Pengiktirafan: SAE / ECE
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

Keterangan: lampu kabus/lampu sorot berwarna KUNING ini adalah ASLI, merupakan produk terbaik dan berkualiti HELLA yang merupakan pengeluar produk automotif terkemuka dari JERMAN lebih 100 tahun lampau. Sesuai untuk anda yang kerap memandu di jalan berkabus/ketika hujan lebat/jalan gelap/jalan di hutan atau untuk kenderaan komersial. Ia membantu lampu utama kenderaan di kala penglihatan hadapan kabur & cukup terang berbanding lampu kabus biasa / jenama lain. Ia boleh dipasang pada bumper depan atau pada bahagian atas bumbung atau di mana yang anda inginkan.

Untuk kenderaan: Kereta, Trak, Lori, Traktor, jentolak, keretapi, Bot

Harga: RM 245.00 (sepasang; 2 unit)

20181122-lampu-kabus-spotlight-comet450-hella1.jpg20181122-kereta-spotlight4.jpg20181122-lampu-kabus-spotlight-comet450-hella2.jpg20181122-lampu-kabus-spotlight-comet450-hella3.jpg


8) Jenis: Penutup lampu kabus HELLA
Model: 32801300
Material: plastik ABS
Warna: putih
Buatan: HELLA KGaA Hueck & Co.

Keterangan: Penutup lampu kabus / spotlight ini adalah ASLI, merupakan produk berkualiti HELLA yang merupakan pengeluar produk automotif terkemuka dari JERMAN lebih 100 tahun lampau. Ia dibuat khusus untuk lampu kabus HELLA Comet 500 / 500FF atau lampu bersaiz diameter 16.3 cm dari sebarang jenama. Penutup dengan logo Hella besar dihadapan ini berfungsi untuk melindungi kaca lampu dari terkena batu atau apa-apa objek. Buat mereka yang kehilangan penutup lampu kabus keluaran asal Hella, disyorkan memilikinya jua.

HARGA: RM 35.00 - SEUNIT

nullnullnullnull
Category: Pisau CUKUR Jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pencukur 2 mata Feather
model: 1000-1
berat: 70 gram
material: plastik polimer, besi tahan karat
panjang pemegang: 3.5 inci
Kuantiti mata pencukur: 2 keping (diberi percuma !)
Buatan: FEATHER Safety Razor Co., Ltd, Seki City, JEPUN


Keterangan: Ini ialah pencukur ASLI yang dikeluarkan oleh perusahaan FEATHER Safety Razor Co., Ltd yang berpusat di Seki City, diasaskan oleh Toshio Kosaka pada tahun 1932. Merupakan antara pengeluar alat pencukur tertua di Jepun, produk mereka dibuat di wilayah pergunungan Seki, sebuah kota yang terkenal dalam pengeluaran pedang samurai terbaik dan dipanggil "Kota Pisau" Jepun. Jenama FEATHER terkenal dalam pengeluaran mata pisau cukur serta alat pencukur "2 mata" TERBAIK Jepun yang diakui ketahanan dan ketajamannya sejak 80 tahun lampau. Pencukur ini TERBAIK digunakan bersama gel sabun cukur untuk mencukur misai, janggut dan pada bahagian lain jua. Cukuran dengan alat ini lebih rapi dan kemas berbanding pencukur biasa di pasaran dan menjadi buruan peminat pisau cukur klasik. Pencukur ini jarang didapati di pasaran dan cukup RARE dan sangat disyorkan untuk peminat sebagai koleksi atau buat mereka yang telah bosan dengan pencukur biasa yang kurang berkesan, miliki ia hari ini atau menyesal tak berkesudahan !!

