/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for July 2019
Category: Beg pisau F.DICK
Posted by: jimbit
1) Jenis: beg pisau gulung F.DICK
model: 81076010
material beg: Kanvas tebal
Muatan: 7 Poket
Saiz bukaan: 19.5 x 12 inci
Warna: hitam
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Keterangan: Beg gulung ini dibuat untuk menyimpan pisau, disyorkan untuk mengisi pisau anda dari sebarang jenama dalam keadaan bersih, selamat dan terpelihara. Beg ini dijual KOSONG tanpa isi kandungan di dalamnya. Beg ini dapat memuatkan 7 pisau atau alatan lain, ia mempunyai klip tahan lasak pada bahagian luar, mempunyai 1 lapisan penutup pada bahagian dalam beg. Beg ini dijahit dengan kemas dan teliti, logo F.DICK disulam kemas pada bahagian tepi cukup menyerlahkan jenama. Buat mereka yang tercari-cari beg pisau berkualiti buatan Jerman, ini disyorkan buat anda !

NOTA: pisau di dalam gambar hanyalah sebagai hiasan, dijual berasingan !

HARGA: RM 180.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa Chef Grand Maitre Victorinox
model: 7.7403.25G
panjang: 25 cm atau 9.84 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: VICTORINOX AG, Switzerland


Keterangan: Pisau bersaiz 25cm dari siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, ia adalah pisau FULL TANG. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau jenis ini banyak diguna di hotel, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Pisau model ini didatangkan didalam kotak yang kemas & menarik, sesuai sebagai hadiah buat si dia atau sebagai hantaran perkahwinan. Miliki segera pisau terbaik dari Victorinox sebelum hati menjadi gundah gulana lalu membawa diri di tepi kali.....

Harga: RM 418.00

nullnullnull



1) Jenis: Pisau tempa Chef Grand Maitre Victorinox
model: 7.7403.20G
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
pemegang: nylon
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: VICTORINOX AG, Switzerland


Kegunaan: Pisau siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, ia adalah pisau FULL TANG. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur. Pisau jenis ini banyak diguna di hotel, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Juga sesuai untuk pengumpul koleksi pisau. Pisau model ini didatangkan dalam kotak yang kemas, sangat sesuai sebagai hadiah buat yang tersayang atau sebagai hantaran perkahwinan. Anda mahukan koleksi pisau terbaik dari Victorinox ? Siri pisau Grand Maitre ini khusus buat anda !!

Harga: RM 368.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa F.HERDER
model: 8114-26,00
panjang: 26 cm atau 10.23 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
warna pemegang: hitam
material: besi tempa X50CRMoV15
kekerasan bilah: 56 - 58 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN


Keterangan: Pisau siri FORGED / besi jenis ditempa bersaiz 10 inci ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik jenis FULL TANG. Merupakan pisau yang menjadi simbol keagungan kualiti produk pisau yang dipanggil cap garpu / CAP SPADE berabad lamanya. Bilah pisau siri FORGED melalui proses yang lebih kompleks dan teliti dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan merupakan model pisau yang diakui ketajamannya yang menjadi rebutan penyembelih di serata dunia sejak berabad lalu. Dihasilkan di kilangnya di Solingen iaitu sebuah bandar yang terkenal di Jerman dengan panggilan "Kota Pisau" yang memulakan perusahaan sejak tahun 1623 dan telah diperkenalkan dan memasuki pasaran Nusantara (Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN.
Pisau ini khusus dan TERBAIK untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya malah cukup TERBAIK untuk tugas menyembelih !! Ini adalah model pisau yang menjadi simbol KEAGUNGAN F.HERDER yang RARE dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Kembalikan nostalgia silam dengan pisau lagenda ini !!

Harga: RM 480.00 - SEBILAH **

pisau besi tempa CAP SPADE F.HERDERpisau besi tempa CAP SPADE F.HERDERpisau besi tempa CAP SPADE F.HERDERpisau besi tempa CAP SPADE F.HERDER
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur/pisau chef F.DICK Red Spirit
model: 8174721
panjang: 8.5 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik polypropylene
material: besi X55CrMo14 tahan karat
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN


Kegunaan: Pisau dapur/pisau chef dari siri RED SPIRIT ini digelar sumber inspirasi "roh merah" dan sumber kekuatan untuk anda sebagai peminat/pengumpul pisau dari siri TERBAIK buatan Jerman. Pisau siri "RED SPIRIT" ini mendapat anugerah rekabentuk Jerman 2016 dan merupakan antara keluaran TERBAIK F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Jenama pisau F.DICK cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Jerman dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia.
Pisau siri RED SPIRIT ini dihasilkan sebagai menghargai seni pertukangan Asia yang dikira penuh dengan nilai seni dan artistik yang penuh misteri. MERAH melambangkan hawa nafsu, cinta dan semangat yang membara dan kerana oleh itulah terhasilnya siri RED SPIRIT ini. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur dan KHAS untuk PEMINAT/PENGUMPUL pisau terbaik serata dunia.

