/> .::::::::ded1 E M P I R E::::::::. » Archives

Archives

You are currently viewing archive for February 2020
Category: General
Posted by: jimbit
Berikut merupakan keputusan pertandingan hacking yang telah disertai seramai 282 orang dalam masa 24 jam. Dimenangi oleh:
1. Encik Fared a.k.a. myfared - white hat hacker menara Maybank Kuala Lumpur
2. Encik Hafez Kamal a.k.a hk - white hat hacker NANOSEC
3. Encik Azhar a.k.a socksys - white hat hacker menara Maybank Kuala Lumpur

Video sorotan semasa acara persidangan berlangsung di Cybersecurity Malaysia @ Cyberjaya.

KLIK: https://www.facebook.com/rawsec.my/videos/2987573491266818/

Syabas & tahniah pada semua yang menyokong acara ini ! Berjumpa lagi di tahun mendatang.

nullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pisau tempa santoku Grand Maitre Victorinox
model: 7.7303.17G
panjang: 17 cm atau 6.69 inci (panjang bilah)
pemegang: plastik Polyoxymethylene (POM)
material: besi tempa X50CrMo V15
Buatan: VICTORINOX AG, Switzerland


Keterangan: Pisau dari jenis "SANTOKU" dari siri Grand Maitre FORGED / besi jenis ditempa ini adalah barisan PREMIUM dan terbaik dalam siri pisau dapur Victorinox, ia adalah pisau FULL TANG. Bilah jenis Santoku mendapat inspirasi dari pisau serbaguna Jepun. Pisau ini khusus dan terbaik untuk kerja memotong/menghiris/merincik ikan, sayur, daging, buah dan sebagainya. Bilah pisau siri "FORGED" melalui proses yang lebih kompleks dan terbaik dimana bilah besinya adalah jenis terbaik, lebih tebal, berat, seimbang dan utuh. Ia sangat tajam dan merupakan pisau serbaguna untuk sebarang kerja dapur.
Pisau jenis ini banyak digunakan di hotel, rancangan masakan di TV atau dapur restoran ternama serata dunia. Pisau model ini didatangkan didalam kotak yang kemas & menarik, disyorkan sebagai hadiah buat yang tersayang atau sebagai hantaran perkahwinan. Anda mencari siri pisau dari jenis TERBAIK Victorinox ? inilah dia permata hati kanda !!

Harga: RM 340.00

nullnullnullnull
Category: General
Posted by: jimbit
ded1 EMPIRE berbesar hati menjadi penaja bersama untuk persidangan keselamatan teknologi maklumat RAWSEC 2020 sebagai sebahagian kecil sumbangan kami pada masyarakat & dunia teknologi maklumat umumnya.

Untuk maklumat lanjut acara ini sila layari https://rawsec.com

Tarikh: 22 Februari 2020
Tempat: Cybersecurity Malaysia, Menara Cyber Axis, Jalan Impact, Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

nullnull
Category: General
Posted by: jimbit

Bersempena persidangan keselamatan Cyber RAWSEC 2020 di Cybersecurity Malaysia, Cyberjaya, satu pertandingan menggodam secara dalam talian telah diadakan.

Tarikh: 19 Februari 2020
Masa: bermula jam 12 tengahari GMT +8


Untuk mereka yang berminat, sila layari:

https://CTF.RAWSEC.MY

Hadiah untuk pemenang:
1. LENOVO Tab M7
2. Pisau Victorinox SWIBO
3. Jaket RAWSEC 2020

null
Category: Pisau dapur jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau dapur "gyuto" Tojiro
Model: F-258-BK
panjang: 41 cm (panjang keseluruhan), 27cm (bilah)
material bilah: besi molybdenum vanadium
pemegang: elastomer resin anti bakteria (sejenis getah polimer)
Buatan: Fujitora Industry, Tsubame-Sanjo, JEPUN

Keterangan: Ini adalah pisau siri moden keluaran Fujitora Jepun dari jenis "GYUTO". Syarikat asal Fujitora Industry Co. Ltd ini diasaskan sejak tahun 1955. Daerah Tsubame-Sanjo cukup terkenal sebagai pembuat/pengeluar pedang samurai & katana terbaik dan melahirkan ramai tukang besi mahir dengan hasil kerjatangan teliti dan halus. Pisau ini mempunyai mata bilah yang cukup TAJAM dengan hulu plastik resin yang dapat mengurangkan tekanan pada jari & tangan semasa melakukan kerja, dikhususkan buat mereka yang mengagumi ketelitian seni tukang besi Jepun. Ia terbaik untuk kerja di dapur; memotong/menghiris/mencincang/merincik ikan/sayur/daging/buah dan sebagainya. Disarankan untuk diguna oleh mereka dalam industri penyediaan makanan di dapur hotel, dapur restoran, surirumah, pelajar bidang pengurusan hotel dan mereka yang bergelar peminat/pengumpul koleksi pisau. Pisau ini menepati spesifikasi HACCP, anda mencari pisau buatan Jepun yang TAJAM umpama pisau cukur ? Ya ini jawapannya !