Harga: RM 110.00 - SEUNIT (STOK HABIS !)

nullnullnullnull
Posted by: jimbit

1) Jenis: topi "Fitz Roy Crest" PATAGONIA
model: 38055
saiz: -
warna: kombinasi warna biru gelap, putih & merah
material fabrik: kapas organik 7.5 oz. & polyester
Keluaran: Patagonia, Inc. California, USA

Buatan: china

Keterangan: Topi ini adalah dari jenama PATAGONIA, ia adalah ASLI, keluaran Patagonia, Inc., Ventura. Pengeluar pakaian & peralatan aktiviti luar terkenal USA yang diasaskan oleh Yvon Chouinard pada 1973, yang juga seorang yang aktif dengan aktiviti mendaki gunung ketika zaman remaja beliau. Logo rasmi PATAGONIA diinspirasikan dari pergunungan Fitz Roy di Patagonia, Amerika Selatan. Patagonia Inc. merupakan antara konglomerat yang banyak menyumbang kepada program pemuliharaan alam sekitar sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Topi ini adalah dari potongan "Low Crown", grafik pada bahagian hadapannya mendapat sentuhan Neil Hubert (pereka grafik komersial di Los Angeles). Logo pada topi disulam kemas dengan tertulis "PATAGONIA ventura ca", kombinasi warna pada topi dan logo ini cukup menyerlahkan gaya buat si pemakai. Sebahagian fabrik topi ini menggunakan fabrik kapas organik Texas jenis 7.5 oz. yang tahan lasak dan TERBAIK kualitinya manakala pada belakang topi diperbuat dari fabrik polyester jenis berjaring jadi membolehkan pengaliran udara segar dari luar/dalam. Warna pada topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur asalkan dijaga dengan rapi, ia adalah barangan wajib untuk mereka yang meminati jenama PATAGONIA, dapatkan ia sebagai koleksi peribadi anda !!

Harga: RM 223.00

nullnullnullnull
Category: 5.11 - topi
Posted by: jimbit
2) Jenis: topi "flag bearer" 5.11
model: 89406
saiz: -
warna: hijau, hitam, kelabu, biru gelap, coklat
material fabrik: fabrik kapas 100%
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: China

Keterangan: Topi 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan produk keluaran 5.11 USA. Diperbuat dari fabrik terbaik kapas 100% untuk kegunaan harian anda sama ada ketika memandu, bekerja, beriadah, bersantai dalam pelbagai cuaca, dapat melindungi kepala anda dari panas / embun. Pada bahagian hadapan topi ini dijahit "velcro" agar anda dapat menampal sebarang jenis lencana disamping ia mempunyai logo kecil 5.11 pada bahagian sisinya. Topi ini kelihatan ringkas tetapi tampak bergaya dengan imej biasa. Warna fabrik topi ini tidak mudah pudar / tidak luntur, merupakan aksesori khusus untuk mereka yang meminati jenama 5.11 dan produk taktikal, tunggu apa lagi ???

Harga: RM 150.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/2-jenis-topi-flag-bearer-5-11/

nullnullnullnull


2) Jenis: topi celoreng "Kryptek" 5.11
model: 89075
saiz: -
warna: celoreng "kryptek" gelap
material fabrik: kanvas Kryptek 100%
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: China

Keterangan: Topi 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan produk keluaran 5.11 USA. Ia diperbuat dari fabrik terbaik kanvas Kryptek 100%. Corak celoreng moden yang dipanggil "KRYPTEK" terbaik untuk tugas penyamaran di kota dan desa juga di rimba raya. Pada bahagian hadapan topi ini dijahit "velcro" agar anda dapat menampal sebarang jenis lencana disamping ia mempunyai logo kecil 5.11 pada bahagian sisinya. Topi ini TERBAIK untuk dipakai harian sama ada ketika memandu, bekerja, beriadah, bersantai dalam pelbagai cuaca, dapat melindungi kepala anda dari panas / embun.

Harga: RM 129.00

nullnullnull
Category: 5.11 - lampu suluh
Posted by: jimbit
1) Jenis: lampu suluh TPT EDC 5.11
Model: 53243
Warna lampu: lampu putih
Material: Polimer ABS
Warna: hitam
Kuasa lampu: 91 Lumens
Jenis mentol: LED (Cree XP-G3)
Penggunaan bateri: 4.75 jam (jika dinyalakan berterusan)
Bateri: 2 biji AAA (diberi PERCUMA !)