Kelebihan pisau siri RED SPIRIT ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan teliti oleh pekerja mahir Jerman
- pemegang pisau plastik polimer yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- pemegang pisau yang utuh dan sangat selesa untuk mereka yang mempunyai tapak tangan bersaiz besar
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 444.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau lapah/daging tempa "BELANG" F.DICK
model: 8192518 (model exclusive 1905)
panjang: 7 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
material: besi tempa X50CrMoV15
kekerasan bilah: 56 Rockwell
Buatan: Friedr. Dick GmbH & Co. KG, Deizisau, JERMAN

Kegunaan: Pisau daging / lapah dengan bilah melentik UNIK ini adalah keluaran F.DICK iaitu pembuat pisau terkemuka dari Jerman sejak tahun 1778. Ini adalah pisau dari siri "Exclusive 1905" yang merupakan barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau F.DICK dengan bilah jenis FULL TANG. Siri 1905 dihasilkan sempena memperingati tahun pengenalan "Bolster" pada pisau dapur F.DICK. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja melapah/memotong daging di ruas dan rusuk, serta melapah kulit haiwan atau menyiang ikan. Bilah pisau ini melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis DITEMPA berbanding pisau model biasa yang dipotong laser, ia terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat TAJAM dan terbaik. Anda akan merasa suatu kelainan ketika memegang dan menggunakan pisau siri ini. Pisau ini didatangkan dengan buku panduan berserta kotak pembungkusan yang menarik.
Pisau siri ini banyak diguna di dapur hotel terkenal, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Ia TERBAIK untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata Nusantara. Ini adalah koleksi pisau RARE dan jarang didapati di pasaran. Dapatkan segera kerana ia mempunyai nilai tersendiri !!
Kelebihan pisau siri 1905 Exclusive ini ialah:
- kualiti pisau PREMIUM dari pengeluar pisau disegani dunia
- besi pisau dari jenis tempa iaitu besi dibakar, dicanai dan dihasilkan dengan pertukangan tangan yang teliti oleh tukang yang terbaik.
- pemegang pisau plastik Polyoxymethylene berlapis logam (berbelak) yang cukup selesa dan tampak mewah dan jitu
- Pisau siri ini cukup seimbang, besi terbaik dan melalui proses pembuatan yang teliti

Harga: RM 439.00 - SEBILAH

nullnullnullnull

Posted by: jimbit
1) Jenis: Set pelbagai sudu/garpu/pisau meja Victorinox
model: 6.7233.24
material besi setiap produk: besi tahan karat jenis 18/10 (gred alat bedah perubatan !!)
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: Victorinox AG, Switzerland
Berat: 810 gram

Keterangan: Ini adalah set sudu makan TERBAIK keluaran Victorinox AG, Switzerland. Alatan Victorinox ini digunakan di hotel, restoran mewah, majlis rasmi, syarikat penerbangan dan individu di seluruh dunia. Alatan dari set ini menggunakan besi tahan karat gred terbaik 18/10 (sama seperti gred besi pada alat bedah di hospital !! ), alatan dalam set ini tampak berkilauan, besinya cukup utuh / SOLID dan tidak mudah bengkok serta tidak akan pudar warna dan tidak kusam walau diguna zaman berzaman. Set ekslusif dan tampak moden ini dibuat untuk 6 orang, khusus buat mereka yang mahukan set sudu/garpu dari gred besi TERBAIK Switzerland untuk kegunaan di hotel, restoran, majlis santapan rasmi, rumah dan mereka yang berminat menjadikan alatan sebegini sebagai koleksi kesayangan anda atau sebagai hadiah buat insan yang istimewa.
VICTORINOX....kualiti tanpa kompromi sejak tahun 1884 !! --- salam mesra dari Ibach.