HARGA: RM 280.00

nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah pisau lapah/daging GRANTON
model: 61162
panjang: 30 CM
kadar asah: sederhana
pemegang: kayu BEECH (sejenis kayu ketumpatan tinggi)
material: besi tahan karat 1.2210
bentuk besi pengasah: bulat
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Besi pengasah / kilir ini dikeluarkan oleh GRANTON, jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! merupakan keluaran KHAS TERBARU dengan hulu kayu Beech ini adalah sebagai menghargai sokongan peminat pisau di Gugusan Nusantara. Pohon Beech merupakan sejenis kayu ketumpatan tinggi yang merupakan tumbuhan asal di Eropah & Utara Amerika dengan urat kayu yang padat & tahan tekanan tinggi.
Dihasilkan sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata.
Besi pengasahnya diperbuat dari campuran besi tumpat karbon tinggi 1.2210 piawaian Eropah, khusus untuk mengasah sebarang jenis/jenama pisau, pedang, kukri, parang dan sebagainya. Ia sesuai untuk menajamkan / "membetulkan" pisau yang agak tumpul mata bilahnya atau juga untuk membuang lemak yang menyelaputi permukaan mata pisau. Dibuat khusus untuk mereka yang tercari-cari besi pengasah PREMIUM buatan England yang RARE & jarang ada di pasaran, jadikan ia sebagai koleksi anda untuk diwarisi hingga ke anak cucu !


HARGA: RM 212.00 - sebatang


nullnullnullnull
Posted by: jimbit
1) Jenis: pisau tetak TULANG Granton
model: 47908R
panjang: 8.66 inci (panjang bilah)
tebal bilah: 5 milimeter
berat: 1 kilogram !! (BERAT)
material: besi tahan karat 1.4034
pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Pisau TETAK tulang dengan beratnya 1 kilogram ini dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! pernah mencapai kegemilangan sejak zaman kolonial, buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata.
Pisau ini disarankan buat mereka yang mementingkan kualiti dan ketajaman besi terbaik SHEFFIELD, ENGLAND. Mata pisau ini cukup tajam (dengan bilah hampir bentuk V) dan pemegangnya selesa dan kemas bila digenggam, Pisau ini berguna untuk kerja menetak tulang/mencincang/memotong karkas, tulang KERAS, ikan, memotong sayuran & buah keras. Pisau tetak ini cukup BERAT (1 kilogram !!) dan sangat berguna untuk sebarang kerja di pusat sembelihan ternakan waima di dapur rumah anda. Disyorkan buat mereka yang tercari-cari pisau tetak "RARE" dari jenama lama dari Sheffield, England !

HARGA: RM 256.00

nullnullnullnull
Category: Pisau CUKUR Jepun
Posted by: jimbit
1) Jenis: pencukur 2 mata "Boleh Laras" Feather
model: DER-A
berat: 40 gram
jenis cukuran: 1 (biasa) & 2 (rapat)
material: plastik ABS, besi tahan karat & tembaga
panjang pemegang: 10.4cm
Kuantiti mata pencukur: 2 keping (diberi percuma !)
Buatan: FEATHER Safety Razor Co., Ltd, Seki City, JEPUN

Keterangan: Ini ialah pencukur ASLI dari model TERBARU jenis boleh laras yang dikeluarkan oleh perusahaan FEATHER Safety Razor Co., Ltd yang berpusat di Seki City, diasaskan oleh Toshio Kosaka pada tahun 1932. Merupakan antara pengeluar alat pencukur tertua di Jepun, produk mereka dibuat di wilayah pergunungan Seki, sebuah kota yang terkenal dalam pengeluaran pedang samurai terbaik dan dipanggil "Kota Pisau" Jepun. Jenama FEATHER terkenal dalam pengeluaran mata pisau cukur serta alat pencukur "2 mata" TERBAIK Jepun yang diakui ketahanan dan ketajamannya sejak 80 tahun lampau.
Pencukur ini mempunyai 2 jenis cukuran boleh laras iaitu pada nombor 1 (cukuran biasa) dan 2 (cukuran rapat), ia TERBAIK digunakan bersama gel sabun cukur untuk mencukur misai, janggut dan pada bahagian lain jua. Cukuran dengan alat ini lebih rapi dan kemas berbanding pencukur biasa di pasaran dan menjadi buruan peminat pisau cukur klasik. Pencukur FEATHER jarang didapati di pasaran dan cukup "RARE" dan sangat disyorkan untuk peminat sebagai koleksi atau buat mereka yang telah bosan dengan pencukur biasa yang kurang berkesan, jadikan ia teman anda dikala suka & duka !!

Harga: RM 222.00 - sebatang

nullnullnullnull


Posted by: jimbit
1) Jenis: Pengasah batang BERLIAN HITAM Granton
model: 61402
Ukuran: 30 cm (panjang besi)
bentuk besi pengasah: bulat
Jenis pemegang: plastik Polypropylene
Buatan: The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND

Keterangan: Besi pengasah jenis BERLIAN HITAM ini dikeluarkan oleh GRANTON dari jenama pisau tertua lagenda Empayar British yang berusia lebih 400 TAHUN !! buatan The Granton Knife Co., Sheffield, ENGLAND. Dihasilkan di kilangnya sejak tahun 1601 di SHEFFIELD iaitu sebuah bandar yang terkenal di UNITED KINGDOM dengan panggilan "Kota Pisau". Industri pisau di bandar Sheffield berkembang pesat ketika era Revolusi Industri 1760, cukup gah & terkenal berabad lampau dalam penghasilan pisau, pedang, gunting, kapak, pisau cukur dan senjata.

Permukaan batang pengasah disalut dengan serbuk BERLIAN HITAM yang "RARE" dan lebih keras dari berlian kebiasaan dan hanya dijumpai di Brazil dan Republic Congo. Berlian merupakan unsur mineral yang cukup keras, proses mengasah lebih cepat, cuma sekadar menggesel pisau pada pengasah ini beberapa kali sahaja tanpa perlu lenguh bahu dan tangan mengasah. Ia DISYORKAN untuk asahan pisau yang diperbuat dari seramik, besi karbon, titanium dan besi. Anda tercari-cari pengasah "RARE" dan lain dari kebiasaan ? Usah bertangguh dengannya !

Harga: RM 198.00 - sebatang

nullnullnullnull