Panjang: 8cm
Diameter: 1.5cm
Jenis suluhan: Jarak sederhana
Jarak suluhan: 41 meter !
pengiktirafan: menepati piawaian IPX-4
Berat: 53.01 gram

Keterangan: lampu suluh taktikal TPT EDC 5.11 ini adalah ASLI, keluaran pengeluar barangan taktikal terkenal di USA, dikhususkan untuk anggota keselamatan / penguatkuasa (Polis, tentera dan seangkatannya). Keseluruhan binaan lampu suluh bahagian luar diperbuat menggunakan polimer ABS yang tahan lasak dan ringan & binaan dalaman dari aluminium terbaik. Lampu suluh ini bersaiz kecil agar boleh digantung pada kunci / beg agar menjadi teman anda di kala suka dan duka & menerangi pabila persekitaran anda menjadi kelam & gelap gelita. Ia TERBAIK untuk mereka yang bekerja di sektor perikanan/pengangkutan/perkapalan/bengkel dan juga buat anggota keselamatan, digunakan ketika tugasan operasi rutin, pemunggahan kargo di persekitaran berkabus/gelap/hutan belantara/bangunan.
Bagi mereka yang tercari-cari model lampu suluh kecil, serbaguna dan mudah dibawa, model lampu suluh ini perlu menjadi teman hidup anda !!

Harga: RM 166.00 - SEUNIT

nullnullnull
null
1) Jenis: Alat serbaguna "Karl Elsener" VICTORINOX Swiss Army
model: 1.1918.J18
Panjang keseluruhan: 9.1 sentimeter
Berat: 130 gram
Material: Besi tahan karat dan plastik ABS
Warna: putih
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Bilangan alatan: 15 jenis


Keterangan: Sebagai memperingati & menghargai jasa pengasas asal Victorinox iaitu Karl Elsener (1860 - 1918) , Victorinox AG Switzerland berbesar hati mengeluarkan EDISI TERHAD yang cuma dikeluarkan sebanyak 8000 unit SAHAJA untuk pasaran seluruh dunia. Setiap versi ini mempunyai nombor keluaran unik padanya dan didatangkan dengan kotak khas ekslusif bersama kad ucapan aluan dari Victorinox. Set ini didatangkan juga dengan syiling perak 20 Franc Swiss Army ! yang dikeluarkan oleh Swissmint (sebuah agensi kerajaan Switzerland). Corak pada luaran alatan & syiling ini mendapat sentuhan dari Nadja Baltensweiler, seorang pereka grafik seni visual saintifik terkenal dari Switzerland.
Edisi alat serbaguna ini hanya dikeluarkan sekali seumur hidup dan dibuat khusus buat pencinta jenama Victorinox Swiss Army yang mahu menjadikan sebagai koleksi atau hadiah buat yang tersayang. Ini merupakan versi RARE yang jarang ada di pasaran rantau ini dan perlu menjadi aset anda sehingga ke akhir nafas !

Ia mempunyai 15 jenis alatan serbaguna:
1. Pisau besar
2. Pisau kecil
3. pembuka gabus botol
4. pembuka tin
5. pemutar skru
6. pembuka tutup botol
7. pemutar skru 2
8. pengoyak wayar
9. pengetuk
10. penggantung kunci
11. penyepit
12. pencungkil gigi
13. gunting
14. penyangkuk
15. gergaji kayu

Harga: RM 650.00 *

nullnull
nullnull


1) Jenis: minyak pelincir alatan Victorinox Swiss Army
model: 4.3301
Pengiktirafan: NSF H1 (gred makanan)
Kandungan: 5 mililiter
Buatan: Switzerland