Set ini terdiri dari:
1. Sudu makan Victorinox (6)
2. Garpu makan Victorinox (6)
3. Sudu teh Victorinox (6)
4. Pisau daging/steak bergigi Victorinox (6)

Harga: RM 576.00

nullnullnullnull
1) Jenis: Pisau sembelih hulu kayu F.HERDER
model: 0347-31
panjang: 31 cm atau 12.20 inci (panjang bilah)
pemegang: kayu Black Nut (kayu keras)
warna pemegang: coklat
material: besi tahan karat X46CR13
kekerasan bilah: 55-57 Rockwell
Buatan: Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH, Solingen, JERMAN

Keterangan: Pisau sembelih keluaran TERBARU dengan hulu kayu "Black Nut" ini adalah sebagai menghargai sokongan peminat pisau di Gugusan Nusantara. Black Walnut merupakan sejenis kayu keras yang merupakan tumbuhan asal di Utara Amerika dengan urat kayu yang kasar. Pisau ini adalah dari jenama pisau tertua lagenda yang pernah mencapai zaman kegemilangannya di Nusantara sejak zaman kolonial lagi, ia adalah buatan Friedr. Herder Abr. Sohn GmbH JERMAN.
Bandar Solingen telah dikenali berabad lamanya dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur. Ia memulakan perusahaan pada tahun 1623 dan telah memasuki pasaran di Nusantara (Gugusan Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, Brunei, Borneo) pada tahun 1800 !! oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Ia diperkenalkan dengan jenama "Tjap Garpu" dengan logo garpu / daun terup / dipanggil "cap spade".
Pisau ini terbaik untuk mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik Solingen, JERMAN. Pisau ini TERBAIK untuk tugas menyembelih haiwan; lembu, kerbau, seladang, dan khusus untuk pengusaha/penyembelih di ladang ternakan/pusat sembelihan haiwan. SANGAT DISYORKAN untuk mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau di serata pelusuk Nusantara. Ini adalah jenama pisau yang "RARE" dan jarang didapati di pasaran rantau ini. Buat peminat pisau yang dambakan HULU KAYU, ini adalah model pisau yang dibuat KHAS untuk anda yang merupakan penghargaan abadi dari kilangnya di Solingen !!

Harga: RM 320.00 - SEBILAH **

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau tetak TULANG / chopper ICEL
model: 341.4030.20
panjang: 20 cm atau 7.87 inci (panjang bilah)
berat: 1 kilogram !! (BERAT)
material bilah: besi tahan karat X50crMoV15
pemegang: plastik anti licin
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL

Kegunaan: Pisau tetak tulang jenis ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Mata pisau ini cukup tajam (dengan bilah hampir bentuk V) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan pisau kualiti Eropah tetapi dengan harga yang mampu milik.

Pisau ini khusus untuk kerja menetak TULANG/mencincang/memotong daging yang kecil/tulang KERAS, memotong sayuran keras. Pisau tetak ini adalah BERAT (1 kilogram !!) dan sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ayam/ternakan malah di dapur juga dan ia merupakan kemestian buat anda !

Harga: RM 249.00

Untuk pesanan klik: https://niaga.ded1.net/product/1-jenis-pisau-tetak-tulang-chopper-icel/

nullnullnull


1) Jenis: pisau tetak TULANG / chopper ICEL
model: 333.4024.15
panjang: 15 cm atau 5.90 inci (panjang bilah)
berat: 580 gram

tebal bilah: 5 milimeter
material bilah: besi tahan karat X50crMoV15
pemegang: kayu jati Rosewood
Buatan: Icel-Industria de Cutelarias da Estremadura, PORTUGAL


Keterangan: Pisau tetak beratnya 580 gram ini adalah keluaran ICEL iaitu pembuat pisau terkemuka dari Portugal sejak tahun 1945. Jenama pisau ICEL cukup terkenal kerana banyak digunakan di sektor industri ternakan/daging seperti pusat/rumah sembelihan di sebelah negara Portugal dan Eropah dan juga negara-negara lain di dunia. Mata pisau ini cukup tajam (dengan bilah hampir bentuk V) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, ia merupakan pisau kualiti Eropah tetapi dengan harga yang mampu milik.

Pisau ini khusus untuk kerja menetak tulang kecil/mencincang/memotong ikan, ayam, itik / tulang SEDERHANA KERAS, memotong sayuran keras. Pisau tetak ini sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ayam / peniaga ikan, dapur rumah dan restoran, juga buat anda yang tercari-cari pisau tetak kualiti Eropah dengan harga mampu milik ! Hulunya yang diperbuat dari kayu jati Rosewood, merupakan kayu keras terbaik yang menjadi pilihan pembuat alatan muzik seperti Gibson, TAMA, Fender, Ibanez dan perabot mewah dari serata pelusuk dunia. Miliki ia sebelum hati bertambah gundah !

Harga: RM 153.00 (STOK HABIS !)

nullnullnullnull
Category: General
Posted by: jimbit
Gambar sekitar pertandingan memanah tradisional ASEAN 2019 yang lalu, ded1 EMPIRE merupakan antara penaja yang terlibat dengan pertandingan itu. Tahniah kepada semua pemenang & peserta !! Jumpa lagi di tahun hadapan !

Untuk gambar lain, sila klik: http://khazanah.ded1.net/pertandingan-panah2019

nullnullnull