Keterangan: Ini adalah minyak pelincir yang dibuat khas untuk alatan serbaguna Victorinox Swiss Army, Wenger atau sebarang jenama, sama ada pisau lipat, playar serbaguna dan sebagainya. Ia berfungsi untuk melancarkan fungsi mekanikal pada alatan dan melindungi dari unsur karat. Jika alatan anda agak ketat / susah untuk di buka / tidak berfungsi dengan lancar, minyak ini adalah TERBAIK untuknya. Alatan serbaguna anda perlu sentiasa di letak minyak ini secara berkala jika anda kerap menggunakan alatan tersebut. Jangan khuatir, minyak ini menepati spesifikasi NSF H1 di mana ia adalah minyak gred makanan. Dapatkan segera, anda mungkin memerlukannya kelak.

Harga: RM 27.00 - SEBOTOL

minyak pelincir anti karat victorinoxminyak pelincir anti karat victorinoxminyak pelincir anti karat victorinox
Posted by: jimbit
1) Tajuk: The Swiss Army Knife Book - outdoor projects
Penerbit: Frances Lincoln Ltd dengan kerjasama Victorinox AG
Bilangan mukasurat: 208 halaman
Ukuran buku: 25.1 x 20 x 2.2 cm
Tahun terbitan: 2016

Penulis: Felix Immler
Jenis kulit: Kulit keras
Pencetak: -
Bahasa: Inggeris
ISBN: 978-0-7112-3889-3
Negara cetakan: china

Keterangan: Ini merupakan buku yang WAJIB dimiliki oleh peminat dan pengumpul pisau/alatan VICTORINOX dan Swiss Army dan khususnya kepada peminat pisau/parang/senjata. Ia diterbitkan oleh Frances Lincoln Ltd, London dengan kerjasama Victorinox AG, Switzerland sebagai menghargai kesetiaan peminat Swiss Army. Buku ini menceritakan tentang pelbagai alatan yang boleh dihasilkan untuk ikhtiar hidup ketika di dalam hutan (menggunakan kayu, batu, ranting, daun, rumput) dengan bantuan menggunakan pisau Victorinox Swiss Army. Antara alatan dari hasil alam semulajadi & terbuang yang boleh dihasilkan seperti penyidai, bangku, tangga, rak, meja, alas bangku, pembakar, penyapu, penyangkut baju dan pelbagai lagi. Kandungan buku ini juga menceritakan tatacara yang betul menggunakan pisau/alatan Victorinox serta panduan asas berkhemah di hutan. Buku ini dicetak atas kertas berkualiti tinggi dengan gambar berwarna penuh. Untuk peminat pisau VICTORINOX, buku ini merupakan naskah yang perlu ada di rak buku rumah/pejabat/kedai anda, dapatkan segera sekarang kerana ia tidak dijual di memana kedai buku di rantau ini !! Buku ini sangat disyorkan untuk peminat barang RARE dan juga koleksi.

Harga: RM 380.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/the-swiss-army-knife-book-outdoor-projects/

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: lencana "Purpose Built" 5.11
model: 81077
warna: kombinasi merah & putih
material fabrik: polyster
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patches ini yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Lencana dengan sulaman cogankata "PURPOSE BUILT" 5.11 Est. 03 adalah sebagai hiasan, gaya personaliti terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Ia mempunyai pelekat jenis velcro pada bahagian belakangnya, memudahkan untuk ditampal / dicabut. Lencana yang tampak stylo buat peminat produk taktikal yang RARE, dapatkan ia hari ini juga wahai peminat sekalian !

Harga: RM 48.00 - sekeping

nullnullnull



1) Jenis: lencana bendera USA 5.11
model: 81024
warna: kombinasi merah, biru, putih, hitam
material fabrik: plastik pvc
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patches ini yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Lencana dengan logo bendera USA bersama cogankata "ALWAYS BE READY" dan 5.11 adalah sebagai hiasan, gaya personaliti terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Didatangkan dengan pelekat velcro pada bahagian belakangnya, jadi ia mudah ditampal / dicabut. Lencana yang tampak stylo buat peminat produk taktikal yang "RARE", dapatkan ia sebelum kehabisan !

Harga: RM 75.00

nullnullnull


2) Jenis: lencana "California Republic" 5.11
model: 81071
warna: coklat & kelabu
material fabrik: -
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patches ini yang dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Lencana dengan logo beruang dengan tulisan California Republic adalah sebagai hiasan, gaya personaliti terkini untuk ditampal / dijahit pada beg, jaket, topi dan barangan 5.11 atau di mana yang anda rasa menarik. Didatangkan dengan pelekat velcro pada bahagian belakangnya, jadi ia mudah ditampal / dicabut. Lencana yang tampak stylo buat peminat produk taktikal yang RARE, dapatkan ia sebelum kehabisan !

Harga: RM 48.00 - SEKEPING

nullnullnull

2) Jenis: lencana unit anjing K9 5.11
model: 81211
warna: kombinasi merah, coklat dan putih
material fabrik: -
Negara ASAL pengeluar: USA

Keterangan: Lencana / patch unit anjing K9 Polis dengan berlatarbelakang daun Maple ini dikeluarkan oleh pengeluar barangan taktikal 5.11, ia adalah ASLI. Sebagaimana diketahui, unit K-9 di pasukan Polis/pihak berkuasa menggunakan khidmat anjing pengesan untuk tugas mengesan/mencegah jenayah. Lencana ini boleh ditampal / dijahit pada apa saja produk 5.11 atau di mana sahaja yang anda mahukan dan didatangkan dengan pelekat velcro pada bahagian belakangnya. Lencana dengan motif unit K9 ini khusus buat pengumpul lencana taktikal RARE.

Harga: RM 48.00 - sekeping

lencana patch k9 polislencana patch k9 polislencana patch k9 polis
Category: 5.11 - Seluar
Posted by: jimbit
1) Jenis: Seluar kargo TDU Taclite 5.11
model: 74280
saiz USA: XS (pinggang 24-26), S (pinggang 28-30), M (pinggang 32-34), XL (pinggang 40-42)
warna: hitam, biru gelap, hijau TDU
material fabrik: 6.14 oz Taclite poly/kapas ripstop

Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Vietnam

Keterangan: Seluar TDU Taclite 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan sebagai pakaian seragam kepada anggota FBI (agensi risikan USA), Unit Penguatkuasa dan Polis Amerika dan di serata dunia. Fabrik Seluar TDU Taclite ini adalah cukup tebal (6.14 oz ripstop) dan sangat tahan lasak. Ia mempunyai ruang pada poket yang luas, 2 lapisan fabrik pada bahagian lutut dan punggung, jahitan pada bahagian seluar sebanyak 3 kali agar kukuh dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai semasa tugas rutin dan operasi dan TERBAIK dijadikan pakaian seragam oleh anggota keselamatan (polis, tentera, JPJ) dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti lasak. Disyorkan untuk mereka yang terlibat dengan aktiviti luar; pendaki gunung/berkhemah/pemuzik, penunggang motorsikal, pengembara, peluncur skateboard, mekanik, pemandu kenderaan berat. Buat mereka yang tercari-cari seluar kargo dari fabrik TERBAIK keluaran dari jenama taktikal disegani dunia 5.11 ----- sematkan ia di hati sanubarimu selamanya !!

Harga: RM 217.00 - RM 352.00 sehelai (bergantung pada saiz & warna)

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-seluar-kargo-tdu-taclite-5-11/

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull


2) Jenis: Seluar taktikal "Jean Cut" 5.11
model: 74385
saiz: 28 - 44 (saiz USA)
warna: coklat cerah, kelabu gelap, biru gelap, hijau

material fabrik: 65% polyester & 35% kapas ripstop
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: Kemboja

Keterangan: Seluar taktikal jenis ini adalah ASLI dari 5.11 dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama ini dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Seluar model ini mempunyai potongan ala seluar jeans denim tetapi fabriknya masih mengekalkan ciri taktikal; ringan dan tahan lasak. Zip seluar menggunakan jenama YKK manakala butang jenis tekan pada seluar cukup berkualiti.
Didatangkan dengan 2 lapisan fabrik pada bahagian lutut untuk perlindungan tambahan, jahitan pada bahagian kritikal seluar dibuat 3 kali agar cukup tahan dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai ketika tugas penyamaran, operasi taktikal dan cukup selesa & bergaya sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemburu, pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar lain.

Harga ISTIMEWA: RM 159.00 - SEHELAI

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull


1) Jenis: Seluar pendek kargo Taclite PRO 5.11
model: 73287
saiz: 28, 30, 38 (saiz USA)
warna: coklat gelap, coklat cerah, hitam, biru gelap, hijau TDU
material fabrik: 65% polyester & 35% kapas ripstop
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: cambodia / china

Keterangan: Seluar pendek jenis kargo Taclite PRO 5.11 ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Ia dibekalkan kepada tentera US, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik seluar pendek Taclite PRO ini adalah ringan dan tahan lasak dengan fabrik 6.14 oz. Poket belakang seluar ini adalah unik, ia dibuat dengan melintang dan seolah-olah dipotong, lengkap dengan pelekat velcro. Kelainan seluar ini, bahagian sisi seluar didatangkan dengan sejenis tali yang dijahit bersama seluar, untuk kegunaan menggantung kunci / pas / apa sahaja. Ia mempunyai 8 poket, 2 lapisan fabrik pada bahagian punggung, jahitan pada bahagian kritikal seluar sebanyak 3 kali dan fabriknya di salut dengan Teflon - sejenis bahan untuk melindungi fabrik dari kotoran, cecair dan debu/tanah. Ia boleh dipakai sama ada ketika sebarang operasi dan kelihatan ringkas dan selesa sebagai pakaian harian atau di pakai untuk ke pejabat atau untuk aktiviti luar. Seluar ini juga disyorkan untuk pendaki gunung, pemancing, pemuzik, pemain "skate", pemandu trak 4x4 dan penggiat aktiviti luar. Produk berkualiti dari 5.11 ---- untuk mereka yang berjiwa merdeka !!

Harga: RM 149.00

NOTA: Seluar 5.11 adalah mengikut saiz USA, seeloknya pilih berdasarkan saiz seluar jeans yang dipakai anda.

nullnullnullnull



1) Jenis: Seluar pendek RECON 5.11
model: 43058
saiz USA: S, M, L, XL, 2XL
warna: coklat, biru, kelabu gelap, hijau
material fabrik: 85% polyester & 15% elastane
Negara ASAL pengeluar: USA
Buatan: indonesia

Keterangan: Seluar pendek fabrik lembut-mudah-regang yang digelar "RECON" ini adalah ASLI dan merupakan barangan PREMIUM keluaran 5.11 USA. Jenama 5.11 dibekalkan kepada tentera US, Polis, Unit Penguatkuasa dan Bomba di serata dunia. Fabrik seluar pendek ini lembut, cukup ringan, mudah kering dan berupaya menyahkan peluh & kelembapan pada anggota tubuh si pemakai.

Ia didatangkan dengan poket pada sisi kiri dan kanan seluar, disamping tali pengikat pada hadapan untuk mengukuhkan bahagian pinggang seluar mengikut keselesaan anda. Ia merupakan seluar TERBAIK yang fabriknya membolehkan pengaliran udara lancar di dalam & luar agar si pemakai cukup selasa dan tidak panas, untuk kegunaan anda ketika di gimnasium, larian, bersenam, mendaki gunung, berkayak, menunggang basikal. 5.11 ---- buat anda yang tahu menilai erti kualiti !

Harga: RM 173.00 - sehelai

nullnullnullnull